HAI dan SELAMAT MALAM
Malam ni EA nak kongsikan kepada anda info tentang TEH.. Kita tahu dimana air teh memang menjadi minuman yang digemari oleh orang ramai dan dihidangkan tanpa mengira masa. Teh juga sinonim dengan kedai mamak kerana teh tarik dikedai mamak lebih ummph.....Selain itu, air teh juga telah dipelbagaikan dengan kombinasi perasa lain seperti teh lemon, teh ais, teh wangi dan lain-lain lagi.
Selama ini EA hanya tahu order air teh tetapi tak tau pulak teh apa yang digunakan untuk membuat air tersebut..hehehe...
JENIS-JENIS TEH YANG NICE UNTUK DIMINUM.....
- TEH HIJAU
Teh hijau sangat bagus untuk diminum kerana khasiatnya begitu banyak dan boleh memperbaiki sistem badan kita. Contohnya, membantu mengawal tekanan darah tinggi,menguatkan sistem imunisasi dan lain-lain.Tetapi teh hijau ini sangat mahal dipasaran kerana teh ini hanya sesuai ditanam di negeri Jepun.Teh hijau biasanya dijual ratusan ringgit dan sekiranya dijual pada harga murah maknanya ia hanya campuran sedikit sahaja daripada teh hijau tersebut.Owhhh...
2. TEH HITAM
Teh ini merupakan teh yang banyak di jual di pasaran. Anda harus pastikan setiap teh yang dibeli daunnya besar-besar. Semakin besar daun semakin banyak khasiatnya...Selalunya teh hitam ini akan dikisar 100% daripada daun teh serta diasingkan batang dan urat daun teh tersebut. Hal ini kerana batang daun teh tersebut boleh memberi tindakbalas negatif kepada sistem badan kita
3. TEH UNCANG
Teh uncang dikelaskan sebagai teh gred no.3. Hal ini kerana komposisi daripada uncang tersebut mengandungi daun ,urat dan batang daun teh dikisar secara halus. Ia memang mudah disediakan tetapi komposisi ramuan tersebut boleh menyebabkan sistem badan kita lemah dan memberi kesan kepada penyakit seperti jantung dan sakit perut.
JENIS TEH YANG HARUS DIELAKKAN UNTUK DIMINUM..
TEH TARIK
Teh tarik biasanya digunakan daripada teh yang dikisar halus. Tanpa kita sedari yang sebenarnya teh itu juga menggunakan ramuan yang sama dengan teh uncang dan ditambah dengan pewarna untuk menarik perhatian. Justeru itu, pewarna itu dapat menarik perhatian pelanggan dan ditambah dengan buih-buih selepas teh itu ditarik. Teh tarik halus itu juga digredkan sebagai teh no 10. Kalau nak buat teh tarik juga guna la teh yang berdaun besar atau teh hitam. Ini lebih selamat diminum walaupun warnanya tak sepekat warna oren.
TEH WANGI @ MENGANDUNGI PERISA
Terdapat juga masyarakat yang gemar membeli teh wangi kerana aroma baunya yang cukup harum. Selain itu, teh yang mengandungi perasa seperti strawberi,anggur dan lain-lain lagi sudah banyak di komersialkan. Sekiranya,teh itu menggunakan buah yang asli maka tiada masalah untuk kesihatan badan kita.
TEH RECYCLE
Erm,teh recycle pun ada???Yupp..memang ada. elakkan daripada menggunakan semula pati teh selepas membuat air. Kita harus buang hampas teh tersebut sebelum tempoh tiga jam. Hampas teh yang lebih daripada 3 jam akan menjadi rosak kerana diserang oleh fungi. Sekiranya, anda gunakan juga kemungkinan untuk sakit perut ialah tinggi.EA pernah mengkitar semula teh kerana ingin berjimat namun malangnya sakit perut yang datang..Nasib baik ada pusat kesihatan tu dekat... Bukan itu sahaja, teh kitar semula ini juga akan menghasilkan rasa pahit...Nie pun EA pernah rasa dimana setiap kali lepak minum teh ais @ teh tarik dekat cafe nie mesti rasanya sesuatu seperti pahit dan basi. Ok..sebelum minum,anda semua kena pastikan yang pengkedai tu tidak mengkitar semula teh tersebut dalam tempoh yang berkali-kali..
Hal ini penting untuk mengekalkan khasiatnya seperti mengekalkan tahap kolestrol,menghalang pertumbuhan pada kaviti gigi, menguatkan otot dan menentang alergi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan