1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 30 September 2014

CHOMEL ANDAI HATIKU BERSUARA / SIAPA ORANGNYA?

Assalammualaikum dan selamat pagi.
Adakah anda kenal artis yang menyanyikan lagu Andai Hatiku Bersuara?? Sekali dengar suaranya seperti Siti Nor Diana tapi bila 2 3 kali dengar baru EA tahu yang sebenarnya penyanyi  itu bernama Chomel. Suara Chomel memang x dinafikan mampu menghidupkan alunan muzik balada 90an. Chomel ini merupakan artis  bawah block  yang berasal daripada Singapura  dan popular sebagai artis Youtube. Sebenarnya Chomel ini berminat untuk menjadi penggubal lagu  dan terpaksa menyanyikan lagu yang ditulis sendiri.



Lagu Andai Hatiku Bersuara telah dicipta oleh Ria Rahman  yang merupakan kawan baik Chomel. Bukan senang untuk dikenali  peminat kerana Chomel mengambil masa 7 tahun untuk  bertapak dalam industri seni dengan memperkenalkan dirinya melalui youtube  hingga ke corong radio.. 

Jom kita layan lagu Andainya Hatiku Bersuara.. EA suka lagu yang versi gitar berbanding record dlm studio
Walaupun dressup seperti SISBRO tapi  suara seperti
awek cun...