1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 23 Mei 2013

2013:SUASANA MENYAMBUT HARI GURU DI SMK MOLEK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Tarikh 16 Mei merupakan hari yang istimewa bagi insan yang bergelar pendidik. Tahun ini EA telah menyambut sambutan hari guru di SMKT Molek..Dulu murid,kini guru..hehehe..Sambutan Hari Guru ini telah disambut dengan penuh meriah.Jom kita lihat antara coretan yang menarik sempena sambutan hari guru di SMKTM:

GURU LELAKI DAN PEREMPUAN BERKUMPUL
SEBELUM MELALUI PERMAIDANI MERAH
UNTUK KE PENTAS UTAMA
GIMIK PERASMIAN YANG PENUH DENGAN AKSI PENYIASATAN
BOND 007.
ACARA PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU DENGAN MENURUNKAN
SEPANDUK YANG DIHASILKAN OLEH PELAJAR DARIPADA SETIAP
KELAS  SEBAGAI SIMBOLIK
TARIAN YANG DIIMPORT DARI KOREA UNTUK MENGHIBURKAN KAMI.
TANGAN KEATAS SAMALAH DENGAN PSY..GANGNAM SIKIT
GURU LELAKI TELAH MENYAHUT CABARAN UNTUK BERMAIN
BOLA JARING MENGGUNAKAN BOLA RAGBI..
JURI-JURI PENING BERBINCANG UNTUK MENCARI PEMENANG BAGI MASTER CHEF
MUSIM INI..
MOLEK BAND MEMBUAT REHEARSAL
DI BELAKANG PENTAS.. WAH..BAHARU REHEARSEL
DAH RAMAI YANG MENGELILINGI MEREKA..  
BARISAN GURU-GURU.


-SELAMAT HARI GURU-



Selasa, 21 Mei 2013

NASI AMBANG RESTORAN RESEPI WARISAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


Rakan EA sedang mengidam untuk makan nasi ambang.Jadi masa yang sesuai untuk kami menemaninya mencari kedai yang menjual nasi ambang pada waktu rehat tengahari ialah di Restoran Resepi Warisan terletak di Taman Molek. Kedai ini hanya menjual masakan melayu asli.

Inilah Restoran Resepi Warisan. Senang jer nak cari restoran ini di Taman Molek kerana ia terletak berhampiran dengan kedai mamak Syed. Dekorasi kedainya yang mempunyai catatan sejarah Johor dapat memberikan kita pengetahuan sambil menunggu makanan samapai.Restoran ini cukup santai dan boleh dijadikan tempat untuk melakukan sesuatu urusan.


Nasi ambang merupakan makanan tradisi kaum jawa dimana pelbagai lauk dicampurkan dalam satu pinggan. Nasi ambang yang disediakan di restoran ini telah dikonteporarikan untuk memenuhi selera masyarakan bandar. Nasi ambang ini mempunyai ikan bilis, kacang, sambal, begedil kentang, serunding,ikan masin bulu ayam dan ayam goreng disiram dengan rendang. Wow..jika makan seorang boleh kembong perut sebab lauknya banyak. Harga yang ditawarkan untuk sepinggan nasi ambang ini hanyalah RM8.00. 

Walaubagaimanapun, EA hanya bagi 3/5 bintang untuk nasi ambang ini.Keaslian nasi ini kurang disebabkan  tiada sambal goreng dan kombinasi ayam disiram dengan rendang memang tidak menjadi dilidah EA.Jadi, kepada anda yang teringin nak makan nasi ambang singgahlah di Restoran Resepi Warisan.

Sabtu, 18 Mei 2013

MEE HOT PLATE GIANT PLENTONG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

Sementara menunggu handphone EA sedang diservis mengambil masa sejam di Giant, Plentong lepak sebentar di Medan Selera untuk menghilangkan penat selepas merayap bermula daripada Taman Ungku Aminah ke Danga Bay dan Giant, Plentong. Rasa penat memang belum hilang dan ditambah perut ini sudah mula menyanyikan lagu kelaparan. Menu yang EA pilih pada hari itu ialah Mee Hot Plate sebab orang cakap mee hot plate disitu rasanya sedap.. Nak tahu betul ker sedap atau tidak, jom kita cuba..

Ramen mee ayam hot plate telah sampai di meja EA disertakan dengan lada jeruk hijau dan dan merah. Lada jeruk hijau boleh ditambahkan untuk menjadikan tekstur kuahnya menjadi sedikit masam manakala lada merah pula untuk menaikkan rasa pedas apabila menghirup kuahnya. Ingat!!! Lada merah yang dihidangkan sangat pedas sampai boleh menitiskan air mata..Rasa mee hot plate ini memang sedap kerana rasa kuahnya yang berbeza dengan kedai lain dan paling penting banyak isi ayam serta hirisan cendawan butang. Harga sepinggan mee hot plate ini + telur hanya RM6.80. Bagi EA harganya sangat berpatutan. 

Lokasi kedai mee hot plate ini juga senang untuk dicari kerana ia terletak di Medan Selera Giant,Plentong. Jika anda tidak suka makan mee boleh digantikan dengan nasi claypot. Kedai ini hanya menjual makanan yang bercirikan hotplate sahaja.Selamat mencuba kawan-kawan... 


LAGU OST TEDUHAN KASIH: HYPER ACT- (HANYA AKU)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM




















EA sangat suka dengan lagu Hyper Act-Hanya Aku yang menjadi lagu OST bagi Slot Akasia Teduhan Kasih yang baharu sahaja ditayangkan di TV3 menggantikan cerita Sedetik Cinta. Secara jujurnya EA memang tidak sempat untuk melayan cerita ini dan cuma berpeluang mendengar lagu OSTnya jer..wakaka..Walauapapun,jom kita layan lagu Hanya Aku nyanyian Hyper Act ini.Memang layannnn...




OST TEDUHAN KASIH: HYPER ACT- HANYA AKU


Jumaat, 17 Mei 2013

MENYAMBUT HARI GURU 2013 DI SMK TAMAN MOLEK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM..

SELAMAT HARI GURU 2013
DENGAN TEMA 
GURU MALAYSIA:1 ASPIRASI 1 AGENDA