1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 30 Julai 2013

BAHAGIAN 2: PERBEZAAN AHLI SUNNAH DAN SYIAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI...
Antara perbezaan yang dididedahkan dalam buku ini diantara SYIAH dah Ahli Sunnah ialah:


  • KALIMAH SYAHADAH

Ahli Sunnah- Dua kalimah syahadah
Syiah- dua kalimah syadah + satu syahadah kepada 12 imam..


  • IMAM

Ahli Sunnah- Percaya kepada imam tidak termasuk rukun iman 
Syiah - Percaya kepada imam termasuk rukun iman


  • SAHABAT RASULLALLAH

Ahli Sunnah- memartabatkan sahabat-sahabat rasullallah dan khalifah alrashidin
Syiah- Membenci dan mencaci sahabat rasullallah kecuali menjunjung Saidina Ali.


  • SYURGA

Ahli Sunnah- Diperuntukkan bagi orang yang taat pada perintah allah dan rasullallah
Syiah- Diperuntukkan hanya kepada pecinta Imam Ali.


  • Kahwin

Ahli Sunnah-nikah kontrak @ nikah sekejap-sekejap tidak dibenarkan..
Syiah- membenarkan nikah mutaah @ kontrak @sekejap walaupun sejam,seminit atau sesaat...

** Oleh itu, ikutlah ajaran yang telah ditetapkan oleh ISLAM dengan berpaksikan kepada alquran dan al-sunnah.Insyaallah selamat dunia dan akhirat tidak kira siapa dan apa kedudukan kita...

Ahad, 28 Julai 2013

RADIGLOW MEMBANTU IRMA HASMIE UNTUK TERUS KEKAL CANTIK DAN SIHAT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


IRMA HASMIE kini telah dilantik sebagai duta daripada produk kecantikan Radiglow selepas menggunakannya sebelum ini. Testimoni Radiglow yang telah digunakan oleh IRMA HASMIE berjaya mengekalkan kecantikan dan seri seperti

  • Kulit kelihatan lebih muda dan menjadi lebih sihat!
  •  Menghaluskan dan menganjalkan kulit! 
  • Mencerahkan dan menghilangkan pigmentasi kulit! 
  • Merawat dan menghilangkan jerawat/jeragat! 
  • Baik untuk penglihatan, gigi, kuku dan rambut! 
  • Mengandungi antioksida semulajadi yang lebih kuat berbanding vitamin E! 
ANDA YANG INGIN CANTIK DAN BERSERI SEPERTI IRMA HASMIE  BOLEH DAPATKAN RADIGLOW  DENGAN
MENGHUBUNGI/SMS DITALIAN 0127156632 atau emel oz.ajis@gmail.com
**HARGA PASARAN RM180 2 BOTOL...TETAPI JIKA ANDA BELI DENGAN EA..EA AKAN BAGI HARGA PROMOSI/KAWAN-KAWAN , LEBIH MURAH DAN JIMAT SIHAT!!! JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI EA..

** RADIGLOW YANG EA JUAL INI ORIGINAL DAN BUKAN PRODUK TIRUAN....
(TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT)

OST CEREKARAMA:NYAMUK TIDAK BERDOSA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.

Lagu-lagu ost yang dimainkan dalam telemovie cerekarama Nyamuk Tidak berdosa di TV3:

  • ARIEL-ANUGERAH TERINDAH
  • HAFIZ HAMIDUN-ASTAGFIRULALLAH
ARIL-ANUGERAH TERINDAH


Jumaat, 26 Julai 2013

OST LAGU SLOT NURANI: REDA & PASRAH DI TV1

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
Antara lagu-lagu yang menjadi OST REDA & PASRAH lakonan  Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainoordin, Nadia Mustafa, Maisara Syazreen, Saharuddin Tamby dan Norniswara

  1. HAFIZ HAMIDUN- LAILAHA ILLALLAH
  2. HAFIZ HAMIDUN - YA LATIF
  3. OPICK- BILA WAKTU TLAH BERAKHIR
-SALAM NUZUL ALQURAN FURQAN-

Khamis, 25 Julai 2013

TUNTUT HAK ANDA SELEPAS DITIPU DALAM JUAL BELI SECARA ONLINE

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..

Anda pernah ditipu dalam jual beli secara online??? Jangan sedih atau putus asa.. Gunakan suara anda untuk menuntut hak semula dengan memastikan si penipu membayar wang kembali. Jangan biarkan mereka terlepas...

Jika anda menghadapi kes diatas. Sila buat laporan kepada Tribunal Pengguna yang berdekatan dan bayar RM5 sebagai duit laporan. Print transaksi yang telah dibuat kepada akaun si penipu untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Hakim akan memberi perintah kepada si penipu untuk membayar semula wang anda dan jika gagal denda sebanyak RM5000 atau penjara..Oco lali rek...

Isnin, 22 Julai 2013

SINOPSIS EPISOD AKHIR RAMADAN YANG HILANG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..

Apa yang akan berlaku dalam episod akhir nanti? Adakah berakhir dalam kegembiraan atau menitiskan air mata lebih - lebih lagi sudah masuk bulan syawal. Akhirnya, Dato Zubir dan Datin Saadiah sedar akan kesilapannya yang terlalu memanjakkan Delisha anak angkatnya berbanding Zafirah anak kandungnya. Mereka telah meminta maaf kepada Zafirah diatas kesalahannya dan kurang perhatian diberikan selepas kewujudan Delisha. Datin Saadiah juga dapat menerima madunya. Adakah Zafirah dan sekeluarga dapat memaafkan Delisha selepas melakukan banyak perkara yang menyakitkan hati semua orang ?? Siapakah yang menjadi buah hati Zafirah samada Ramadani atau Prof?? Jom kita tunggu diakhir episod.....

Ahad, 21 Julai 2013

OST CEREKARAMA KORBAN KASIH TV3- NASTIA BAND & RAMLAH RAM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..

Lagu-lagu yang dimainkan dalam cerekarama Korban Kasih dinyanyikan oleh kumpulan Nastia Band dan Ramlah Ram. Siapa itu Nastia Band?? Nastia Band merupakan band yang ditubuhkankan pada tahun 2011 semasa menyertai Battle Band anjuran Suria Fm. Band ini juga berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
Senarai lagu Nastia Band yang dimainkan dalam Cerekarama Korban Kasih

  1. KOSONG
  2. SEBUT NAMAMU
  3. SUNGGUH
  4. HANYUT
  5. ESOK BELUM TIBA

Senarai lagu Ramlah Ram yang dimainkan dalam Cerekarama Korban Kasih.
  1. Aspirasi
  2. Takdir Cinta
  3. Benar Mencintai
  4. Hati.



Jumaat, 19 Julai 2013

REFLEKSI SEMINIT: WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

REFLEKSI SEMINIT

MENGENALPASTI PATI MINYAK WANGI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.

Mungkin anda pernah berhadapan dengan penjual minyak wangi dimana minyak wangi yang ditawarkan hanya menggukan pati sahaja. Boleh percaya ker orang ni..Mereka akan jual dengan harga lebih murah dan menggunakan nama minyak wangi yang berjenama. Untuk mengenalpasti pati minyak wangi, anda perlu menggoncang minyak wangi tersebut. Sekiranya minyak wangi itu mengeluarkan buih yang banyak maka itu campuran pati. Sebaliknya pati minyak wangi akan mengeluarkan buih yang sedikit sahaja.Ingat!!! Kita pelanggan jangan sampai tertipu.

Khamis, 18 Julai 2013

BAHAGIAN 1:BONGKAR BUKU "DIALOG APA DAN SIAPA SYIAH"

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI...

Marcapada ini, isu syiah menjadi perbualan hangat di negara kita terutama sekali melalui medium facebook. Rakyat Malaysia teresedar akan syiah telah menjadi dalang kekejaman yang dilakukan oleh Basyar dengan bantuan daripada Iran kepada penduduk Syria yang beragama islam sunni.. Selain itu, isu syiah ini menjadi hangat apabila puak syiah berkomplot untuk jatuhkan Dr. Morsi sebagai presiden dengan rampasan kuasa oleh tentera.
Justeru itu, EA telah membeli buku " Dialog Apa dan Siapa Syiah" yang telah ditulis oleh Ahmad Zein Alkaf hasil daripada dialog yang telah dibincangkan oleh Majlis Ulama Indonesia(MUI) dan Wilayah Nahdatul Ulama Jawa Timur(NU). Ulama di Indonesia telah bersepakat dimana Syiah sebenarnya bukan agama ISLAM tetapi ia merupakan satu ajaran sesat yang mesti dicegah daripada disebarkan di Indonesia hingga Nusantara.Terdapat banyak bukti yang menunjukkan fahaman syiah ini tidak selari dengan syariat islam yang berpegang kepada alquran dan sunnah..Jadi, tunggu di bahagian seterusnya pendedahan daripada Ulama Indonesia akan bukti kesesatan puak syiah ini..

**Sila komen jika anda tidak setuju dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama Indonesia.

Rabu, 17 Julai 2013

"WARNA PASTEL DIPILIH UNTUK BAJU MELAYU/KURUNG RAYA 2013"

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI

Bulan ramadhan sudah menjelma dan tinggal beberapa hari lagi untuk kita meraikan detik kemenangan selepas berpuasa selama sebulan. Semestinya disaat begini sudah ramai yang sudah membeli atau menempah baju melayu /kurung untuk hari raya..Apakah warna baju kurung
/ melayu anda pada tahun ini? Adakah warna pastel menjadi pilihan...

Tahun 2013 ini, Rizman Ruzaini selaku pereka fesyen terkenal tanah air telah menggunakan warna pastel sebagai tema koleksi baju raya pada tahun ini. Beliau juga telah menambahkan elemen musim panas untuk mencantikkan lagi baju raya itu.
Unggu/purple menjadi tema utama untuk kali ini. Kerawang daun dan bunga menunjukkan
tema musim panas
Antara artis yang terlibat dalam menggayakan baju raya 2013 Ruzaiman & Ruzaini seperti Dato Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Ning Delton dan Fazura. Jadi, adakah warna baju raya 2013 dipilih kerana mengikut tema R&R atau secara kebetulan???






MARI MEMBACA KALAMALLAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

RABU TANPA BICARA

Sabtu, 13 Julai 2013

KENALI PENYANYI LAGU JANGAN PIKIRIN ABANG-ALICE FEAT FIRMAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.
EA mula terdengar lagu Jangan Pikirin Abang nyanyian Alice feat Firman ini semasa jiran sebelah membuka lagu ini secara berulang-ulang.EA juga terkejut kerana lagu ini juga boleh menembusi station  radio terkenal di negara kita.

 Setelah mendapat info patutla lagu ini dimainkan di negara kita kerana lagu ini telah dinyanyikan oleh Firman yang terkenal dengan lagu Kehilangan. Alice dipilih untuk berganding dengan Firman dalam lagu ini kerana suaranya yang sesuai dengan genre melayu. Alice mula melibatkan diri dalam bidang tarik suara apabila melepasi ujibakat untuk menyanyikan lagu ini. Sebelum ini, Alice merupakan seorang model di Indonesia.Bukan itu sahaja, mungkin disebabkan lagu ini genre melayu jadi hampir semua radio memutarkan lagu ini..Tak percaya...jom layan lagu ini..

ALICE FEAT FIRMAN- JANGAN PIKIRIN ABANG

APLIKASI IMAN WAKTU SOLAT MEMUDAHKAN UNTUK BERMUSAFIR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI


Anda yang mempunya gajet smartphone jangan lupa install aplikasi IMAN ini. Aplikasi ini berfungsi sebagai jam waktu solat. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk mengetahui waktu solat di semua kawasan 3 negara iaitu Malaysia,Singapura dan Brunei. 

Disamping itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi iman ini sebagai tasbih untuk berzikir,penunjuk arah kiblat dan juga tersedia cara untuk solat jamak dan qasar. Bagi EA, aplikasi ini memudahkan EA terutama pada bulan ramadhan dan bermusafir. Tak perlu tunggu depan tv untuk mengetahui waktu berbuka dan besahur serta yakin dengan waktu solat.

Khamis, 11 Julai 2013

REFLEKSI SEMINIT: RAMADHAN DATANG LAGI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
REFLEKSI SEMINIT

*SOLAT SUNAT
*KHATAM ALQURAN
*BANYAK BERDOA
*LAZIM IKTIKAF
*SELALU SEDEKAH

Jumaat, 5 Julai 2013

SOLIDARITI UNTUK DR MORSI.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Kami dari Malaysia sentiasa bersamamu DEMI menegakkan syiar ISLAM. Walaupun kamu ditangkap, dihina sebagai diktaktor, dicerca dan difitnah sokongan kami tetap bersama kamu.Teruskan perjuangan Dr. dan jangan pernah gentar dengan kezaliman dan kebatilan...Mari kita bersoladiriti diatas pencabulan hak demokrasi negara Mesir.


Takbir.. Allahuakbar...

Rabu, 3 Julai 2013

DISEBALIK LAGU NOAH- HIDUP UNTUKMU MATI TANPAMU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI
Kini, NOAH kembali lagi dengan album keduanya yang bertajuk Hidup UntukMu Mati TanpaMu. Lagu ini sebenarnya telah dicipta sewaktu tahun 2007 semasa Ariel masih lagi bersama Band Peterpan. Malangnya,lagu ini tidak boleh diterbitkan kerana tiada lirik yang dicipta. Pada tahun 2010, Ariel telah meminta bantuan daripada Rian Dmasiv untuk menyunting lirik lagu ini. Lagu ini juga dipilih sebagai single kedua kerana untuk menaikkan semangat yang sama seperti zaman kegemilangan genre pop Peterpan.

NOAH-HIDUP UNTUKMU MATI TANPAMU

Lagu ini berkisarkan seorang lelaki yang sangat setia dengan cintanya tetapi cintanya dipermainkan oleh seorang wanita yang mencintai lelaki lain.Selain itu, lagu ini mempunyai mesej yang tersendiri dimana kita jangan terlalu bergantung dengan orang lain.OK.Enjoy lagu ini......Anda ada tak pengalaman seperti lagu ini???


FINALE PIALA FA 2013:JDT VS TRW

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
RABU TANPA BICARA

Selasa, 2 Julai 2013

MALAYSIA CHEER COMPETITION 2013 at Indoor Stadium Bukit Jalil

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI
Kebetulan sampai ke Stadium Bukit Jalil pada pukul 9pagi  EA secara tidak sengaja berpeluang menyaksikan pertandingan cheers peringkat sekolah-sekolah Malaysia di Stadium Tertutup Bukit Jalil pada 29 Jun 2013. Pertandingan yang diadakan sekurang-kurangnya mengisi masa EA sementara menunggu pintu stadium utama Bukit Jalil dibuka untuk perlawanan Finale Piala FA.Murid-murid yang menyertai pertandingan ini menunjukkan aksi cheers yang memukau hati penonton samada daripada sekolah kebangsaan ataupun sekolah international.
SK SRI KUALA LUMPUR INTERNATIONAL membawa rangers yang ramai
untuk meberi sokongan. 
Keputusan pemenang tidak diumumkan pada hari tersebut.Pertandingan dihentikan pada pukul 1petang dan disambung semula pada hari esok.. Penyokong yang hadir juga diberi cenderahati gula-gula eclips...

KEHANGATAN PIALA FA 2013:TRW VS JDT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.

Walaupun perlawanan Piala FA 2013 telah berlalu tetapi kehangatannya masih lagi dibicarakan oleh kedua penyokong samada Kelantan dan JDT. EA ucapkan tahniah kepada Kelantan kerana menjadi juara bagi musim ini. Walauapapun, EA tetap menyokong JDT.Demi memberi sokongan kepada JDT semasa perlawanan akhir banyak yang EA telah korbankan. Antaranya,masa, tenaga dan wang ringgit. EA juga sanggup menunggu di Stadium Bukit Jalil bermula pukul 9 pagi.

Pintu Stadium telah dibuka seawal jam 3pm...
EA telah berjaya menwan Stadium Bukit Jalil.
Luaskan Kuasamu...JDT
Bagi EA, perlawanan akhir piala FA itu menjadi sejarah dimana Kelantan telah berjaya mengekalkan kejuaraannya manakala JDT pula berjaya menyatupadukan penyokong JOHOR dengan memberikan sorakan semangat yang hebat.. Walaupun kalah, tetapi kami masih lagi memberikan sorakan kepada JDT. Tak percaya, jom layan video nie..


THE BOSS-Ayuh Johor

Isnin, 1 Julai 2013

EPISOD AKHIR TEDUHAN KASIH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Semestinya ramai yang mengikuti dan ingin mengetahui apa yang akan berlaku dalam episod akhir Teduhan kasih. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa persoalan yang EA nantikan.Antaranya,

  1. Adakah Ryzal akan menerima Ayu selepas mengetahui niat sebenarnya?
  2. Adakah Ayu berjaya memastikan hubungan Iffah dan Ehsan retak sebagaimanaAyu berjaya memisahkan Ryzal dan Iffa?
  3. Bagaimanakah reaksi Iffa selepas mengetahui Ehsan dan Ayu ditangkap basah?
  4. Adakah Ehsan akan mati  kerana penyakit yang dirahsiakan dan bagaimana nasib Iffa selepas ini?
  5. Benarkah Iffa akan melahirkan anak kembar ?
  6. Drama ini akan berakhir dengan watak sedih atau kebahagian yang akan dikecapi oleh Ehsan dan Iffa selepas melalui pelbagai halangan??
Jawapan daripada persoalan episod akhir ini akan terjawab pada hari selasa 02 Julai 2013. Jadi sama-sama kita nantikan samada benar atau tidak sumber yang EA dapatkan..

OST RAMADAAN YANG HILANG//AMYLEA- SEPERTI DIA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..
Belum lagi masuk bulan ramadhan, TV3 sudah menyiarkan drama khas untuk bulan ramdhan iaitu RAMADAN YANG HILANG lakonan Eira Syazira, Zamarul Hisyam dan Zila Bakarin...Sambil memukul telur untuk buat bahulu dan jom kita layan lagu OST ini nyanyian AMYLEA-Seperti Dia.

OST RAMADAN YANG HILANG//AMYLEA
SEPERTI DIA