1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 25 November 2014

JAMUAN RAKYAT SEMPENA PERKAHWINAN TMJ DAN PASANGANNYA 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Jamuan ini telah diadakan pada 15 November 2014 bersamaan  dengan hari ulangtahun EA. Sambutan hari ulangtahun EA yang sangat istimewa kerana Istana Jauhar telah menyediakan jamuan. hehehehe perasan. Sebenarnya jamuan ini diadakan sempena PERKAHWINAN TMJ DAN PASANGANNYA

EA sangat bertuah kerana semasa datang ke majlis ini orang masih tidak ramai lagi. SELESA!!! Dapat semua makanan yang EA inginkan...hehehehe.Kalau nak rasa semua makanan mestilah kena datang awal

PUKUL 9 PAGI








Inilah makanan yang EA ambil dari setiap kios... Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..

PUKUL 10 PAGI
Orang semakin ramai yang datang.Jadi suasana semakin   huru hara sedikit



SELAMAT PENGANTIN BAHARU TMJ DAN CHE PUAN KHALIDA.. Tahun depan TMJ  sudah bertitah untuk mengadakan lagi selama 2 hari.. Jumpa lagi tahun depan..

Selasa, 11 November 2014

SOAL SELIDIK PEKERJAAN 2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Sebelum tidur EA ambil masa beberapa minit  untuk menjawab kaji selidik daripada MOE dengan harapan untuk memenangi Iphone 6..Mimpi yang indah semoga ia menjadi kenyataan.

Sabtu, 8 November 2014

MEMORI TERBAIK PERLAWANAN OPPO AKHIR 2014 JDT vs PAHANG

Assalammualaikum dan Selamat Malam

EA cuma nak repost gambar semasa perlawanan akhir OPPO 2014 Piala Malaysia diantara JDT vs Pahang.








Jumaat, 7 November 2014

NAJIMAH : BURGER BAKAR ABG BURN RM1

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Kawan - kawan... Burger Bakar Abg Burn di BPoint Jb ada buat promosi sebiji hanya RM1.Murahkan.Harga biasa burger cheese nie RM7.90.Promosi ini hanya berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10 malam hingga 12 pagi pada 06/11/2014.
Setiap orang hanya boleh membeli sebiji burger sahaja tapi kalau nak beli lebih kenalah beratur semula. Disebabkan cuaca malam nie hujan lebat memberikan peluang kepada penggemar tegar burger bakar seperti EA beli banyak dan tidak perlu beratur panjang. 

Inilah rezeki. Nak tau EA beli berapa? EA cuma beli 6 biji jer. Kah kah kah.

Selain itu, layanan yang diberikan oleh juruwang hingga pembuat burger sangat terbaik.
Akak nie sangat peramah. Tak lokek senyuman.Terbaiklah. Nie yang nak datang banyak kali.

Brother nie pun sangat sempoi dan cool. Beri layanan yang baik. Dialah yang beritahu EA boleh bila banyak tapi kena beratur semula. Terima Kasih Der..

Anda yang terlepas peluang untuk mendapatkan burger Abg Burn dengan harga RM1 boleh serang cawangan  baru yang akan dibuka di Pasir Gudang pada minggu hadapan. Promosi sama akan diadakan.NAJIMAH(Nak Jimat Memang Mudah). Worth It beb..

Sebelum balik EA basahkan tekak dengan secawan jus tembikai. Harga pun RM1 sempena promosi malam nie.. 

Khamis, 6 November 2014

ISU : ADUH PERLAWANAN OPPO AKHIR PIALA MALAYSIA JDT vs PHG

Assalammualaikum dan Selamat Malam

EA ucapkan tahniah kepada pasukan Pahang yang telah berjaya menjadi juara OPPO Piala Malaysia 2014.Walaupun perlawanan akhir diantara JDT dan Pahang sudah berlalu pada 1 November 2014 tetapi ada beberapa isu  yang EA nak bangkitkan.. 


1. Lambat buka pintu tiket
. Penyokong telah ramai berkumpul di pintu masuk seawal pukul 11pagi. Ada yang pengsan dalam keadaan bersesak-sesak. Menunggu dalam panas dan hujan. Sampaikan baju yang basah menjadi kering. Pihak pengurusan masih lagi menjadi tunggul kayu. Kenapa x buka awal? Semasa perlawanan akhir jdt vs kelantan boleh pula buka pukul 3pm. Kami datang nak tengok bola bukannya sakai yang nak bakar stadium. Salah ker kami masuk awal. Ada penyokong yang sudah sampai ke bukit jalil pada waktu semalamnya.Itupun pihak pengurusan mahu mengubah waktu masuk dari pukul 4 ke 5pm.

Alasannya pihak polis belum bersedia. Para penyokong bangkit dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Selepas mendapat makian berkati- kati daripada penyokong barulah pihak pengurusan membenarkan untuk membuka pintu masuk.Pihak pengurusan dan polis telah membenarkan penyokong masuk kedalam stadium pada pukul 4.15 petang.


2. Harga makanan dan air standard pavi..
EA terkejut apabila membeli 2 biji burger dan 1 botol air mineral besar dengan harga RM13. Sebiji burger RM4 dan air mineral RM5. Burger cuma berasaskan roti, daging cap stadium dan sos. Lepas nie EA nak amel video lepastu laporkan kepada Menteri Dato Hassan Malek.

3. Sudah sampai di Bukit Jalil tapi tiket tiada
Sedih bila EA dengar ada segelintir penyokong sudah sampai ke BUJA tapi tiket tiada. Hampir semua penyokong yang mengikuti rombongan 25 bas sampai ke BUJA dengan tiada tiket. EA hanya bersimpati dengan nasib mereka. Peringatan untuk diri sendiri,pastikan sebelum ikut mana-mana trip  dapatkan dulu tiket. Lebih mudah jika pergi dengan kenderaan sendiri. Sudah pasti sampai dan yakin boleh masuk ke stadium dengan tiket yang telah dibeli..

X nak komen pasal perlawanan ker? EA bukan fanatik sangat pasal bola. Datang stadium cuma nak bergembira dan menonton konsert budak BOS dan EA...ha ha ha..


Selasa, 4 November 2014

RTB: BERSORAK de BUKIT JALIL

Assalammualaikum dan Selamat malam
Rabu tanpa bicara: 
tukang sorak JDT semasa perlawanan akhir OPPO 2014 
JDT vs PAHANG