1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 28 Jun 2012

"ART OF DECEPTION-MEREKA PENIPU DUNIA"

ASSALAMMUALAIKUM...



"ART OF DECEPTION-MEREKA PENIPU DUNIA" nie merupakan buku yang telah EA baca dimana ia mendedahkan segala bentuk konspirasi yang telah dirancang dan dilakukan oleh pemimpin AMERIKA...Buku ini telah ditulis oleh Jery D. Gray bagi membongkar segala konspirasi yang dilakuakan oleh  Amerika dalam peristiwa runtuhnya menara PTC atau peristiwa 911,pengawalan kejadian alam dan penyebaran penyakit didunia..Penulis juga merupakan bekas askar udara US yang kini sudah memeluk islam dan giat berdakwah di negara Indonesia. Untuk pengetahuan anda, beliau juga pernah di undang dalam segmen Al-Kuliyah di TV3.


Kita semua digemparkan dengan kejadian 911 dan dikatakan menara PTC telah runtuh disebabkan oleh pengganas yang merampas jett dan melanggar bangunan tersebut...Rasanya logik tak kalau jet langgar boleh hancur menjadi abu bangunan PTC tu??

Berdasarkan Gray, peristiwa 911 telah dirancang secara sistematik bermulanya era pentadbiran George W Bush dilantik sebagai Presiden Amerika. Peristiwa ini dilakukan sebagai tanda untuk memulakan peperangan baru dan mewujudkan dunia baru (new world order).

 Selain itu, Freemanson dan Illumiti dikaitkan dengan pegangan pemimpin-pemimpin dunia yang berpengaruh idan di sokong oleh badan-badan dunia  disamping sanggup melakukan apa sahaja  demi mewujudkan new world order. Oleh itu, kita semua dimaklumkan oleh Amerika dan media bahawa pengganas daripada  arab yang harus bertanggungjawab akan peristiwa 911...Namun, Gary telah mendedahkan bukti-bukti dimana peristiwa 911 sebenarnya telah dirancang oleh Amerika sendiri.



Cuba anda fikirkan sejenak tentang persoalan yang bermain difikiran EA akan peristiwa 911..
  1. RUNTUH KER KALAU JET ATAU KAPAL TERBANG MELANGGAR BANGUNAN TERSEBUT SECARA BEBERAPA SAAT SAHAJA?
  2. STRUKTUR BANGUNAN YANG KUAT KENAPA BOLEH HARCUR BAGAIKAN SUCI DALAM DEBU BANGUNAN TU?
  3. AMERIKA TELAH MENUDUH PENGGANAS ARAB HARUS BERTANGGUNGJAWAB TAPI KENAPA US SERANG IRAQ DAN AFGANISTAN??? 

 Bukan itu sahaja, Gray juga mendedahkan Amerika mempunyai teknologi untuk membuat bencana alam. Teknologi High Frequency Active Auroral Research Program telah digunakan untuk mengawal alam atau membuat bencana seperti Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 di Asia dan Ribut Taufan yang di China. Ini merupakan senjata kepada Amerika untuk menunjukkan kepada dunia dimana sikap keprihatina US terhadap mangsa dengan memberi petolongan. Ini juga merupkan strategi untuk mengaburkan pandangan dunia daripada kekejaman yang dilakukan semasa perang Iraq dan Afganistan ke keprihatinan memberi bantuan. 

PEMBUKAAN PANDAN UPTOWN YANG BERWAJAH BARU

HAI...


EA nak beritahu kepada semua warga Johor dan Singapura kini PANDAN UPTOWN akan dibuka secara rasmi pada 29 JUN 2012. Semua kedai telah  berwajah baru selepas proses renovasi  dijalankan. Erm..tiada lagi khemah-khemah.Kawasan UPTOWN PANDAN ini boleh dikatakan lebih menarik dan tersusun berbanding sebelum ini.  Ia juga dilengkapi dengan bumbung untuk keselesaan pengunjung. Lepas  nie pengunjung dan peniaga tak yah lah risau untuk berlari kalau hujan....


Pelbagai jenis barangan boleh didapati disana dengan harga murah dan boleh tawar menawar.. Selain itu, pembukaan PANDAN UPTOWN juga pada masa kini sangat sesuai kerana ia memberi kemudahan untuk bershopping bagi memenuhi keperluan barangan di Aidilfitri. Bulan Ramadhan kan dah nak dekat jadi inilah masanya untuk bershoping bagai....

EA rasa mesti konsep karoake masih dikekalkan dan diadakan di pentas yang ditaja oleh DG.. Ini salah satu cara untuk menarik kehadiran pengunjung dan menggilap bakat-bakat baru daripada selatan...phewitt....Jadi ape tunggu lagi...datanglah bersama keluarga dan rakan untuk memberi sokongan dan memeriahkan PANDAN UPTOWN...


Rabu, 27 Jun 2012

TEH OH TEH

HAI dan SELAMAT MALAM


Malam ni EA nak kongsikan  kepada anda info tentang TEH.. Kita tahu dimana air teh memang menjadi minuman yang digemari oleh orang ramai dan dihidangkan tanpa mengira masa. Teh juga sinonim dengan kedai mamak kerana teh tarik dikedai mamak lebih ummph.....Selain itu, air teh juga telah dipelbagaikan dengan kombinasi perasa lain seperti teh lemon, teh ais, teh wangi dan lain-lain lagi.

Selama ini EA hanya tahu order air teh tetapi tak tau pulak teh apa yang digunakan untuk membuat air tersebut..hehehe...

JENIS-JENIS TEH YANG NICE UNTUK DIMINUM.....


  1. TEH HIJAU
Teh hijau sangat bagus untuk diminum kerana khasiatnya begitu banyak dan boleh memperbaiki sistem badan kita. Contohnya, membantu mengawal tekanan darah tinggi,menguatkan sistem imunisasi dan lain-lain.Tetapi teh hijau ini sangat mahal dipasaran kerana teh ini hanya sesuai ditanam di negeri Jepun.Teh hijau biasanya dijual ratusan ringgit dan sekiranya dijual pada harga murah maknanya ia hanya campuran sedikit sahaja daripada teh hijau tersebut.Owhhh...


    2. TEH HITAM

Teh ini merupakan teh yang banyak di jual di pasaran. Anda harus pastikan setiap teh yang dibeli daunnya besar-besar. Semakin besar daun semakin banyak khasiatnya...Selalunya teh hitam ini akan dikisar 100% daripada daun teh serta diasingkan batang dan urat daun teh tersebut. Hal ini kerana batang daun teh tersebut boleh memberi tindakbalas negatif kepada sistem badan kita


     3. TEH UNCANG
Teh uncang dikelaskan sebagai teh gred no.3. Hal ini kerana komposisi daripada uncang tersebut mengandungi daun ,urat dan batang daun teh dikisar secara halus. Ia memang mudah disediakan tetapi komposisi ramuan tersebut boleh menyebabkan sistem badan kita lemah dan memberi kesan kepada penyakit seperti jantung dan sakit perut.



JENIS TEH YANG HARUS DIELAKKAN UNTUK DIMINUM..


TEH TARIK

Teh tarik biasanya digunakan daripada teh yang dikisar halus. Tanpa kita sedari yang sebenarnya teh itu juga menggunakan ramuan yang sama dengan teh uncang dan ditambah dengan pewarna untuk menarik perhatian.  Justeru itu, pewarna itu dapat menarik perhatian pelanggan dan  ditambah dengan buih-buih selepas teh itu ditarik. Teh tarik halus itu juga digredkan sebagai teh no 10. Kalau nak buat teh tarik juga guna la teh yang berdaun besar atau teh hitam. Ini lebih selamat diminum walaupun warnanya tak sepekat warna oren.

TEH WANGI @ MENGANDUNGI PERISA


 Terdapat juga masyarakat yang gemar membeli teh wangi kerana aroma baunya yang cukup harum. Selain itu, teh yang mengandungi perasa seperti strawberi,anggur dan lain-lain lagi sudah banyak di komersialkan. Sekiranya,teh itu  menggunakan buah yang asli maka tiada masalah untuk  kesihatan badan kita.

TEH RECYCLE

 Erm,teh recycle pun ada???Yupp..memang ada. elakkan daripada menggunakan semula pati teh selepas membuat air. Kita harus buang hampas teh tersebut sebelum tempoh tiga jam. Hampas teh yang lebih daripada 3 jam akan menjadi rosak kerana diserang oleh fungi. Sekiranya, anda gunakan juga kemungkinan untuk sakit perut ialah tinggi.EA pernah mengkitar semula teh  kerana ingin berjimat namun malangnya sakit perut yang datang..Nasib baik ada pusat kesihatan tu dekat... Bukan itu sahaja, teh kitar semula ini juga akan menghasilkan rasa pahit...Nie pun EA pernah rasa dimana setiap kali lepak minum teh ais @ teh tarik dekat cafe nie mesti rasanya sesuatu seperti pahit dan basi. Ok..sebelum minum,anda semua kena pastikan yang pengkedai tu tidak mengkitar semula teh tersebut dalam tempoh yang berkali-kali..


 

Untuk mebeli teh, anda semua kena pastikan yang syarikat itu betul-betul mempunyai ladang teh. Kita kena sedar dimana terdapat juga pengusaha teh yang mengeluarkan produk teh mereka dengan mengimport daun teh daripada negara lain dan cuma dibungkuskan dinegara kita. Teh yang diimport itu kualitinya kurang dan untuk menarik perhatian, pewarna akan dicampurkan bagi menjadikan air itu menjadi kuning. Sebelum duit terbang melayang-layang untuk mengubati penyakit lebih baik kita mematikan teh itu selamat diminum. 

Hal ini penting untuk mengekalkan khasiatnya seperti mengekalkan tahap kolestrol,menghalang pertumbuhan pada kaviti gigi, menguatkan otot dan menentang alergi..




 









Selasa, 26 Jun 2012

RAMBUTAN PERGI SEKOLAH

ASSALAMMUALAUKUM...


Terkejut ker bila dengar rambutan pun pergi sekolah....yup itu memang benar dimana nama rambutan ni sebenarnya rambutan pergi sekolah..Sebelum nie EA cuma tahu  rambutan ada dua jenis jer iaitu yang merah bernama rambutan merah dan yang kuning dinamakan sebagai rambutan gading..

Sebenarnya,nama saintifik untuk buah rambutan ialah Naphelium Lappaceum. Erm EA pun tak tahu macam maner nama buah nie boleh bertukar menjadi buah rambutan pergi sekolah.WAKAKA.
 Mungkin secara dongengnya buah rambutan nie banyak di tanam di kawasan sekolah ataupun murid-murid suka tapau buah nie ke sekolah apabila musimnya tiba.. 



Semasa memetik buah rambutan ni dirumah nenda, beliau telah memberitahu nama akan buah ini..Rumah Nenda ni di Muar jadi memang sekarang ni tengah musim buah-buahan.Rasa lucu pulak mendengar nama rambutan pergi sekolah ni..Walauapapun, rasa rambutan ni memang WULALA dan  manisss..Lagi satu bijinya yang kecik dan isinya yang tebal terasa puas bila dimakan.Terbaikla beb... .

Jadi..kepada anda semua yang ingin pulang ke kampung atau bercuti keselatan tanah air jangan lupa singgah di MUAR atau BATU PAHAT kerana terdapat ramai peniaga yang menjual buah-buahan tempatan yang enak lagi segar. Satu lagi..kepada adik-adik yang tidak suka pergi kesekolah lepas nie kena rajin-rajinkan diri untuk pergi kesekolah sebab rambutan pun tau gi sekolah.Hahahaha....Kepada yang batuk  memakan rambutan klik disini untuk mendapatkan penawarnya ...











Selasa, 19 Jun 2012

DURIAN...ENAK..ENAK..OH..ENAK!!!!

APA KHABAR...



Sekarang nie di Selatan tengah musim buah durian..Jadi kalau pergi mana-mana mesti ada buah durian.Lebih-lebih lagi EA yang berdekatan dengan Pontian yang dikatakan menjadi lubok durian...Walaupun ada sesetengah orang yang tidak menyukai durian tapi EA dan kwn2 merasakan durian sesuatu yang sangat ENAKKKKK!!!!!!
 
sumber youtube:os durian dah berbuah

Musim nie jer lebih 4 kali kami dah beli buah durian...orang cakap kalo x boleh beli banyak kita beli cikit...Yang penting dapat merasa buah yang ENAKK!!! Selain itu, ada rakan EA juga ada yang berhati mulia membelanjakan kami makan durian..Nie mestilah bertambah sedap rasanya sebab FREE beb.


