1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 26 Jun 2012

RAMBUTAN PERGI SEKOLAH

ASSALAMMUALAUKUM...


Terkejut ker bila dengar rambutan pun pergi sekolah....yup itu memang benar dimana nama rambutan ni sebenarnya rambutan pergi sekolah..Sebelum nie EA cuma tahu  rambutan ada dua jenis jer iaitu yang merah bernama rambutan merah dan yang kuning dinamakan sebagai rambutan gading..

Sebenarnya,nama saintifik untuk buah rambutan ialah Naphelium Lappaceum. Erm EA pun tak tahu macam maner nama buah nie boleh bertukar menjadi buah rambutan pergi sekolah.WAKAKA.
 Mungkin secara dongengnya buah rambutan nie banyak di tanam di kawasan sekolah ataupun murid-murid suka tapau buah nie ke sekolah apabila musimnya tiba.. 



Semasa memetik buah rambutan ni dirumah nenda, beliau telah memberitahu nama akan buah ini..Rumah Nenda ni di Muar jadi memang sekarang ni tengah musim buah-buahan.Rasa lucu pulak mendengar nama rambutan pergi sekolah ni..Walauapapun, rasa rambutan ni memang WULALA dan  manisss..Lagi satu bijinya yang kecik dan isinya yang tebal terasa puas bila dimakan.Terbaikla beb... .

Jadi..kepada anda semua yang ingin pulang ke kampung atau bercuti keselatan tanah air jangan lupa singgah di MUAR atau BATU PAHAT kerana terdapat ramai peniaga yang menjual buah-buahan tempatan yang enak lagi segar. Satu lagi..kepada adik-adik yang tidak suka pergi kesekolah lepas nie kena rajin-rajinkan diri untuk pergi kesekolah sebab rambutan pun tau gi sekolah.Hahahaha....Kepada yang batuk  memakan rambutan klik disini untuk mendapatkan penawarnya ...











Tiada ulasan: