1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 31 Januari 2013

KEJADIAN MISTERI KETIKA MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK PENGANTIN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Sebulan yang lepas, EA ada menghadiri majlis perkahwinan dan sekaligus meringankan tulang dengan membantu tukang masak menyediakan makanan didapur. Disebalik kegembiraan menyambut kedatangan tetamu meraikan hari berbahagia si pengantin itu walaubagaimanapun terdapat kisah misteri berlaku dikawasan tempat masak. Anda semua ingin mengetahui kejadian apa yang berlaku???


1. Nasi yang dimasak tidak tanak.
              EA rasa pelik salah satu periuk nasi beriani yang dimasak masih mentah walaupun telah ditenggekkan lebih kurang empat jam bermula seawal pagi. Hanya nasi ini sahaja yang dimasak dengan menggunakan tungku kayu. Akhirnya, nasi beriani ini masak juga setelah dipindahkan daripada tungku kayu ke dapur gas..Orang cakap kalau kes nasi seperti begini hanya jalan penyelesaiannya cuba tukar daripada satu dapur ke dapur yang lain.


2. Daging kurma menjadi sup..
              Daging kurma ini telah dimasak pada waktu malam.Daging ini telah bertukar daripada masakan kurma kering dan pada sebelah paginya ia telah menjadi seperti sup.Rasa daging ini seperti direbus. Air yang ada didalam periuk itu terpaksa ditimba dengan beldi sebanyak 5 kali..Lebih kurang separuh periuk.Untuk mengekalkan tekstur rasa daging kurma ini terpaksa ditambah lagi dengan rempah ratus.


3.Bau ayam merah yang menyelerakan menjadi berbau busuk
             Bukan itu sahaja, ayam merah yang telah siap dan ditinggalkan lebih kurang enam jam sebelum majlis bermula juga menjadi misteri. Ayam masak merah ini berbau dan seperti tidak masak apabila dihidangkan kepada tetamu.Ayam itu telah dihantar ke dapur semula.Namun,tiada bau apabila dicium dan ayam itu masih elok.Pelik oh peliknya.......Didepan berbau dan dibelakang rasanya OK!

Berdasarkan orang kampung yang membantu didapur, berkemungkinan kejadian misteri itu berpunca daripada perbuatan khianat. Mereka telah menggunakan  cara halus ataupun berdamping dengan jin untuk merosakkan majlis tersebut. Perkara sebegini juga pernah berlaku kepada seorang penduduk kampung. Apabila daging sebanyak 200kg yang ingin dimasak untuk majlis perkahwinan menjadi busuk seperti bangkai dan terpaksa ditanam. Satu perkara lagi, ada kelibat yang bercahaya merentasi rumah pengantin pada waktu malam seperti dihantar dan tidak disangka kejadian pelik berlaku pada hari kejadian. 

EA taknak menuduh tetapi kalau sekiranya perkara pelik ini berlaku atas dasar khianat oleh seorang insan yang bertopeng syaitan segeralah bertaubat dan meminta maaf..Sekuat mana pendamping yang kau HADOO tidak boleh mengalahkan ALLAH yang maha berkuasa.
ALLAHU AKBAR.....

Isnin, 28 Januari 2013

SELAMAT PENGANTIN BAHARU:IZZAH & NAQIUDDIN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM




EA NAK UCAPAKAN SELAMAT PENGANTIN BAHARU
KEPADA RAKAN SEKELAS YANG TELAH
DIIJABKABULKAN DAN TERBINANYA MAHLIGAI CINTA
DIANTARA
 SAUDARI IZZAH DAN SUAMINYA NAQIUDDIN.

SEMOGA BERMULA DARI TANGGAL 23/12/2012 HINGGA KE AKHIR HAYAT MENJADI 
PASANGAN YANG BAHAGIA DAN DIRAHMATI..

TERIMA KASIH DARIPADA KAMI

Isnin, 14 Januari 2013

CEK DARIPADA NUFFNANG SUDAH SAMPAI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Penantian untuk mendapatkan cek daripada Nuffnang berakhir juga apabila sekeping cek telah diposkan dirumah EA..Sukanya EA berblog kerana setiap hasil tulisan tangan ini akan dibayar. Jadi,apa tunggu lagi kawan-kawan, daftarlah blog anda di NUFFNANG.


EA telah berjaya mendapatkan RM 100 daripada berblog nie. Sokongan daripada anda semua amat EA hargai kerana sudi berkunjung dan lepak bersama EA.Cek ini telah dicairkan dan teruskan sentiasa lepak dengan EA untuk mengetahui apa yang akan dibeli dengan duit ini..

TERIMA KASIH PEMBACA...
TERIMA KASIH PENGIKUT SETIA...
TERIMA KASIH NUFFNANG...

** ENTRY INI BUKAN SKIM MLM ATAU PROMOSIKAN PRODUK TETAPI HANYA UNTUK BERKONGSI KEGEMBIRAAN

Khamis, 3 Januari 2013

PERSEMBAHAN SKDC 2012

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


Inilah video yang sempat EA rakamkan semasa berada di SKDC..Jom kita layan

KOMPILASI  LAGU NASYID YANG MANTAP  
JOGET HORE- HORE ENERGIZER UNTUK 
SEMANGAT MEMULAKAN 
SESI SEKOLAH BAHARU

DAH TONTON...BAGAIMANA??? SEMESTINYA MEREKA PASTI TERBAIKKK