 Rasanya puas dah EA makan buah durian sampai lebam..Erm..walaupun disini cuaca sangat panas dan jerebu tetapi ia bukan satu pantang untuk kami makan durian..wahh...sedap..

Kalau makan durian memang badan akan jadi lebih panas ditambah dengan cuaca sekarang nie...Selain itu, badan yang panas dan bahang akan menjadikan EA sukar utk tidur walaupun kipas tu dah bukak sampai 5. Kalau ada 10 kelajuan kipas 2 dah EA guna sampai 10 biar badan segarr....

Jadi..kepada penggemar durian jom kita lepak Johor makan durian sampai lebam...... 








Sabtu, 16 Jun 2012

BILA PTPTN NAK PULANGKAN SEMULA RM 500????

Assalammualaikum dan Selamat Malam...






Pada awal kemasukan sem baru kali ini, ada sesuatu yang mengejutkan EA dan rakan-rakan dimana duit PTPTN masuk lambat dan wang yang sepatutnya diterima untuk sem nie telah terkurang RM 500. Berita ini telah heboh dan menjadi isu di tempat EA.Bukan itu sahaja, terdapat pelajar UKM juga dengar cerita menghadapi masalah yang sama. Isu misteri kehilangan duit RM 500 pelajar UKM ini telah mendapat liputan daripada akhbar dan blogger berbanding ditempat EA hanya kecoh diperingkat dalaman sahaja. EA juga tidak pasti samada masalah yang dihadapi oleh pelajar daripada Bangi sudah selesai atau tidak tetapi ditempat EA isu ini masih lagi dibangkitkan dan ia menjadi persoalan
Haisshh...Kusut...Ini yang menjadi kebimbangan kerana sem dah 
nak abis tapi duit 
tu masih tak dapat lagi...
Erm...penin3x..


Masalah telah dikenalpasti dimana PTPTN telah menolak duit tersebut diatas faktor pembayaran semula duit pendahuluan yang telah diberi pinjam dan harus dibayar dengan cara menolak elaun sebanyak RM 500 untuk  3 sem. EA merasa pelik dan sepatutnya tiada tolakan yang dibuat lagi pada sem ini. Ini kerana PTPTN sudah mula memotong RM500 daripada sem 3 hingga 5.Persoalannya,kenapa sem 6 pun harus ditolak lagi...???? Rupa-rupanya terdapat sesetengah kursus yang PTPTN mula ditolak daripada sem 4 hingga 6. Jadi,disini wujudnya kekeliruan berlaku bagi pihak PTPTN dalam membuat pemotongan. Ini berlakunya ketidakadilan bagi EA dan rakan-rakan dan sepatutnya pihak PTPTN bertindak professional dalam menguruskan perkara ini. Akibatnya EA dan rakan-rakan menjadi mangsa keadaan..Kalau proses nak pulangkan tu segera OK juga tapi sampai sekarang masih EA tertunggu-tunggu...



Kronologi proses untuk pemulangan semula duit RM 500 tersebut :
Sebelum 13/12/2012-semua pelajar memberikan nama dan no.ic kepada wakil pelajar





Selepas 29/03/2012 -????????????? tiada apa-apa 
maklumbalas daripada PTPTN dan wakil pelajar serta mereka umpama membisu hingga kini 16/06/2012.Sem nie pun hampir melabuhkan tirainya.Hal ini bertambah malang apabila pembubaran wakil pelajar disebabkan sudah tamat penggal untuk sesi 2011/2012..Jadi..tiada wakil pelajar lagi yang membawa suara kami.Kes ini menjadi senyap umpama batu.Baca email diatas...rasa macam cartoon la pulok kalo OT tiap malam tapi kenapa sampai sekarang x dapat lagi???


Namun begitu, terdapat rakan EA lain mengambil pendekatan proaktif dengan follow up sendiri PTPTN dengan menggunakan telefon. TApi ini lah jawapan yang sering diberikan


Walaupun, PTPTN ada datang ke tempat EA tetapi bukan isu kehilangan RM 5oo yang dibincangkan tetapi taklimat tentang cara pembayaran selepasa tamat pembelajaran..lawak la..Namun,wakil PTPTN hanya meminta sekali lagi nama dan no.ic pelajar dalam mempercepatkan proses  pemulangan tanpa mengulas lebih panjang..Tiada maklumbalas diterima selepas nama dan no.ic diberi.Agaknya dorg nk cover jer kott...


