1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 6 Jun 2012

HIMPUNAN HIJAU SHR BBQ PERDANA

ASSALAM



Wow...mesti anda terkejut bila tgk gambar diatas dan menimbulkan persoalan.. 

"betul ke yang budak2 nie pun join himpunan hijau ke putrajaya"
Sebetulnya tidak betul sama sekali dimana sebelah kanan merupakan himpunan hijau ke putrajaya anjuran parti politik.Yang kiri merupakan himpunan SHR dimana ia merupakan satu program BBQ PERDANA di kalangan pelajar SHR tahun akhir di UTM....


BBQ PERDANA SHR 2012

ERM...program nie juga merupakan diadakan untuk pelajar tahun akhir SHR. Jadi program nie memang x da kena mengena dengan himpunan hijau di kedah itu cuma yang sama ialah warna baju...Itu sahaja...kweng3x......

Program ini telah dijalankan pada malam jumaat 18 MEI 2012..kan EA ada mention sebelum nie masa kat melaka tu..Program nie diadakan untuk merapatkan ukhwah dikalangan pelajar shr tahun akhir sebelum bergraduasi...wahh cayalahhhh... Penganjur telah membuat persiapan yang rapi dan memastikan semuanya berjalan dengan lancar...Lagi-lagi ketua pengarah memang mantap la beb sbb sanggup berkorban masa walaupun bz sama macam kiter...

Program telah bermula lepas solat jumaat dimana semua peserta hadir untuk bergotong royong untuk pasang khemah, potong-memotong bahan mentah dan membakar ayam serta memasak...Nie yang penting beb sbb EA rasa kalo x da persediaan yang lengkap boleh menyanyi beb perut EA masa malam hari tersebut....



Kemudian,,pada sebelah malam barulah program secara rasmi di mulakan..Program telah dirasmikan oleh KETUA PENGARAH sendiri selaku penganjur kerana pensyarah yang menjadi penaung program ini tidak dapat hadir...

PENGARAH PROGRAM DIAPAT 2 BONZER DR LUAR NEGARA

Namun begitu, program ini telah diteruskan dengan sesi bergambar...EHHH...awalnya sesi bergambar..BIASA BRO!!!! Kalo sesi bergambar semua lah orang suka sbb ia dapat mencoret satu sejarah dan boleh dijadikan kenangan indah sewaktu bergelar student....OK!! kita kasi gambar samapai lebam...

MESTILAH FORMAL

CANDID..SUKA ATI KORANGLAH...


Bergambar-bergambar juga beb...bila masa nak makan nie...Rilexs la...Makanan semua dah tersedia dan semua ajk mula amek port untuk melayan semua tetamu yang hadir...alamak dah macam jamuan hari raya la pulak....kenyang3x....

BERATUR YER KAWAN

Memang pelbagai juadah yang disediakan seperti semestinya ayam bakar,jagung bakar, coleslaw,nasi goreng dan banyak lagi la kalo dikira dengan jari pun memang x cukup..Ditambah lagi air sunquick yang menyegarkan lagi la urmmm..nyamannnnn.....

MAKAN SAMPAI LEBAM

 Erm..kalo anda nak tahu,,,rasa ayam bakar yg diperap akak senior classmate EA memang rasanya... wow kaya dengan rempah ratus dan paling penting ayam yang dibakar masak dan tidak rosak tekstur rasanya...Tapi malangnya EA tidak dapat makan dengan lahapnya kerana rasa kenyang dan hanya mampu menjamah setiap juadah..Tak tau la kenapa..agaknya bau asap BBQ jer kot dah boleh buat EA kenyang...Walaupun rasa kenyang tapi tekak nie ashik minum air jer....

Untuk lebih rasa santai semasa makan...penganjur juga telah mengundang artis..Agak-agak siapa artis yang diundang tu ct, sleeq dan najwa, ramlah ram..Semuanya salah..artis yang dijemput daripada kalangan pelajar shr nie..walaupun dorang nyanyi cam syok sendiri tapi tetap juga ada peminat yang setia mendengarnya..phewitttttttt....


MENYANYI LAH,,,LA LA LA

Jam masih awal lagi dan bus UTM pun belum kelihatan lagi..rasanya wajib ada aktiviti lagi bia lebih happening...Aktiviti yang seterusnya dan terakhir nie sangat sempoi dan macam talk show la pula...Aktiviti nie hanya memerlukan pelajar yang dipilih secara  rawak berkongsi suka dan duka semasa menjalani 3 tahun pembelajaran disini..



CECITER CECITER

Bila dengar citer2 daripada dorang rasa cam sedih,gembira,kelakar dan luculahhh....EA highligh cikit madah berbisa yang dipesan oleh akak seniornye nie:

            "kalo kita dah jadi orang atasan jangan lupa pada orang yang bawah"
            Jadi korang semua fikir-fikirkanlah yer..EA x nak komen panjang-panjang

Perutpun dah kenyang..Mata pun dah ngantok dan bas pun dah sampai untuk menjemput kami pulang..So time untuk pulang dan yang masih segar umpana memori daun hijau adalah gambar-gambar yang hanya meninggalkan sejarah...Jadi EA tinggalkan dengan beberapa kenangan disini....









Tiada ulasan: