1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 31 Mac 2013

KEDAI YANG MENERIMA REBAT RM200 SMARTPHONE

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


Kepada golongan belia yang layak menerima rebat telefon RM 200 tetapi masih lagi tercari-cari kedai yang menerima rebat ini tanpa perlu melanggan pakej internet.EA juga menghadapi situasi seperti anda kerana tidak semua kedai mengambil bahagian. Setakat ini, EA dapat berkongsi hanya SenQ dan Sengheng sahaja yang menerima rebat RM 200 ini tanpa perlu mendaftar pakej internet.



Antara smartphone yang ditawarkan di Sengheng dan SenQ ialah:


Belum terlambat lagi untuk anda mendaftar rebat ini. Jangan tunggu lagi dan tebus rebat RM200 untuk dapatkan smartphone pilihan anda di Sengheng atau SenQ yang berhampiran. 

**Kepada yang ada maklumat tentang kedai  telefon yang
menerima rebat ini sila kongsikan diruangan komen.




Sabtu, 30 Mac 2013

SINOPSIS AKHIR RINDU BERTAMU DI ABU DHABI EPSIOD 29

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM..


Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi  tinggal lagi satu episod sebelum ia sampai ke penghujungnya. Pelbagai persoalan yang EA nantikan untuk menonton episod terakhir pada 02/04/2013. Antara persoalan yang EA harap terjawab pada episod terakhir ini ialah
  1. Adakah rahsia Faiz akan terbongkar akibat menjadi dalang disebalik kejadian yang menimpa Firdaus?
  2. Adakah Arissa akan menerima lamaran Firdaus untuk dijadikan isterinya bagi menggantikan tempat Ain selepas meninggal?
  3. Siapa suami yang akan dipilih oleh Fatin samada Firdaus atau Adam?
  4. Berjayakah Firdaus membawa bukti-bukti bagi membuktikan kes khalwatnya bersama Ain adalah fitnah?
  5. Adakah Hajah Kirana mempercayai bahawa Firdaus sebenarnya merupakan anak Hj Ilham dan Salina?
  6. Apakah Haji Ilham akan menerima semula dan mengaku Firdaus sebagai anaknya dalam keluarga Ilham dan bagaimana hubungan ahli keluarga Hj Ilham?
Sama-sama kita nantikan episod yang ke 29 ini bagi menjawab semua persoalan dan menonton penghujung cerita ini samada kelaut atau kebulan....

Khamis, 28 Mac 2013

MISTERI FLAT BUKIT CHAGAR,JOHOR BAHRU.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Waluapun Flat Bukit Chagar telah dirobohkan namun kisah-kisah misteri yang berlaku masih lagi menghantui ingatan penduduk. Merinding bulu roma apabila mendengar kisah misteri di Bukit Chagar, Johor Bahru di radio Ria, Misteri Jam 12 Malam..Awas..kisah misteri yang disampaikan boleh meremang bulu roma anda..

HANTU PONTIANAK DI ATAS KEPALA
 &
 SUARA SAYU-SAYU PERINGATAN

ALUNAN  SUARA
PONTIANAK
MENDAYU

sumber:MISTERI JAM 12,RIA

BERMAIN BOWLING DI TIRAM BOWL

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


Tempat yang menjadi pilihan untuk EA bersukan pada hari ini ialah di Tiram Bowl yang terletak didalam pasaraya TODAYS MALL. EA memilih bermain di Tiram Bowl ini kerana pakej promosi yang menarik dan harganya yang cukup murah.
PROMOSI HEBAT..JANGAN LEPASKAN PELUANG..
Lihat nie...Bayar 1 permainan dapat 1 percuma permainan lagi. Mantopp.. Kasut juga tidak perlu disewa..Tunjukkan kupon pada juruwang dan anda hanya perlu bayar RM 3.80 untuk satu permainan + ( percuma 1 permainan dan tiada caj sewa kasut)..Wahhh jadi dapat berjimat sambil bersukan untuk meningkatkan kesihatan.. wakaka..Jom lepak santai bersama EA bersukan di TIRAM BOWL..

