1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 29 November 2013

REFLEKSI SEMINIT : CUTI UMUM JOHOR BERTUKAR KE HARI JUMAAT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
REFLEKSI SEMINIT : ALHAMDULILLAH SULTAN JOHOR SUDAH
KEMBALIKAN CUTI UMUM PADA HARI JUMAAT.

Khamis, 21 November 2013

BERKONGSI KECERIAAN DENGAN KEK COKELAT INDULGENCE

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Alhamdullillah..Gembira rasa hati EA dapat kongsikan sebiji kek ini bersama ahli keluarga sebagai simbolik sempena hari ulangtahun EA. Bersyukur kepada allah kerana terus panjangkan usia, diberikan rezeki dan nikmat serta kebahagiaan. Semoga kehidupan ini terus diberkati dan dipermudahkan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan ujian..

Selasa, 19 November 2013

TONTON/DOWNLOAD KU CINTA KAU SEORANG SLOT LESTARY DI TV3 EPISOD 1 HINGGA 13

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENONTON


KU CINTA KAU SEORANG EPISOD 1


 KU CINTA KAU SEORANG EPISOD 2


EPISOD 3 KU CINTA KAU SEORANG


 EPISOD 4 KU CINTA KAU SEORANG


 EPISOD 5 KU CINTA KAU SEORANG


EPISOD 6 KU CINTA KAU SEORANG



EPISOD 7 KU CINTA KAU SEORANG

EPISOD 8 KU CINTA KAU SEORANG

 EPISOD 9 KU CINTA KAU SEORANG 

EPISOD 10 KU CINTA KAU SEORANG 
EPISOD 11 KU CINTA KAU SEORANG


EPISOD 12 KU CINTA KAU SEORANG 



EPISOD 13 KU CINTA KAU SEORANG

**SUMBER dfm2u.com, malaywatchtube.pw ,BSYOKmovies

Isnin, 18 November 2013

AKTIVITI AKHIR TAHUN KELAS PERALIHAN DI SMKTM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Pagi ini EA ingin berkongsi akan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar kelas peralihan SMKTM di akhir tahun. Peperiksaan sudah dijalankan dan pembelajaran dijalankan sekadar ulangkaji. Walaubagaimanapun, mereka tetap bersemangat untuk kesekolah.EA rasa bukan kerana ingin belajar tetapi sebaliknya..... Jomlah kita terjah apa yang mereka lakukan diakhir persekolahan ini.
Wahh..gembira sakan mereka bermain kotak beracun sambil menyanyi lagu english yang ditukar ke bahasa mandarin. Nak berdekak pun ada bila dengar mereka bernyanyi. Tapi Ea cuba tahan daripada ketawa.EA layankan jer budak-budak ini bermain. Sekurang-kurangnya mereka boleh belajar bekerja dalam kumpulan daripada merayau-rayau diluar kelas.
Apa yang budak berdua nie buat?Main tepuk batang ais krim ker?
Wei...tepuk batang ais krim main masa zaman kita bolehlah.. Sekarang mereka tengah melagakan robot yang dibawa dari rumah.. Ada pengadil lagi yang memerhatikan permainan ini.kikikiki
Ada juga budak yang menawarkan khidmat sally salloon. Habis satu kelas budak perempuan didandan bagaikan retis..ahhha.

Sabtu, 16 November 2013

Rabu, 13 November 2013

RABU TANPA BICARA: KEPUTUSAN UPSR 2013 DAH KELUAR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MEMPEROLEHI KEPUTUSAN UPSR
RABU TANPA BICARA

OST DRAMA KU CINTA KAU SEORANG DI SLOT LESTARY TV3

ASSALAMMUALAIKUM  DAN SELAMAT PETANG

Antara lagu Ost Ku cinta Kau Seorang yang ditayangkan di slot lestary TV3:




 Afgan- Jodoh Pasti bertemu


Geisha - LUMPUHKAN INGATANKU

ASTRID -MENDUA

Selasa, 12 November 2013

CURRYKATUR: PEMBUNUH SUDAH DITANGKAP

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

MAKAN TENGAHARI DENGAN SET BBQ DI BALAI CERAPAN UTM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Aktiviti hujung minggu yang sangat santai dengan lepak dan makan tengahari bersama kawan-kawan di balai cerapan, UTM. Rasanya sangat seronok dan menarik kerana kami makan dikawasan tanah tinggi yang berlatarbelakankan pemandangan kampus UTM. Bukan itu sahaja, malah ada lagi beberapa aktiviti yang kami lakukan seperti:

1.Peratandingan Master Chef
Membakar sosej dan 
bebola yang beraneka rasa.

Tebalik-tebalikan ayam...

Daging kambing bakar sangat sedap rasanya...

2.Masa untuk makan...Jemput3x...Makan sampai kenyang.
Banyaknya makanan...Mee Soto, tembikai dan jambu pun ada.Pergh..Terliur
tengok buah yang dicampur dengan serbuk asam..

Makan menghadap pemandangan yang Indah.

Apa lagi tunggu moh lah makan. Siapa yang tak habis tak boleh balik..
akakakakka...

** Semua makanan disediakan sendiri oleh rakan-rakan EA seperti memerap ayam dan kambing,mee soto dan air sirap..Walaupun sibuk dengan belajar tetapi mereka masih lagi ada masa nak memasak..OK lah 2...

3.Pertandingan  menahan asap BBQ.
Korang tahan asap jangan sampai hilang

4. Bermain air di Lata Hutan Rekreasi
Ehh.Ehh..Awak semua nak kemana?? Tunggu jap belum habis lagi 
aktiviti kitaorang hari ni..

Lepas perut pun dah kenyang...Kami pergi ke Hutan rekreasi untuk bermain air,tangkap nyamuk dan siram-menyiram.

Ahad, 10 November 2013

PETIK BUAH MANGGA DAN CIKU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
Sudah 2 minggu berlalu EA pulang ke kampung.Aktiviti yang EA telah lakukan semasa berada 3 hari 2 malam di kampung ialah mencuba menjadi pekebun...hehehehehe..
Kebetulan sampai disana sudah musim buah ciku dan mangga..Apa lagi tunggu jom kita sosap buah-buah nie sampai licin..
4kilo buah ciku telah dipetik..

Kebiasaannya buah ciku ini susah nak dapat yang betul-betul masak dipohon. Cara yang paling mudah untuk mempercepatkan buah ciku masak dengan peram dengan  beras.Sebelum masukkan kedalam beras,cuci dan kesat kulit ciku. Tunggu 3 hingga seminggu.. Wow ,EA tak tipu rasa ciku ini sangat manis..Agak -agak boleh dijadikan bahan peganti gula x??
EA tinggalkan pokok mangga itu dengan daun-daunnya saja..Buahnya EA sapu habis..kikikkiki..

**Seterusnya EA sedang tunggu musim durian dan rambutan..

Khamis, 7 November 2013

KAJIAN KES: GAYA PENGURUSAN DATO SYED ZAINAL

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Siapa yang tidak kenal dengan mantan CEO Proton iaitu Dato Syed Zainal Syed Husin yang begitu cekap dalam menguruskan kereta buatan tempatan sehingga berjaya memperkenalkan produk proton ke persada antarabangsa. Beliau juga kini begelar usahawan dalam bidang perubatan islam iaitu habatursaudah, cari gali minyak dan lain-lain lagi selepas mengundurkan diri dalam industri automotif negara. Beliau berpegang pada prinsip sehingga berjaya ke hari ini walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai CEO.

Antara prinsip yang diamalkan oleh Syed Zainal Syed Husin ini ialah:


"DO"

1. Buat sesuatu mesti ada penghujung
> mesti ada misi dan visi
> wawasan yang ingin dicapai mesti realistik bukan seperti mat jenin

2. Buat Perancangan
> Sediakan perancangan dan laksanakan mengikut urutan
> Jangan langkah bendul seperti "mahu kaya cepat, masuk skim cepat kaya, cepat juga terlingkup" 

3. Jangan cepat putus dan perlukan kesabaran
> cabaran merupakan proses pembelajaran dan kegagalan itu fitrah.
>Toyota yang syarikat gah pun pernah gagal 3x tau...

