1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 25 Februari 2013

VROOMM BRIM 2.0

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


EA rasa bersyukur kerana permohonan BRIM 2.0 untuk golongan bujang telah diluluskan. Jadi dapatlah merasa juga duit sebanyak RM 250 untuk dibuat E.N.J.O.Y!!!! Walauapapun jom kita lihat suasana semasa mengambil BRIM 2.0 di Kg Melayu Pandan, Johor.

Pakcik dan Makcik tengah beratur untuk mengambil voucher RM500

wahh..".AWIE pun amek ker BRIM untuk bujang nie"

Template jemputan ke Majlis penyerahan Voucher Brim2 Bromm Bramm

Voucher ini EA belum tunaikan lagi dan masih berfikir untuk buat apa dengan 
duit ini..wakakaka

TERIMA KASIH DAUN KELADI
HARAP-HARAP DAPAT LAGI

Selasa, 19 Februari 2013

OST RINDU BERTEMU DI ABU DHABI

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM...

Fahrin Ahmad-Siapa Ingin Membawa

Bob Mesra-Yang Bertakhta

Nora-Secebis Harapan

Jom temankan  EA dengar lagu-lagu daripada cerita Rindu Bertemu Di Abu Dhabi..

Isnin, 18 Februari 2013

KEMERIAHAN PERARAKAN FALUN DAFA DI PONTIAN 法轮大法兴奋的在笨珍

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Satu perarakan kumpulan Falun Dafa Pontian telah dijalankan disekitar Pekan Pontian. Perarakan ini telah berlangsung pada  14 Februari 2013 sempena meraikan perayaan Tahun Baharu Cina.Walaupun, cuaca hujan pada hari tersebut tetapi mereka tetap berarak dengan penuh semangat.

Jadi,jom kita lihat kemeriahan perarakan Falun Dafa ini..









Ahad, 17 Februari 2013

KERANA 150 JUTA FYN JAMAL VS AINAN TASNEEM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Lagu 150 juta nyanyian Fyn Jamal  menjadi kontroversi apabila Ainan Tasneem menyanyikan semula lagu tersebut. Buang segala kontroversi dan jom kita berhibur dengan lagu 150 juta versi Fyn Jamal dan Ainan Tasneem...P.E.A.C.E

150 JUTA versi FYN JAMAL

150 JUTA versi AINAN TASNEEM

Jumaat, 15 Februari 2013

ETAGANEN-LAGU RASMI 2013 IKLAN COCA COLA DI MESIR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM



Lagu Etaganen nyanyian kumpulan Cairokee feat Aida El Ayoubi & Zap Tharwat telah dipilih menjadi lagu rasmi untuk iklan Coca Cola bagi tahun 2013. Etaganen ini bermaksud kerja gila(doing crazy). EA memang suka dengan lagu ini. Bagi EA lagu ini tetap menjadi inspirasi walaupun ia dimainkan berulang kali. Kumpulan Cairokee memang terkenal dengan lagunya yang bergenre Rock dan Zap Tharwat ini rapper popular disana. Kalau disini samalah seperti Maliq,Joe Flizzow,Ultimate dan lain-lain lagi. Aida El Ayoub ini merupakan artis 90an yang mendendangkan lagu seperti Ramlah Ram dan yang bezanya beliau boleh bermain gitar.
Kombinasi suara mereka memang mantop bagaikan 3 SUARA. 

Tak percaya dan JOM KITA DENGAR BERSAMA:


Selain itu,ketiga-tiga artis ini mempunyai latar belakang yang sama dimana mereka turut berjuang dalam menegakkan kebenaran dan memperjuangkan hak keadilan sosial yang telah dicabuli oleh Perdana Menteri ketika Hosni Mubarak. Mereka juga sanggup turun ke Dataran Tahrir bersama rakyat mesir sebagai tanda protes dan menuntut kerajaan Hosni Mubarak digulingkan.. Gelaran Artis bukan penghalang untuk mereka turun berhimpun bersama rakyat Mesir yang lain..
Jadi, siapapun kita jangan biarkan penganaiaan berlaku dan bangkitlah berjuang untuk menegakkan keadilan..

Khamis, 14 Februari 2013

RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 1 - EPISOD AKHIR DOWNLOAD/TONTON SECARA ONLINE/STREAMING

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..


Setiap petang mesti EA akan duduk di depan tv untuk menonton cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi yang baharu bermula selepas menggantikan cerita Setia Hujung Nyawa. Walaubagaimanapun, ada juga episod yang EA terlepas tonton .Jadi EA pautkan link untuk menonton Rindu Bertamu Di Abu Dhabi bagi memudahkan untuk menonton semula episod tersebut:

RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 1


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 2


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 3


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 4


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 5


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 6


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 7


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 8


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 9


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 10


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 11


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 12


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 13


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 14


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 15


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 16


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 17



RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 18


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 19


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 21


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 22

RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 23

RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 24



RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 25


RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 26


 RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPISOD 27


Rabu, 13 Februari 2013

MELAWAT NARAPIDANA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


RABU TANPA BICARA

SEBESAR MANA KESALAHAN MEREKA
NAMUN 
MEREKA JUGA MEMERLUKAN 
SOKONGAN 
DARIPADA KELUARGA BAGI MENERUSKAN 
KEHIDUPANNYA

-LAWATILAH MEREKA-

Selasa, 12 Februari 2013

AIR HUJAN + AIR PASANG = ??

