1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 16 Jun 2012

BILA PTPTN NAK PULANGKAN SEMULA RM 500????

Assalammualaikum dan Selamat Malam...






Pada awal kemasukan sem baru kali ini, ada sesuatu yang mengejutkan EA dan rakan-rakan dimana duit PTPTN masuk lambat dan wang yang sepatutnya diterima untuk sem nie telah terkurang RM 500. Berita ini telah heboh dan menjadi isu di tempat EA.Bukan itu sahaja, terdapat pelajar UKM juga dengar cerita menghadapi masalah yang sama. Isu misteri kehilangan duit RM 500 pelajar UKM ini telah mendapat liputan daripada akhbar dan blogger berbanding ditempat EA hanya kecoh diperingkat dalaman sahaja. EA juga tidak pasti samada masalah yang dihadapi oleh pelajar daripada Bangi sudah selesai atau tidak tetapi ditempat EA isu ini masih lagi dibangkitkan dan ia menjadi persoalan
Haisshh...Kusut...Ini yang menjadi kebimbangan kerana sem dah 
nak abis tapi duit 
tu masih tak dapat lagi...
Erm...penin3x..


Masalah telah dikenalpasti dimana PTPTN telah menolak duit tersebut diatas faktor pembayaran semula duit pendahuluan yang telah diberi pinjam dan harus dibayar dengan cara menolak elaun sebanyak RM 500 untuk  3 sem. EA merasa pelik dan sepatutnya tiada tolakan yang dibuat lagi pada sem ini. Ini kerana PTPTN sudah mula memotong RM500 daripada sem 3 hingga 5.Persoalannya,kenapa sem 6 pun harus ditolak lagi...???? Rupa-rupanya terdapat sesetengah kursus yang PTPTN mula ditolak daripada sem 4 hingga 6. Jadi,disini wujudnya kekeliruan berlaku bagi pihak PTPTN dalam membuat pemotongan. Ini berlakunya ketidakadilan bagi EA dan rakan-rakan dan sepatutnya pihak PTPTN bertindak professional dalam menguruskan perkara ini. Akibatnya EA dan rakan-rakan menjadi mangsa keadaan..Kalau proses nak pulangkan tu segera OK juga tapi sampai sekarang masih EA tertunggu-tunggu...



Kronologi proses untuk pemulangan semula duit RM 500 tersebut :
Sebelum 13/12/2012-semua pelajar memberikan nama dan no.ic kepada wakil pelajar





Selepas 29/03/2012 -????????????? tiada apa-apa 
maklumbalas daripada PTPTN dan wakil pelajar serta mereka umpama membisu hingga kini 16/06/2012.Sem nie pun hampir melabuhkan tirainya.Hal ini bertambah malang apabila pembubaran wakil pelajar disebabkan sudah tamat penggal untuk sesi 2011/2012..Jadi..tiada wakil pelajar lagi yang membawa suara kami.Kes ini menjadi senyap umpama batu.Baca email diatas...rasa macam cartoon la pulok kalo OT tiap malam tapi kenapa sampai sekarang x dapat lagi???


Namun begitu, terdapat rakan EA lain mengambil pendekatan proaktif dengan follow up sendiri PTPTN dengan menggunakan telefon. TApi ini lah jawapan yang sering diberikan


Walaupun, PTPTN ada datang ke tempat EA tetapi bukan isu kehilangan RM 5oo yang dibincangkan tetapi taklimat tentang cara pembayaran selepasa tamat pembelajaran..lawak la..Namun,wakil PTPTN hanya meminta sekali lagi nama dan no.ic pelajar dalam mempercepatkan proses  pemulangan tanpa mengulas lebih panjang..Tiada maklumbalas diterima selepas nama dan no.ic diberi.Agaknya dorg nk cover jer kott...


Persoalannya.."SAMPAI BILA KAMI MAHU MENUNGU???". ADAKAH IA SEKADAR MENUNGGU BULAN JATUH KERIBA??? Tolong prihatin dengan masalah ini. Kami sangat memerlukan RM500 itu untuk menampung kehidupan disaat-saat hujung sem ini...KAMI JUGA RISAU SEKIRANYA RM 500 ITU TIDAK DIPULANGKAN SEMULA IA AKAN BURN!!! EA tak kisah jika jumlah pinjaman EA dikurangkan oleh PTPTN sebanyak RM 500 tetapi kalau sebaliknya...memang PANDAI...PANDAI LA..
sumber youtube:misha omar pulangkan





Tiada ulasan: