1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 16 Mei 2016

KONGSI:TUKAR BATERI KELISA BARU

Assalammualaikum dan Selamat Malam.

Lampu di bahagian meter kelisa EA tiba-tiba menyala lampu bateri. Lampu meter dan radio terpadam sendiri. EA dah agak bateri kelisa ni memang minta tukar baru.
Kereta kecil harga pun mampu milik. Esok boleh EA bawa seperti biasa.

Ahad, 15 Mei 2016

KONGSI:KEMERIAHAN FINALE PIALA FA 2016 JDT VS PKNS

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Semua sedia maklum dimana JDT telah menjadi juara untuk Liga Piala FA untuk musim ini dengan membaham PKNS 2~1. 




Setelah 3x pergi ke finale di ibu kota untuk melihat JDT menjadi juara tercapai pada musim ini. Tahniah,EA ucapkan kepada pemain pasukan JDT dan penyokong setia Jauhar. Terima kasih juga kepada TMJ yang telah menyatupadukan Bangsa Johor.


Sabtu, 14 Mei 2016

SANTAI: MENGINAP DE HOTEL NEW WAVE HOLIDAY SHAH ALAM

Assalammualaikum dan Selamat Petang

EA dan kawan-kawan ke Shah Alam dan menginap di Hotel New Wave Holiday yang terletak di Seksyen 22 Shah Alam untuk menonton bola Finale Piala FA antara JDT vs PKNS.


Hotel ini bertaraf budget dan harga semalam RM75.Namun, pelanggan yang tempah menggunakan Agoda.com dapat harga RM100 untuk pakej B 2 malam 2 hari. Kami pilih pakej B."BUDGET".


Walaupun kami tempah untuk 2 malam tetapi kami masuk ke hotel ini pada pukul 4.30pagi. Kami bertolak dari JB pada pukul 11 malam . Sepanjang perjalanan, EA menghayati cerita mimpi di dalam kereta.




Khamis, 12 Mei 2016

DOWNLOAD/TONTON THE ANGRY BIRDS MOVIE ONLINE

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Hari pertama The Angry Birds Movie ditayangkan di seluruh Malaysia,selepas pulang dari kerja EA dan kawan-kawan pergi ke wayang IOI,Kulai. Tempat kami bersantai dan menghiburkan hati. Tiket sangat murah iaitu RM8 sebab kami guna kad pelajar. 


Cerita ini layak mendapat 4.5/5 bintang kerana mempunyai mesej berguna di sebalik genre lawak yang mencuit hati penonton.


Cerita ini mengisahkan kehadiran pasukan babi yang ingin mencuri telur-telur burung dengan memperdaya penduduk kampung burung. Namun,En. Red dapat mengesan tipu helah pasukan babi. 



Isnin, 9 Mei 2016

POTRET: LEPAK DI PEKAN PONTIAN

Assalammualaikum dan Selamat Pergi.

Selepas makan di RESTORAN MANDELLA, kami singgah sebentar ke Pekan Pontian untuk melihat pemandangan laut. Sememangnya Pontian sudah berubah.







Ahad, 8 Mei 2016

MAKANSUTRA: RESTORAN MANDELLA SEAFOOD

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Perancangan EA dan kawan-kawan menjadi untuk makan di Restoran Mandella Seafood di Kampung Penarok,Pontian. Restoran ini terletak di kawasan yang agak terpencil dan menyebabkan kami tersesat hingga ke Kukup.Apa yang berlaku? EA tanya seorang Mas dan berpandukan GPS untuk ke sana.

Jika anda ingin ke sini dari arah Pekan Pontian, jalan hiingga nampak papan tanda Penarok dan belok lorong kiri yang ada tertulis papan tanda Mandella yang dilindungi pokok.Ingat!!!Lorong ini sebelum Padang Golf Kukup. Anda jalan terus hingga nampak masjid,kemudian nampak simpang tiga belok kanan dan jalan terus hingga nampak restoran ini.



Makanan di restoran ini bersaiz besar dan sagat sedap tekstur rasanya. Makanan yang EA pilih ialah sotong goreng tepung,udang goreng kunyit,siakap sambal,tomyam ayam,kangkung belacan dan satu jag air tembikai.

Siakap sambal sangat sedap tetapi kurang pedas. Bukan itu saje, ikan siakap yang dimasak juga tidak berbau lumpur atau hanyir. Itu yang sedap diratah.

Kalau anda nak tahu,kami tertipu dengan tomyam yang dihidangkan. Walaupun pilih saiz kecil tetapi dihidangkan untuk 5-6 orang. Kami datang cuma bertiga.Itu yang tak habis. Perghhh..memang tak rugi.

Konsep restoran ini santai dan makan ala-ala kenduri kahwin. Cuba anda teka berapa harga makanan untuk semua ini? Hanya RM95 saje.. Murahkan..Ini baru boleh datang berkali-kali.

Sabtu, 7 Mei 2016

DOWNLOAD/TONTON ADA APA DENGAN CINTA 2 ONLINE

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Rabu lepas EA dan kawan-kawan telah pergi menonton AADC2 @Ada Apa Dengan Cinta 2. Jiwang giler kan... Kami terjerat dengan cerita ini disebabkan oleh kawan EA yg nak layan sambungan dari AADC.


EA teringat quote dialog Rangga "perbedaan travel dan vacation adalah vacation itu semuanya udah diatur dan ikut jadual yang udah dirancang manakala travel itu kita perlu terokoi dengan merentasi pelbagai cabaran".

EA bagi cerita ini 2 bintang kerana ceritanya yang monotanous dan statik. Selain itu, cerita ini juga ditayangkan hampir 2jam 15minit. Bagi EA yang kebosanan terpaksa buat perkara mengarut dalam wayang yang mempunyai 7 orang penonton.

MAKANSUTRA: CAFE RACER & GRILLBAR

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Malam ni punya makan malam memang hipster sebab kedai ni sangat unik dan berkonsepkan vespa. EA dan kawan-kawan telah lepak di Cafe Racer dan lokasinya di Taman Pelangi berhadapan Giant Kerries.




Menu yang EA pilih ialah lamb chop grill dan chocolate blend. Tekstur rasa lamb chop nie memang secukup rasa dan terasa juicy dengan di panggal secara separuh masak. Bagi air, EA rasa biasa tetapi harganya yang luar biasa. 
Ada kejutan yang kawan EA buat pada malam ini. Jeng3x..kami telah meraikan Hari Ulangtahun Kak Shela. Mari semua kita ucap "Happy Birthday" kepada Kak Shela.





Terima kasih EA ucapkan kepada kawan EA yang telah memilih kedai ini.Cafe ni sangat tenang dan boleh datang sekali lagi.