1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 28 Jun 2012

PEMBUKAAN PANDAN UPTOWN YANG BERWAJAH BARU

HAI...


EA nak beritahu kepada semua warga Johor dan Singapura kini PANDAN UPTOWN akan dibuka secara rasmi pada 29 JUN 2012. Semua kedai telah  berwajah baru selepas proses renovasi  dijalankan. Erm..tiada lagi khemah-khemah.Kawasan UPTOWN PANDAN ini boleh dikatakan lebih menarik dan tersusun berbanding sebelum ini.  Ia juga dilengkapi dengan bumbung untuk keselesaan pengunjung. Lepas  nie pengunjung dan peniaga tak yah lah risau untuk berlari kalau hujan....


Pelbagai jenis barangan boleh didapati disana dengan harga murah dan boleh tawar menawar.. Selain itu, pembukaan PANDAN UPTOWN juga pada masa kini sangat sesuai kerana ia memberi kemudahan untuk bershopping bagi memenuhi keperluan barangan di Aidilfitri. Bulan Ramadhan kan dah nak dekat jadi inilah masanya untuk bershoping bagai....

EA rasa mesti konsep karoake masih dikekalkan dan diadakan di pentas yang ditaja oleh DG.. Ini salah satu cara untuk menarik kehadiran pengunjung dan menggilap bakat-bakat baru daripada selatan...phewitt....Jadi ape tunggu lagi...datanglah bersama keluarga dan rakan untuk memberi sokongan dan memeriahkan PANDAN UPTOWN...