1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 13 Jun 2012

RECOVERY LOSE DATA-PHOTOREC TERBAIK

SELAMAT TENGAHARI...




Kali nie EA nak berkongsi dengan anda macammana nak dapatkan semula fail-fail,gambar,dokumen,mp3 dan video yang hilang atau recover lose data. Mesti anda semua risau apabila dokumen penting atau gambar yang memberi seribu kenangan yang indah hilang.kerana detik-detik tu la yang menjadi sejarah dalam hidup kita. 

Nak cerita cikit jer..bolehkan.. Sebelum nie EA juga menghadapi situasi yang sama dimana external hard disk EA terpaksa diformat. Ini berlaku kerana EA terus cabut external tu tanpa eject. Mungkin External tu terkejut dan jadi hang..




Kemudian, EA cucuk cable External tu kat lappy dan tiba-tiba skrin memaparkan "sila format external ini untuk terus menggunakannya"...Masa ni mmg panik sbb byk dokumen penting ada dalam tu..Puas dah tanya member utk recover data nie tapi semua nya ckp cari diinternet sehinggakan EA terjumpa software nie "PHOTOREC".

PHOTOREC nie memang TERBAIK
  • ia boleh kembalikan semua data anda yang hilang termasuk dokumen,gambar,mp3 dan video.
  •  ia juga tiada limitasi untuk menghadkan jumlah untuk direcover.Jadi baguslah sbb kandungan yang ada dalam external mestilah jumlahnya bergb-gb dan semuanya boleh dapat balik. EA juga ada download software recovery dari US RECOVERY DATA..

 Bagus mmg bagus tapi kelemahanya boleh recover cuma 1gb data yang pertama dan seterusnya kena upgrade dan bayar.             

  • software nie juga free dan anda juga boleh memberi sumbangan seikhlas hati kepada pereka software nie dgn menggunakan kad kredit. Sekarang nie EA mana ada kad kredit dan kalau nak sumbangpun dalam matawang pound sterling..Kalau ringgit tu adala.HEHEHE.

PHOTOREC nie kurang GOOD 


  • Lama sangat nak tunggu semua fail-fail tu direcover semula semasa dalam proses..Kalau anda nak tahu ada dalam 10 jam EA tunggu utk dapatkan semula dokumen dalam fail 2...   


  • Semua file yang dah recover di masukkan dalam 1 folder yang sama..Jadi jenuh EA nak mengasingkannya... walaubagaimanapun,EA tak kisah asalkan dapat balik dokumen2 tersebut.

Jadi..agaknya berapa bintang yang sofware nie boleh dapat daripada EA. EA sangat berpuas hati dengan software nie dan EA bagi 4.5 bintang. kenapa tak cukupkan 5 jer...Erm bagi EA software nie harus diperkemaskan lagi untuk lebih mesra pengguna...Kalau anda menghadapi situasi yang sama dengan EA atau dokumen-dokumen anda hilang diserang virus dan terpaksa diformat cubalah PHOTOREC ini.

sila klik disini untuk mendownload software PHOTOREC
atau 
http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk_Download...


"ANDA CUBA ANDA NILAI"





 

2 ulasan:

Ryu Amakusa berkata...

EA..cuba gna pgrm Pandora Recovery klu nak recover smula mana file yg dh terdelete. Bdasar pengalaman saya gna pgrm ni..ianya amat bagus. Tiada limitation & blh download free the whole pgrm bkn stkt free trial version aje:)

emmeraz berkata...

thx for ur info Ryu Amakusa... iannya sgt berguna kepada EA dan semua org...Jadi sesiapa yang ada tips untuk recovery data jom kita kongsikan disini...