1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 2 Jun 2012

JOM MELAWAT MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH





Assalammualaikum dan selamat pagi semua....



        Pada 18 Mei 2012...EA dan kawan-kawan telah pergi ke negeri MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG , NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..  EA bertolak lepas subuh daripada Skudai ke Melaka dengan mengambil masa selama 2jam 30 minit..Pada mulanya... EA dan kawan-kawan pergi ke Melaka hanya untuk melawat member  jer dan masa yang diberikan utk melawat member tu pun terhad..Lepas dah melawat member EA dan kawan-kawan pula terus pergi ke tempat-tempat bersejarah di Melaka..Ye lahhh...kalo nak balik skudai pun awal sgt....tu yang kami lepak santai kat situ... Lagipun sorang daripada kawan EA nie asal daripada Stacy Sabah Bah dan ni lah masanya utk bawa dia mengenali Melaka...

Tempat pertama yang EA dan kawan-kawan lawati ialah bandar hilir...Mesti anda semua dah boleh teka mana lokasi yang akan menjadi tumpuan kalau di Bandar Hilir... Semestinyalah kami telah melawat Dataran Bandar Hilir dimana ia telah menjadi tempat pengishtiharan kemerdekaan oleh Tuanku Abdul Rahman dan Bangunan A Famosa... 

                                                                                                                                                                                                                

      A Famosa merupakan kubu yang ditinggalkan oleh Portugis semasa zaman penjajahan. EA juga teruja melihat senibinanya yang penuh dengan penuh estitika.. 


Pembinaannya kubu ini dibuat diatas bukit dan memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak daripada satu kubu ke kubu yang  lain...Terpaksalah EA mendaki bukit yang tinggi dengan menggunakan tangga. Ini pun satu senaman juga. 

      Rasa penat EA juga terbalas dengan dapat pengetahuan tentang sejarah portugis yang diukir pada monumen..EA tengok ramai pelancong yang masih menabur duit syiling didalam perigi untuk membuat permintaan atau hajat..Semasa berada diatas bukit, EA nampak ada wartawan daripada luar negara macam tengah buat pengambaran.Rasanya tengah buat dokumentari...

Harap-harap adalah muka EA kat dokumentari tu...Bia satu dunia dpt kenal EA...wakaka....Ramai juga yang EA lihat menjual cenderamata seperti keychain, baju,aksesori perhiasan. Anda juga boleh bawa balik gambar yang dilukis sbb dekat situ banyak artis-artis yang bersedia untuk melukis gambar anda dengan memori-memori terindah di kubu A Famosa....


Lepas dah melawat semua tempat di kubu A Famosa, EA dan rakan-rakan bergerak ke Kapal Besar pulak...Disebabkan hari tu merupakan hari muzium kebangsaan jadi semua muzium di Melaka dapat masuk secara percuma..Sukanya EA dapat masuk FOC...



Kalau x cuma amek gambar kat luar kapal jer.. Hahaha...


Yang uniknya,,semua pengunjung mestilah membuka kasut sebelum masuk kedalam kapal ..Ok...memang tak dinafikan yang dalam kapal nie mempunyai pelbagai jenis prototaip kapal yang dipamerkan serta patung2 yang menggambarkan pedagang2...Best la.....


Kapal nie juga mempunyai tiga tingkat dan paling terbaik rasanya ditingkat bawah sbb rasanya sejuk dan boleh menyegarkan badan.lalala...Habis semua tempat menjadi mangsa untuk kami bergambar....


Kemudian....EA dan kawan-kawan pergi ke Muzium Samudera Melaka...Muzium nie memang mantap sebab koleksinya digabungkan diantara laut dan astronomi...



Jadi anda boleh lihat macam mana pedagang boleh belayar mengelilingi dunia dengan adanya laut sebagai penghubung dan astronomi sebagai petunjuk..dulu-dulu mana ada GPS bagai..kalau adapun peta lukisan....lalala..


Wow..yang menariknya dalam muzium nie ada juga tersimpan asteroid atau tahi bintang...Kalau anda nak tahun hampir 90% daripada komposisi tahi bintang merupakan logam..Jadi memang berat..Di samping itu,terdapat segelintir yang menjadikan tahi bintang ini sebagai penawar dalam rawatan alternatif...Kalo korg igt lagi cerita X-Xray arahan Aziz M Osman dimana semua orang berebut-rebut nak dapatkan tahi bintang sebab ada kuasa...tapi bagi EA tak tahulah samada betul atau tidak sebab tiada siapa yang boleh menentukan kebenarannya...Jeng3x..



         Disebabkan seorang daripada kawan EA telah berjanji dengan neneknya untuk pulang ke kampungnya di Muar..Jadi kami terpaksa meninggalkan negeri Melaka dengan segera walaupun banyak lagi muzium yang belum dilawati...Erm..sedihnya sebab terlepas peluang untuk masuk ke muzium lain ketika tiada bayaran dikenakan...wahhhhhhhh.....

      Walauapapun,setibanya EA di Muar, kampung kawan EA dimana kami dilayan dengan baik.Kami telah dijamu dengan makanan yang bercirikan kampung seperti Ulam-ulaman, ayam,udang, sayur lodeh,ikan masin dan sambal belacan..EA mmg berselera utk makan..nyum3x... Selain itu, EA juga telah dihidangkan dengan buah kuini sebagai pencuci mulut..Serious 2rious 3rious mmg manis wulala......

    Kami juga telah dibawa berjalan-jalan ke kawasan kebun untuk memetik buah kuini sebagai buah tangan untuk dibawa balik...memang layan habis nenek dan atok nie...apa sahaja tanaman yang boleh dimakan semua nak suwo EA bawa balik...tapi EA tolak sbb siapa yang nak masak beb....

   Kemudian dalam pukul 4.30pm, kami terpaksa pulang ke skudai kerana malamnya EA dan kawan2 ada program seterusnya.Jom klik untuk ke program yang seterusnya...Rasanya penat memang penat tapi banyak benda yang kami dapat explore...hahahaha....








1 ulasan:

Cik Wunny berkata...

untong lar....x ajak pon ek..hohoho