1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 28 Disember 2014

BUKU FORMULA SOLAT SEMPURNA - ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

ASSALAMMUAALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
EA telah membaca buku ini sebagai cara bagi menjadikan solat yang dilaksanakan menjadi lebih sempurna. Buku ini mengandungi cara-cara solat bermula daripada mengambil air wuduk sehingga himpunan doa-doa selepas solat. Penulis telah mengemukakan hujah daripada pendapat 4 mazhab lalu membuat kesimpulan. Jadi, segala kekeliruan dalam solat juga boleh terjawab dengan membaca buku ini.

Selain itu, buku ini juga disertakan dengan ilustrasi bergambar dan senang untuk difahami.Oh yer. Buku ini telah ditulis oleh Ust Zaharuddin Abd Rahim. Oleh itu, tambahlah ilmu untuk mendapatkan solat sempurna.




Jumaat, 26 Disember 2014

REFLEKSI SEMINIT : SABARLAH DENGAN UJIAN YANG MAHA ESA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Bersabarlah wahai mangsa banjir diatas ujian yang Allah turunkan. Disebalik kesusahan ini pasti ada keindahannya pada waktu akan datang. EA hanya mampu mengucapkan rasa simpati dan sayu hati apabila mendengar perkhabaran banjir yang semakin teruk. EA doakan semoga bumi menelan semula air yang melimpah didasar ini dan kembali seperti sedia kala. 

Khamis, 25 Disember 2014

HADIAH HARI KRISMAS DARIPADA SAHABAT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT HARI NATAL
Ini merupakan kali pertama EA menerima Kad Hari Xmas dan hadiah yang diberikan oleh sahabat walaupun EA tidak menyambut atau meraikannya. Terima kasih daun keladi harap tahun depan dapat lagi. 

Kepada yang menyambut EA ucapkan Selamat Bergembira 


MAKAN MALAM DI ONE63 EUROPEAN BISTRO

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Malam ini EA telah dibelanja makan di ONE63 EUROPEAN BISTRO sempena sambutan Hari Kristmast. Sebenarnya EA datang dengan niat untuk makan malam sahaja dan aktiviti lain yang diadakan EA cuma buat-buat macam nasi tambah... Hidangan yang dipilih untuk malam itu berkonsepkan makanan barat.



1.Tomato Minestrone
Rasanya masam-masam sedap + dicecah dengan roti yang
sangat lembut.

Aktiviti 1:Quiz teka-tekok

2.Half Spring Chicken
Rasa sosnya memang terbaik tapi  ayam yang digoreng 
sedikit keras. 

AKTIVITI 2:SIAPA PERSONALITI DIA?

3.KEK CAROT SEBAGAI DESERT
Rasa kek ini seperti roti walnut yang dijual di Aeon. Roll
yang diadun sendiri bila dicelup dengan coklat sejuk
dan rasanya memang ada pick-up. EA hairan apabila coklat ini terkena di kain putih dan ia seperti kesan dakwat.
Walauapapun EA nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi belanja makan malam di Bistro ini. EA ucapkan Selamat Hari Natal kepada yang menyambutnya.

Rabu, 24 Disember 2014

RTB : ULANGKAJI TBE BAHAGIAN A & C DAN PCA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
RABU TANPA BICARA

KAJIAN KES : TEORI MOTORSIKAL DIGILIS LORI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Kes kemalangan maut yang melibatkan pengguna motorsikal dan lori semakin meningkat saban hari. Namun adakah wajar kita menuding jari hanya kepada pemandu lori itu sahaja disebabkan saiz lori dan sikap pemandu lori itu sendiri? Adakah anda mempunyai persepsi  begitu?

Sebagai penunggang motorsikal tegar (bukan mat rempit)..EA cuma nak berkongsi tips keselamatan kepada penunggang motorsikal agar tidak menjadi mangsa gilis si pemandu lori.


1. Elakkan daripada memotong dibahagian sisi kiri lori.
Sebelah kiri lori menjadi blind spot kepada abang2 lori.Mereka tidak nampak. Mereka hanya fokus kepada sisi  kanan dan hadapan untuk menjaga pergerakan lori. Hal ini penting untuk mengawal  posisi lori  supaya tidak makan lorong jalan lain.
2. Hati- hati semasa memotong lori
Tayar lori yang besar boleh bertindak sebagai magnet untuk menarik penunggang motorsikal. Justeru itu, penunggang motorsikal harus memotong lori dengan berhati-hati dan laju supaya tidak menjadi mangsa sedutan tayar lori.

Sesetengah kes kemalangan yang melibatkan pemandu lori langgar lari itu kurang tepat. Apabila terjadinya kes seperti ini abang-abang lori tidak perasaan setelah melanggar penunggang motorsikal. Kita boleh buat perbandingan seperti manusia memijak semut..Apa akan berlaku yer??/Hehehehe..

Isnin, 22 Disember 2014

NAJIMAH: KEYBOARD LAPTOP TIDAK BOLEH BERFUNGSI/ KEYBOARD NOT WORKING

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
EA sudah lama tidak membuka laptop ini dan cuma dibiarkan tersimpan didalam almari. Apa yang berlaku ialah separuh daripada keyboard laptop ini tidak berfungsi. Selepas dibiarkan selama 1minggu, ia merebak sehingga semua huruf tidak boleh berfungsi kecuali hurun BN.

Hasil daripada Mr Google.Kerosakan berlaku disebabkan EA simpan laptop ini didalam almari dimana suhu bilik almari dalam keadaan gelap dan lembap. Ramai juga yang cadangkan supaya beli keyboard USB. EA pun agak terpengaruh untuk beli tetapi harga keyboard yang EA survey  semuanya lebih daripada RM50. Rasa tidak puas hati untuk beli USB keyboard kerana sukar untuk dibawa keluar.

 EA pun terus pergi ke Youtube dan Mr Google untuk mengetahui tutorial memasang keyboard laptop.  Cari punya cari EA survey sekali harga keyboard di Lelong dan juga Dell Malaysia Pusat Service. Harga yang EA dapat untuk beli original keyboard daripada Dell RM140 + kos pemasangan RM144(jika nak pasang sendiri pun boleh dan tak perlu bayar kos pemasangan) manakala harga keyboard di Lelong hanya RM64 + 3 bulan warranty. Budget pun terhad  EA pilih untuk beli di Lelong . 

Sebenarnya cara pemasangan keyboard ini tidak susah jadi anda boleh cuba pasang sendiri. Jika anda tidak tahu boleh rujuk di Mr Google. Setiap model dan jenama Laptop mempunyai cara pemasangannya yang tersendiri. Jadi jangan malas yer kalo ingin NAJIMAH (nak jimat memang boleh)