Assalammualaikum dan Selamat Hari Malaysia.
Misi menawan Bukit Payung, Parit Sulong telah berjaya EA daki pada hari ini.
Alhamdulillah, pendakian EA dipermudah walaupun tahap kesihatan EA tidak begitu baik dan badan masih lagi lemah.
Walaubagaimanapun, misi kali ini EA anggap tidak berjaya kerana
1. Tidak berjaya mendaki 4 bukit yang berdekatan dengan bukit payung. Bukan tiada tenaga tetapi lokasi parkir kereta jauh dengan kaki bukit penamat.
2.Sampai ke puncak tetapi tidak dapat bergambar. Orang ramai sangat.
3. Air terjun yang tular tidak berjaya EA temui.
EA akan datang sekali lagi dengan misi yang sama mendaki 5 bukit dan mencari air terjun sebelum meneruskan pendakian ke tempat lain.
1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA
- KONGSI (256)
- MAKANSUTRA (45)
- POTRET (35)
- REFLEKSI (49)
- RTB ( RABU TANPA BICARA ) (77)
- SANTAI (47)
Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan
Sabtu, 15 September 2018
Isnin, 19 Mac 2018
SANTAI:BUKIT TASIK BIRU, KANGKAR PULAI
Assalammualaikum dan Selamat Malam
Alhamdulillah misi melihat tasik biru di Kangkar Pulai berjaya. Pemandangan tasik biru dari atas bukit indah nian. Sepanjang 5km perjalanan, banyak pemandangan yang menarik.
Alhamdulillah misi melihat tasik biru di Kangkar Pulai berjaya. Pemandangan tasik biru dari atas bukit indah nian. Sepanjang 5km perjalanan, banyak pemandangan yang menarik.
Perlu menapak dalam anggaran 200 meter sebelum tiba di kaki bukit
Cuaca panas leting.
Pendakian baru bermula
, EA tiba di perhentian pertama. Kebiruan tasik kelihatan dan kebetulan bunga sakura sedang mekar di tasik biru.
Rileks.
Nak juga duduk di sini..amaran kawasan ini licin.
EA bagi cap jempol.
Luaskan kuasamu Johor.
Sempat lagi berdiri acar-acar trofi OSCAR.
Laluan tadahan air.
Cabaran seterusnya, halangan anak tangga.
Sampai juga Arizona,US
Ekspedisi kali ini sangat menyeronokkan. Banyak cabaran dan pemandangan yang cantik. Paling penting dapat tenangkan fikiran dan keluarkan peluh. EA mula meneroka bukit ini pada pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 1.10 petang. 4 jam kami luangkan masa untuk melihat keindaham alam sepanjang 5km.Terima kasih EA ucapkan kepada Pontian Hiker, Gunung Arong Hiker, FKA dan Columbia HospitalSC atas kesudian menjadi petunjuk arah.
Ahad, 11 Mac 2018
SANTAI: EKSPEDISI KE GUNUNG ARONG
Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Seminggu sudah EA mengikuti kumpulan hiking TUFAH ke Mersing mendaki Gunung Arong. EA tidur semalam di Chalet Pantai Teluk Gorek. Ekspedisi menawan gunung ini bermula pada pukul 8.00 pagi dipandu oleh ahli fisiologi.
Pendakian bermula.
Berhenti sebentar sementara menunggu muatan berat di hadapan
Sewaktu rehat yang pertama
Sampai di ketinggian 250 meter. Rehat dan makan.
Ok.. Kita bergambar dulu.
Inilah puncak Gunung Arong. Ketinggiannya 275 meter.
Cantik nian pemandangan dari atas puncak.
Ini pulak masa nak turun. Walaupun ada litar, namun laluannya curam dan perlu berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.
Kena melalui tepi pantai untuk menamatkan ekspedisi ini.
Cari sudut terbaik untuk bergambar
Ok.. Kita bergambar dulu.
Inilah puncak Gunung Arong. Ketinggiannya 275 meter.
Cantik nian pemandangan dari atas puncak.
Ini pulak masa nak turun. Walaupun ada litar, namun laluannya curam dan perlu berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.
Kena melalui tepi pantai untuk menamatkan ekspedisi ini.
Rintangan terakhir, EA perlu menyeberangi anak sungai untuk pergi ke chalet. Air pasang. Habislah basah baju... Swafoto dulu lah....
Pendakian naik dan turun lebih kurang 1jam setengah.
Selasa, 20 Februari 2018
SANTAI: RIADAH DI GUNUNG PULAI
Assalammualaikum dan Selamat Pagi
Gunung Pulai,Kulai telah EA daki pada 18/02/2017. Bayaran masuk RM3 termasuk parkir. EA mula mendaki pukul 10.20pagi dan selesai pukul 2.30petang.
Gunung Pulai,Kulai telah EA daki pada 18/02/2017. Bayaran masuk RM3 termasuk parkir. EA mula mendaki pukul 10.20pagi dan selesai pukul 2.30petang.
Rancang dahulu sebelum mendaki. Pastikan ada stamina dan mental tak koyak.
Halangan kecurunan gunung. Jarak pendakian hampir 3km melalui jalan tar. Kalau anda GOOGLE, ketinggian gunung 400 meter.
Kalau nak buat kajian boleh masuk hutan pelajaran tetapi pastikan ada jurupandu.
Pemandangan dari ketinggian laluan 2km
Berswafoto sebentar sementara mengeringkan peluh
Papan tanda ini akan kelihatan apabila hampir tiba di puncak. Anda tidak dibenarkan melalui atau menangkap gambar selepas papan tanda ini.
Di puncak kelihatan sebuah rumah pasung dan pencawang.
Cari pemandangan menarik,swafoto dan pulang.
Ahad, 26 Mac 2017
SANTAI:RIADAH DI TANJUNG BALAU DAN BATU LAYAR
Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Trip riadah EA ke Bandar Penawar memang tidak dirancang. Lepas solat Jumaat, kami terus ke sana.
Destinasi riadah EA yang pertama ialah Tanjung Balau. Ramai pengunjung bermandi-manda dan ada juga sekadar duduk di tepi pantai.

EA duduk di bawah pokok kelapa bagi menikmati pemandangan laut. Atas sikap prihatin rakyat Malaysia, ramai orang tegur EA supaya berpindah ke kawasan lain. Hal ini bagi mengelakkan buah kelapa gugur atas kepala kami.
Dari Tg. Balau EA berpindah ke destinasi seterusnya iaitu Batu Layar. Perjalanan mengambil masa 15 minit dengan berpandukan Google Map.
Kawasan Batu Layar dapat menjadikan perasaan anda berasa tenang dan damai. Di sini kurang pengunjung. Namun, kawasan persisiran pantainya dipenuhi sampah.
Ahad, 19 Mac 2017
SANTAI DE PANTAI PUNGGOR
Assalammualaikum dan Selamat Malam
Dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Pontian, EA sekeluarga singgah di Pantai Punggor Senggaram.
Kebetulan EA sampai tepat pada waktu matahari terbenam. Waaah pemandangan memang cantik.
Sempat lagi berdrama.
Khamis, 2 Februari 2017
SANTAI:PERTAMA KALI MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA
Assalammualaikum dan Selamat Petang.
Pertama kali EA pergi beraya ke rumah rakan sekerja sempena Tahun Baharu Cina. Sampai jer ke rumah kawan EA lalu dipelawa makan makanan istimewa dari Muar.
Perut pun sudah kenyang, sembang pun sudah panjang.Kami pun minta diri untuk beredar pulang. Kami juga dapat ang pau...huhuhuhuhu.
Sebelum bertolak pulang, Kawan EA bawa jalan-jalan ke bandar Muar. Dia bawa ke kedai makan makanan laut di Sabak Aur. Ikan bakar dan sotong goreng yang dibelanja sangat sedap. EA sekadar menjamah kerana perut sudah kenyang.
HARI SETERUSNYA.
Kami beraya ke rumah kawan EA di Kulai. Yang paling istimewa adalah dapat bermain bunga api dan mercun. Kembali semula pada zaman kanak-kanak. Memang seronok.
Sebelum datang beraya, pastikan anda bawa dua biji limau untuk diberi kepada tuan rumah sebagai simbolik hari perayaan tahun baru.

Langgan:
Catatan (Atom)