1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 14 Disember 2017

KONGSI:MOHON RUMAH SKIM DEPOSIT 2018

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Tepat pukul 12.00 malam 15/12/17, rakyat Malaysia sudah boleh memohon rumah skim my deposit 2018. 

EA juga cuba nasib pada tahun ini. Gigih EA sediakan dokumen sebelum tarikh permohonan bermula. Harap-harap pada tahun 2018 impian untuk memiliki rumah tercapai walaupun tinggal di rumah kotak.

Kepada yang bujang, anda perlu  muat turun borang pengesahan status bujang pada laman sesawang kemudian dapatkan pengesahan. Kalau nak jimat pergi mahkamah seksyen untuk buat pengesahan tanpa ada bayaran yang dikenakan.

Isnin, 11 Disember 2017

MAKANSUTRA: MAKAN MALAM DI PASIR PUTIH SEAFOOD RESTAURANT

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Makan malam kali ini dibelanja oleh abang EA sempena ulang tahun kelahirannya di Pasir Putih Seafood Restaurant, Pasir Gudang.



Kami disambut dengan pemandangam laut yang indah dan tenang serta dekorasi klasik. 
Bergambar sementara menunggu makanan disajikan. Perut lapar tapi semua cover kenyang.

Lauk beraneka..Nasi putih harum semerbak baunya. Sotong goreng rangup,ikan siakap 3 rasa menyengat dan tomyam rasa memamg meletop.

Isi mr. Ketam ini banyak dan berbaloi dengan harga kasih sayang. Menu istimewa ketam masak telur masin butter... Hen hau(sangat sedap)!

Selasa, 5 Disember 2017

MAKANSUTRA: MAKANAN PALING MURAH TAHUN 2017

Assalammualaikum dan Selamat pagi.

EA agak terkejut apabila dapat membeli makanan ini dengan harga yang amat murah.


Cuba teka harga sebiji burger daging spesial keju ini berapa? Anda boleh pengsan jika tahu harga burger ini. Burger ini dijual dengan harga RM3.60 di Pekan Parit Betak,Pontian.


Kalau nak sate murah, cari lah di pasar malm Parit Markom, Pontian yang dibuka pada hari Ahad. Sebatang sate ayam atau daging hanya RM0.60. Nanti bolehlah borong banyak.

POTRET: SELAMAT PENGANTIN BAHARU FAUZIAH & FAIZAL

Assalammualaikum dan Selamat Pagi
Selamat pengantin baharu EA ucapkan kepada Fauziah (G) dan Faizal yang melangsungkan perkahwinannya pada 02/12/2017

Semoga kekal hingga ke pintu syurga dan tahniah sudah mendapat gelaran PUAN.


Isnin, 4 Disember 2017

MAKANSUTRA: MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN,ANGSANA

Assalammualaikum dan Selamat malam

Seronok apabila teringat peristiwa pada 28 November 2017,  EA teleh menerima subsidi sebanyak RM26 untuk makan malam di Seoul Garden,Angsana. Macam mana dapat? Kawan EA lah yang belanja...hahaha 
Kuali yang digunakan tak perlu tambah minyak dan memendekkan masa untuk membakar daging.  

Masa untuk merebus dan membakar

Dengan bayaran Rm46 satu kepala, EA telah tambah 3 mangkuk ais krim. Erm..nyaman!!!

Selasa, 28 November 2017

MAKANSUTRA: MEE TARIK WARISAN AEON KULAI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Kudapan semalam di Mee Tarik Warisan. EA cuba mi basah daging. Kelembutan dan keaslian rasa mi tarik ini memang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kalau nak tahu mestilah kena cuba sendiri. 


Harga sepinggan mi ini RM13.80.

Sabtu, 18 November 2017

MAKANSUTRA:JUADAH MAKAN MALAM DI PERSANTAIAN GOLF PULAI SPRING

Assalammualaikum dan Selamat Malam


EA ingin kongsikan hidangan juadah yang disajikan semasa Majlis Makan Malam Hari Penghargaan 2017.

Ea merasa semua makanan utama yang disajikan seperti spageti,kambing masala,udang goreng telur dan ikan kream. Paling banyak EA ambil udang sebab saiznya besar. Sepinggan EA ratah begitu sahaja.

Hidangan salad dan ulam-ulaman pun beraneka jenis. Hehehe.. tapi EA tak ambil pun salad.




Bagi Ea sangat berpuas hati dengan pencuci mulut yang disajikan. Tak agak-agak banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.
Krim puding sangat enak
Tambah sedikit krim dalam bubur pulut hitam rasanya boleh bagi jempul.

Secara keseluruhan Ea bagi 3 bintang. 

POTRET: KENANGAN MAKAN MALAM DE PULAI SPRING GOLF RESORT

Assalammualaikum dan Selamat Berhujung Minggu

Beberapa gambar makan malam Hari Penghargaan 2017 di Persantaian Golf Pulai Spring ingin EA kongsikan.
 Tema malam ini Biru Hitam
Wajah-Wajah kegembiraan

Selasa, 29 Ogos 2017

MAKANSUTRA: SECAWAN KOPI DAN ROTI BAKAR

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Selepas penat mendaki, EA singgah di Kluang Railway Coffee.

Menikmati secawan kopi dan roti bakar EA di sana. Roti bakar yang disapu kaya dan mentega buatan sendiri memang terasa keenakan dan tidak hairanlah jika menjadi sebutan warga maya.

Pelanggan yang datang sangat ramai. Jika datang waktu puncak,maknanya anda kena tunggu giliran bagi mendapatkan meja.

RTB: RIADAH CUTI SEKOLAH DI GUNUNG LAMBAK




POTRET:SELAMAT PENGANTIN BAHARU HILKA DAN "MUKRIZ"

Assalammualaikum dan Selamat Hari Kemerdekaan

Tahniah dan selamat pengantin baharu EA ucapkan kepada Hilka dan Fikri. Majlis persandingan sahabat EA ini telah berlangsung pada 26/08/2017.

Selasa, 2 Mei 2017

MAKANSUTRA: NASI KAMBING 40 HARI

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Disebabkan tular Nasi Kambing 40 Hari, EA sanggup ikut pergi ke Yong Peng untuk merasai keenakan nasi arab yang dijaja oleh warga maya. 

Rasa nasi arab ni....ermm memang sedap.Makan tanpa lauk pun boleh. Kambing yamg dimasak tidak liat namun kuahnya sedikit manis.Tidak hairanlah jika ada orang yang sanggup dtg dari luar Johor.

Isnin, 1 Mei 2017

POTRET: TERJAH GUNUNG LAMBAK WAKTU HUJAN

Assalammualaikum dan Selamat Hari Pekerja.


Aktiviti cuti kali ini, EA selitkan dengan mendaki Gunung Lambak. Pendakian yang sangat mencabar.

 Hari hujan ketika hendak sampai di puncak dan turun ke bawah. Ape pun memang layannnn...

Ahad, 26 Mac 2017

SANTAI:RIADAH DI TANJUNG BALAU DAN BATU LAYAR

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Trip riadah EA ke Bandar Penawar memang tidak dirancang. Lepas solat Jumaat, kami terus ke sana.
 Destinasi riadah EA yang pertama ialah Tanjung Balau. Ramai pengunjung bermandi-manda dan ada juga sekadar duduk di tepi pantai.
EA duduk di bawah pokok kelapa bagi menikmati pemandangan laut. Atas sikap prihatin rakyat Malaysia, ramai orang tegur EA supaya berpindah ke kawasan lain. Hal ini bagi mengelakkan buah kelapa gugur atas kepala kami. 


Dari Tg. Balau EA berpindah ke destinasi seterusnya iaitu Batu Layar. Perjalanan mengambil masa 15 minit dengan berpandukan Google Map.

Kawasan Batu Layar dapat menjadikan perasaan anda berasa tenang dan damai. Di sini kurang pengunjung. Namun, kawasan persisiran pantainya dipenuhi sampah.