1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 21 Januari 2014

SENI GARISAN MENJADI LUKISAN TING 1

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.
Minggu ini EA nak berkongsi akan karya seni murid Tingkatan 1 dimana teknik garisan jika disambungkan akan menjadi suatu lukisan yang menarik.Antara lukisan yang terbaik dan diluar kotak ialah:
1.Gadis yang sedang berdoa

2.Rama-rama

3. Badminton dan Bola Lisut

4.Tulisan Graviti

5. Parody Senyum

Isnin, 13 Januari 2014

TREND GAYA RAMBUT WANITA 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita. Potongan rambut anda boleh mengubah penampilan. Pastikan potongan rambut anda mestilah bersesuaian dan jangan sampai jadi mangsa fashion.

Berdasarkan Chez Hamdan merupakan pendandan rambut dan pemilik Chez Hair Studio menjangkakan gaya potongan rambut wanita 2014  lebih menonjolkan potongan rambut blonde, tebal dan kurang layer. Antara potongan rambut yang diketengahkan oleh Chez Hamdan seperti berikut:

Anda yang sukakan penampilan rambut pendek boleh cuba mengayakan dengan potongan pixie bold. Potongan rambut disebelah kiri dan kanan akan diratakan untuk kelihatan rambut anda menjadi tebal. Bagi yang berwajah petak, anda juga boleh mengikuti gaya ini kerana pendadan rambut yang mahir akan menyembunyikan wajah bersegi anda dengan potongan ini.

Bagi anda yang sukakan rambut panjang, potongan gaya rambut Ombre masih lagi menjadi trend 2014. Manakala yang suka mewarnakan rambut dengan warna terang, pastikan anda memilih dengan warna yang sesuai supaya muka anda tidak kelihatan gelap.

**Sumber Wanita Hari Ini 07/01/2014

Ahad, 12 Januari 2014

SANTAI DI KOTA SINGAPURA : NASI BERYANI AYAM JALAN KILLINEY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Juadah yang menjadi pilihan EA semasa berada di Kota Singapura ialah Nasi Beriyani Jalan Killiney. Memang betul kata rakan EA semua menu makanan yang dihidangkan dengan kuatiti yang banyak dan besar. Satu set nasi beryani berharga $5 + teh tarik $1.20.  Selamat menjamu selera.

EA telah makan di Indian Muslim Food. Bagi EA sangat sukar  untuk mencari makanan melayu di sekitar Orchard. Harga makanan disini sama dengan harga yang di jual di JB. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap malam minggu kedai makan di JB dipenuhi oleh warga Singapura.

Jika anda nak cuba nasi beryani tersebut..sila set GPS anda ke Killiney Road.

Jumaat, 3 Januari 2014

Rabu, 1 Januari 2014