Persoalannya.."SAMPAI BILA KAMI MAHU MENUNGU???". ADAKAH IA SEKADAR MENUNGGU BULAN JATUH KERIBA??? Tolong prihatin dengan masalah ini. Kami sangat memerlukan RM500 itu untuk menampung kehidupan disaat-saat hujung sem ini...KAMI JUGA RISAU SEKIRANYA RM 500 ITU TIDAK DIPULANGKAN SEMULA IA AKAN BURN!!! EA tak kisah jika jumlah pinjaman EA dikurangkan oleh PTPTN sebanyak RM 500 tetapi kalau sebaliknya...memang PANDAI...PANDAI LA..
sumber youtube:misha omar pulangkan





Rabu, 13 Jun 2012

RECOVERY LOSE DATA-PHOTOREC TERBAIK

SELAMAT TENGAHARI...




Kali nie EA nak berkongsi dengan anda macammana nak dapatkan semula fail-fail,gambar,dokumen,mp3 dan video yang hilang atau recover lose data. Mesti anda semua risau apabila dokumen penting atau gambar yang memberi seribu kenangan yang indah hilang.kerana detik-detik tu la yang menjadi sejarah dalam hidup kita. 

Nak cerita cikit jer..bolehkan.. Sebelum nie EA juga menghadapi situasi yang sama dimana external hard disk EA terpaksa diformat. Ini berlaku kerana EA terus cabut external tu tanpa eject. Mungkin External tu terkejut dan jadi hang..




Kemudian, EA cucuk cable External tu kat lappy dan tiba-tiba skrin memaparkan "sila format external ini untuk terus menggunakannya"...Masa ni mmg panik sbb byk dokumen penting ada dalam tu..Puas dah tanya member utk recover data nie tapi semua nya ckp cari diinternet sehinggakan EA terjumpa software nie "PHOTOREC".

PHOTOREC nie memang TERBAIK
  • ia boleh kembalikan semua data anda yang hilang termasuk dokumen,gambar,mp3 dan video.
  •  ia juga tiada limitasi untuk menghadkan jumlah untuk direcover.Jadi baguslah sbb kandungan yang ada dalam external mestilah jumlahnya bergb-gb dan semuanya boleh dapat balik. EA juga ada download software recovery dari US RECOVERY DATA..

 Bagus mmg bagus tapi kelemahanya boleh recover cuma 1gb data yang pertama dan seterusnya kena upgrade dan bayar.             

  • software nie juga free dan anda juga boleh memberi sumbangan seikhlas hati kepada pereka software nie dgn menggunakan kad kredit. Sekarang nie EA mana ada kad kredit dan kalau nak sumbangpun dalam matawang pound sterling..Kalau ringgit tu adala.HEHEHE.

PHOTOREC nie kurang GOOD 


  • Lama sangat nak tunggu semua fail-fail tu direcover semula semasa dalam proses..Kalau anda nak tahu ada dalam 10 jam EA tunggu utk dapatkan semula dokumen dalam fail 2...   


  • Semua file yang dah recover di masukkan dalam 1 folder yang sama..Jadi jenuh EA nak mengasingkannya... walaubagaimanapun,EA tak kisah asalkan dapat balik dokumen2 tersebut.

Jadi..agaknya berapa bintang yang sofware nie boleh dapat daripada EA. EA sangat berpuas hati dengan software nie dan EA bagi 4.5 bintang. kenapa tak cukupkan 5 jer...Erm bagi EA software nie harus diperkemaskan lagi untuk lebih mesra pengguna...Kalau anda menghadapi situasi yang sama dengan EA atau dokumen-dokumen anda hilang diserang virus dan terpaksa diformat cubalah PHOTOREC ini.

sila klik disini untuk mendownload software PHOTOREC
atau 
http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk_Download...


"ANDA CUBA ANDA NILAI"





 

Isnin, 11 Jun 2012

JAWATAN KOSONG DI UTM..JOM CUBA

HELLO...



Hari nie ada satu pengumuman yang EA nak buat.. Kalau anda nak tahu apa dia..Sekarang nie Universiti Teknologi Malaysia atau UTM  ada menawarkan jawatan kosong.Pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan. Kepada semua rakan-rakan EA yang sedang mencari kerja diluar sana..jom kita isi jawatan kosong nie selagi peluang masih ada.Masa dah tak banyak lagi sebab tarikh tutupnya 13 JUN 2012...CEPAT-CEPAT anda masih belum lambat lagi walaupun tinggal 2 hari sahaja...

Antara jawatan yang ditawarkan...




untuk maklumat lanjut sila klik disini.Untuk mengisi e-borang.



Khamis, 7 Jun 2012

Buranovskiye Babushki: NENEK PUN R-POP

HELLOOO SEMUA





Buranovskiye Babushki



Hari nie EA nak berkongsi tentang nenek pun boleh jadi artis pop yang mempunyai  ramai peminat..Nak tahu siapa dia...Kalo anda semua nak tahu dialah kumpulan Buranovskiye Babushki dimana ahli kumpulannya terdiri daripada golongan nenek-nenek yang berasal daripada Rusia...Ahli kumpulannya berumur dalam linkungan  58 hingga 80 tahun dan paling penting masih berenergetik dan bergetah  di pentas..Kalo kat negara kita cam Kak Nita lahh... Kumpulan nie juga memang mendapat publisiti yang meluas daripada satu dunia kerana identiti kumpulan nie yang cukup unik..Erm..kalo EA perhatikan gaya mereka yang masih lagi mengekalkan pakaian traditional pun boleh mendapat perhatian orang ramai dan jadi tak perlulah nak berseksi-seksi bagai...lalala


Semasa penubuhan kumpulan ini, mereka mempunyai 8 orang ahli tetapi disebabkan peraturan untuk memasusuki pertandingan EUROVISION RUSSIA 2012 hanya 6 orang saje yang dibenarkan...Wah ciannya 2 orang nenek lagi..


kami berenam sajer...




Objektif penubuhan kumpulan Buranovskiye Babushki hanyalah untuk mendapatkan dana bagi membangunkan sebuah gereja dipendalaman Russia.Nie merupakan faktor yang memberi semangat dan motivasi kepada mereka untuk bekerja keras dalam memastikan memenangi pertandingan EUROVISION RUSSIA 2012..Mungkin disebabkan niat murni nenek nie semua kumpulan ini telah berjaya menawan hati juri dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut. Selain itu, mereka juga bertuah kerana menjadi wakil Rusia untuk bertanding keperingkat EUROVISION SONG CONTEST 2012 di Baku, Azberjian.




kami sudah sedia...bersemangat!!




Sumber Youtube:Buranovskiye Babushki -Party For Everybody 

Seramai 43 negara Eropah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan  lagu Party For Everybody yang dinyanyikan oleh Buranovskiye Babushki telah berjaya mendapat tempat kedua atau naib juara...Wow...cayalahh nenek..nenek memang TERBAIKKKKKKKKK!!!!!! Penyanyi daripada Sweeden iaitu Lorean telah menjadi juara bagi pertandingan ini..Tahniah EA ucapkan kepada semua pemenang...

Oleh itu, hadiah  wang tunai yang diterima oleh kumpulan Buranovskiye Babushki telah disumbangkan untuk membina semula gereja Joseph Starlin di Buranovo.. Bukan itu sajer, lagu Party For Everybody ini juga bagaikan berhantu kerana begitu disukai oleh peminatnya daripada semua lapisan umur.. Mereka juga telah menyanyikan lagu semula lagu seperti HOTEL CALIFORNIA (EAGLE)LET IT BE (THE BEATTLES), THE SUN CALLED SUN dan banyak lagi...








Rabu, 6 Jun 2012

HIMPUNAN HIJAU SHR BBQ PERDANA

ASSALAM



Wow...mesti anda terkejut bila tgk gambar diatas dan menimbulkan persoalan.. 

"betul ke yang budak2 nie pun join himpunan hijau ke putrajaya"
Sebetulnya tidak betul sama sekali dimana sebelah kanan merupakan himpunan hijau ke putrajaya anjuran parti politik.Yang kiri merupakan himpunan SHR dimana ia merupakan satu program BBQ PERDANA di kalangan pelajar SHR tahun akhir di UTM....


BBQ PERDANA SHR 2012

ERM...program nie juga merupakan diadakan untuk pelajar tahun akhir SHR. Jadi program nie memang x da kena mengena dengan himpunan hijau di kedah itu cuma yang sama ialah warna baju...Itu sahaja...kweng3x......