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
Apa yang berlaku sekiranya air hujan bercampur dengan air pasang dikawasan rumah anda??? Jom kita santai sebentar dengan memikirkan jawapannya..hehehehe

Semestinya jalan raya akan ditutup kerana dibanjiri air..

Kenderaan yang tidak sempat dialihkan akan ditenggelami air..Nasib baik van itu tinggi dan 
jika tidak terpaksa tuan van itu menimba air untuk dikeluarkan seperti air yang ada dalam sampan.
Wakakakaka.

Terpaksa duduk rumah jer goyang kaki sambil berblog walking dengan
makan pisang goreng..Nyummy

Wahh,,ada juga kanak-kanak yang gembira riang bermain
air hujan + air pasang. Dapat mengisi masa cuti sekolah
dengan bermandi- manda di water theme park depan rumah..
Terbaik...

Jadi, itulah yang berlaku apabila air hujan + air pasang. Harap semua dapat bersantai selagi cuti tahun baharu cina masih ada lagi..

Isnin, 11 Februari 2013

UNIVERSAL PIN CHARGER ALTERNATIF UNTUK CABLE CHARGER ROSAK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI


Ini ialah universal pin charger (UPC) dimana fungsinya sama seperti charger biasa. Perbezaannya  ialah anda haruslah mengeluarkan bateri telefon terlebih dahulu sebelum mengecas. Walaupun ia kelihatan seperti kembali kezaman dahulu tetapi ia berguna disaat kecemasan atau cable charger anda rosak/terbakar.

 Telefon EA cable untuk cas sudah terbakar jadi terpaksa menngunakan UPC ni untuk sementara waktu. UPC ini juga telah dicadangkan oleh sahabat EA dan yang terbaiknya dia telah beri pinjam kepada EA.Jazakallah sahabat..EA bercadang untuk beli telefon baharu sekiranya ada  terjumpa kedai yang menerima REBAT RM200 di sekitar Johor. Mungkin anda yang tahu boleh berkongsi maklumat tentang senarai kedai yang menganbil bahagian bagi Rebat RM 200 ini di Johor. 

CARA-CARA UNTUK MENGGUNAKAN UPC INI..

1. Keluarkan bateri telefon bimbit
2. Ketipkan bateri tersebut di pin UPC ini. (Pastikan pin yang anda masukkan terkena pada bateri yang    menunjukkan tanda (+ & -).
3. Selepas itu, lampu biru akan menyala sebagai tanda bateri itu sedang dicas
4. Lampu hijau akan menyala apabila bateri penuh..

SELAMAT MENCUBA GENG,,,



Ahad, 10 Februari 2013

SELAMAT PENGANTIN BAHARU: FATIN & IJAT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

EA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA PASANGAN FATIN & IJAT  YANG BAHARU MENDIRIKAN MASJID PADA TARIKH 09/02/2012. 
MAJLIS INI TELAH  DIRAIKAN DENGAN SANGAT 
MERIAH DAN RAMAI TETAMU YANG 
HADIR UNTUK MENYAKSIKAN 
HARI BAHAGIA MEREKA. 

PENGANTIN & PENGAPIT.


SECARA TIDAK LANGSUNG PASANGAN INI TELAH DIANUGERAHKAN
GELARAN BAHARU IAITU EN. IJAT DAN PN. FATIN.
SELAMAT PENGANTIN BAHARU DAN SEMOGA KEKAL
HINGGA KE ANAK CUCU...

Khamis, 7 Februari 2013

M-GIRL POPULAR DENGAN LAGU SELAMAT TAHUN BARU CINA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMT PETANG


Setiap kali tiba musim Tahun Baru Cina mesti lagu-lagunya juga diputarkan dimana-mana sahaja terutama apabila anda berada di Pasarraya.. Semua lagu akan bertukar ke lagu Tahun Lagu Cina. Jom kita trivia sikit salah satu kumpulan yang menyanyikan lagu Tahun Baru Cina.


Selepas mendengar lagu diatas mesti anda akan berkata "Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......lagu nie rupaya".Penyanyi bagi lagu ini ialah kumpulan M-GIRL.Penyanyi ini berasal bukan daripada tembok besar China tetapi  mereka juga warganegara Malaysia sama seperti EA. Tanpa kita sedari kumpulan ini telah lama bertapak di negara kita iaitu kerjaya mereke bermula pada tahun 1987 sejak mereka dizaman kanak-kanak lagi..Ahli kumpulan ini terdiri daripada  Queenzy, Angeline, Cassandra, Crystal
Walaubagaimanapun,Cassandraa telah meninggalkan kumpulan ini kerana menyambung pelajarannya. Akhirnya, tinggal bertiga sahaja namun ia tidak mematahkan semangat untuk kumpulan ini terus mewarnai persada pentas seni negara dengan mengeluarkan album dan berlakon di TV2


EA ucapkan selamat maju jaya kepada kumpulan MGIRL dan teruskan perjuangan anda dalam menghasilkan karya seni terutama lagu-lagu Tahun Baru Cina anda memang TERBAIK..
THUMB UP. 
Anda yang baru meminati MGIRL juga boleh add  BLOG M-GIRL untuk lebih rapat dengan mereka.