4. Yakin diri
>Inilah resepi kejayaan utama

5. Rancang kewangan anda dengan betul.
> Elakkan (baru untung sikit dah nak kawin 4, beli kereta beso)
"DONT"

1. Jangan T . A . M . A . K
2. Buang  P. H . D (pirasat hasad dengki)
3. Jangan menipu
4. Jauhi perkara mungkar.

**sumber KUM2013

Rabu, 6 November 2013

GOOD LUCK GENG SPM

ASSALAMMUALAIKUM  DAN SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
RABU TANPA BICARA

Selasa, 5 November 2013

OST PLAYBOY ITU SUAMI AKU? / EN.MIMPI - RINDUKANLAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

OST PLAYBOY ITU SUAMI AKU?
En. Mimpi -Kerinduan

Drama slot akasia ini akan dibintangi oleh Chaha Maembong, Fattah, Retna dan ramai lagi.Jangan lupa menonton hanya di TV3.

SALAM MAAL HIJRAH 1435H

ASSALAMMUALIKUM DAN SELAMAT TAHUN BAHARU MAAL HIJRAH
WASATIYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
EA berharap dan berazam semoga tahun ini dapat menjadi agen dalam membuat
perubahan kearah kebaikan bagi meningkatkan keimanan dan mendekatkan
pada illahi. EA juga nak terapkan sifat-sifat dermawan yang banyak dijelaskan
dalam al-quran dan al-hadis

Isnin, 4 November 2013

LAYAN OST SINETRON PACAR PURA PURA -CHERRYBELLE (DIAM-DIAM SUKA)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

OST SINETRON PACAR PURA-PURA/
CHERRYBELLE- DIAM-DIAM SUKA


SATU JAM DI TANJUNG BALAU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Selepas pulang daripada ( MAJLIS PERKAHWINAN AZLIZA(KLIK) ), EA bawa adik dan kawan-kawannya singgah sebentar di Tanjung Balau, Johor. Berada di Tanjung memang seronok di waktu petang dimana dapat menghirup udara pantai yang segar, tiupan angin sepoi-sepoi dan paling penting dapat tenangkan fikiran. Orang yang berkunjung disini sangat ramai dan mungkin kebetulan dengan cuti umum.
Selain daripada membuat istana pasir dan bermandi manda,banyak aktiviti yang oleh dilakukan dsini antaranya:
Boleh main layang-layang terbang melayang
Motor Pantai. Sewa motor pantai ini 15 minit RM35 dan 30minit RM50
Beriadah di tepi pantai atau berkhemah
Berjogging di waktu petang dan ada juga yang bermain bola sepak pantai..
Pengunjung beratur untuk mandi di tandas awam

Tempat parking kereta..Ini menunjukkan
pengunjung pada hari itu sangat ramai yang beriadah di Tanjung Balau
Pergi dan pulang harus melalui pokok yang berbentuk gerbang..

Dah penat lepak santai di Tangjung Balau. Start enjin lalu teruskan perjalanan ke JB walaupun ada perancangan untuk ke Desaru. Namun disebabkan kawan adik ingin pulang awal terpaksa di tangguhkan... 

Ahad, 3 November 2013

SELAMAT PENGANTIN BAHARU AZLIZA.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Selamat pengantin baharu kepada rakan sekerja EA
iaitu Azliza dan pasangngannya Zuhairi. Semoga
bahagia dan kekal disaat menempuhi
bahtera kehidupan bersama sehingga ke syurga.
-Tahniah Azliza-

Sabtu, 2 November 2013

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN HAPPY DEEPAVALI
BERCUTI DI HARI DEEPAVALI 

RAMBUT WAK DOYOK RAMBUT TREND 2013

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Potongan rambut gaya Wak Doyok menjadi popular pada tahun 2013 bagi golongan remaja,belia,pelajar dan artis. Gaya rambut yang ditonjolkan sangat kemas dengan slope tepi dan belakang.  Wak Doyok atau nama sebenarnya Tengku Muhammad Azwan Shah berjaya menjadikan fesyen rambut,bermisai dan jambang yang ditonjolkan di era 60 an sebagai trend di Malaysia.

Ramai pelajar yang datang ke sekolah atau IPTA/IPTS dengan berfesyen rambut seperti Wak Doyok. Hal ini kerana ia kelihatan lebis kemas dan berdisiplin. Namun begitu, tidak ramai yang menyimpan janggut atau jambang seperti Wak Doyok. Jadi beranikah anda memotong rambut seperti Wak Doyok untuk kepejabat atau tempat kerja  bagi kelihatan maskulin dan berbeza dengan rakan yang lain?

FORTEEN & WAK DOYOK

Jumaat, 1 November 2013