Program ini telah dijalankan pada malam jumaat 18 MEI 2012..kan EA ada mention sebelum nie masa kat melaka tu..Program nie diadakan untuk merapatkan ukhwah dikalangan pelajar shr tahun akhir sebelum bergraduasi...wahh cayalahhhh... Penganjur telah membuat persiapan yang rapi dan memastikan semuanya berjalan dengan lancar...Lagi-lagi ketua pengarah memang mantap la beb sbb sanggup berkorban masa walaupun bz sama macam kiter...

Program telah bermula lepas solat jumaat dimana semua peserta hadir untuk bergotong royong untuk pasang khemah, potong-memotong bahan mentah dan membakar ayam serta memasak...Nie yang penting beb sbb EA rasa kalo x da persediaan yang lengkap boleh menyanyi beb perut EA masa malam hari tersebut....



Kemudian,,pada sebelah malam barulah program secara rasmi di mulakan..Program telah dirasmikan oleh KETUA PENGARAH sendiri selaku penganjur kerana pensyarah yang menjadi penaung program ini tidak dapat hadir...

PENGARAH PROGRAM DIAPAT 2 BONZER DR LUAR NEGARA

Namun begitu, program ini telah diteruskan dengan sesi bergambar...EHHH...awalnya sesi bergambar..BIASA BRO!!!! Kalo sesi bergambar semua lah orang suka sbb ia dapat mencoret satu sejarah dan boleh dijadikan kenangan indah sewaktu bergelar student....OK!! kita kasi gambar samapai lebam...

MESTILAH FORMAL

CANDID..SUKA ATI KORANGLAH...


Bergambar-bergambar juga beb...bila masa nak makan nie...Rilexs la...Makanan semua dah tersedia dan semua ajk mula amek port untuk melayan semua tetamu yang hadir...alamak dah macam jamuan hari raya la pulak....kenyang3x....

BERATUR YER KAWAN

Memang pelbagai juadah yang disediakan seperti semestinya ayam bakar,jagung bakar, coleslaw,nasi goreng dan banyak lagi la kalo dikira dengan jari pun memang x cukup..Ditambah lagi air sunquick yang menyegarkan lagi la urmmm..nyamannnnn.....

MAKAN SAMPAI LEBAM

 Erm..kalo anda nak tahu,,,rasa ayam bakar yg diperap akak senior classmate EA memang rasanya... wow kaya dengan rempah ratus dan paling penting ayam yang dibakar masak dan tidak rosak tekstur rasanya...Tapi malangnya EA tidak dapat makan dengan lahapnya kerana rasa kenyang dan hanya mampu menjamah setiap juadah..Tak tau la kenapa..agaknya bau asap BBQ jer kot dah boleh buat EA kenyang...Walaupun rasa kenyang tapi tekak nie ashik minum air jer....

Untuk lebih rasa santai semasa makan...penganjur juga telah mengundang artis..Agak-agak siapa artis yang diundang tu ct, sleeq dan najwa, ramlah ram..Semuanya salah..artis yang dijemput daripada kalangan pelajar shr nie..walaupun dorang nyanyi cam syok sendiri tapi tetap juga ada peminat yang setia mendengarnya..phewitttttttt....


MENYANYI LAH,,,LA LA LA

Jam masih awal lagi dan bus UTM pun belum kelihatan lagi..rasanya wajib ada aktiviti lagi bia lebih happening...Aktiviti yang seterusnya dan terakhir nie sangat sempoi dan macam talk show la pula...Aktiviti nie hanya memerlukan pelajar yang dipilih secara  rawak berkongsi suka dan duka semasa menjalani 3 tahun pembelajaran disini..



CECITER CECITER

Bila dengar citer2 daripada dorang rasa cam sedih,gembira,kelakar dan luculahhh....EA highligh cikit madah berbisa yang dipesan oleh akak seniornye nie:

            "kalo kita dah jadi orang atasan jangan lupa pada orang yang bawah"
            Jadi korang semua fikir-fikirkanlah yer..EA x nak komen panjang-panjang

Perutpun dah kenyang..Mata pun dah ngantok dan bas pun dah sampai untuk menjemput kami pulang..So time untuk pulang dan yang masih segar umpana memori daun hijau adalah gambar-gambar yang hanya meninggalkan sejarah...Jadi EA tinggalkan dengan beberapa kenangan disini....