PERLAWANAN BAHARU SAHAJA BERMULA..
APA YANG MEREKA FIKIRKAN NIE??
YA..LEMPARAN BOLA UNTUK STRIKE..
HASIL KEPUTUSAN PERMAINAN

Rasa seronok dan dapat menghilangakan tekanan kerja dengan bermain bowling di Tiram Bowl terutamanya pada cuti sekolah ini. EA akan datang kesini lagi bila ada masa terluang dengan objektif untuk sihat dan pecahakan segala lemak-lemak di badan...wakakakaka...


Selasa, 26 Mac 2013

LAYAN LAGU AMR 60 BOKRAH MA'AK/بكرة معاك

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Malam ini EA akan berkongsikan seorang lagi artis daripada Mesir iaitu  AMR 60. Beliau merupkan artis yang terkenal dengan lagunya bergenre POP. AMR 60 telah dilahirkan di Cairo dan telah berjaya bertapak sebagai artis popular di timur tengah dengan terhasilnya album Msafer pada tahun 2012.  Jom layan salah satu lagu daripada album Msaafer yang EA suka iaitu Bokrah Ma'ak / بكرة معاك. 
Dalam bahasa melayu bermaksud 
"saya akan bersama awak pada hari esok".


AMR60- Bokrah Ma'ak / بكرة معاك. 

Sabtu, 23 Mac 2013

PERTANDINGAN KAD UNDANGAN PERKAHWINAN PALING KREATIF

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI


Pada musim cuti sekolah ini,ramai pasangan yang mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Semestinya anda semua akan dapat banyak kad undangan perkahwinan daripada sahabat, jiran dan saudara mara. Jadi, sekiranya kad yang diterima itu dikumpulkan  EA rasa boleh buat pertandingan kad kahwin paling kreatif...wakakaka..Jom lepak santai melihat 4 kad undangan perkahwinan yang diperolehi EA semasa cuti persekolahan penggal pertama 2013.

1. SYAZANA & ISMADAFAIE


2.ALZAMIRA & HAFIEZ


3.ZURAINI & FAIZ


4.NURHAFIZAH & ABD KHALIQ


Kad undangan ini EA terima daripada rakan sekerja SMK Desa Cemerlang. Oleh itu, diantara kad diatas yang mana satu paling kreatif ??? Bagi EA semuanya kreatif dan yang penting selamat diijabkabulkan menjadi pasangan yang bahagia. Selamat Pengantin Baharu.....

Rabu, 20 Mac 2013

SPEKULASI TARIKH PILIHANRAYA 13

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Pilihanraya di Malaysia masih lagi menjadi persoalan dan spekulasi bagi rakyat Malaysia.Ramalan telah dibuat daripada tahun ke tahun, bulan ke bulan dan hari ke hari sampai kini tarikh pilihan raya belum di umumkan.

Persoalan ini akan terungkai apabila ia dijawab oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak...Bagi EA walaupun negara kita dilanda pelbagai masalah namun sampai bila rakyat mesti menunggu.Jika mengikut tarikh pembuangan undi pilihanraya 12 ianya  sudah berlalu dan kini kewajipan rakyat untuk mmengundi bagi memilih tampuk kerajaan yang baharu selepas 5 tahun..

Terdapat pelbagai spekulasi yang EA telah dengar antaranya tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan pada :

1. 18 MAC 2013
2. 21 MAC 2013
3. DIANTARA 18 HINGGA 23 MAC 2013
4.28 MAC 2013
5.28 APRIL 2013

Semestinya...rakyat sudah penat menuggu tarikh pilihanraya ke 13..Walaubagaimanapun, esok merupkan hari yang bersejarah untuk negeri Johor kerana Johor merupakan negeri yang pertama dun akan di bubarkan secara automatik sekiranya tarikh pilihanraya masih belum lagi diumumkan. Seterusnya diikuti oleh negeri-negeri lain sehingga 28 April 2013.. 

Jadi..sama-sama kita menuggu teka-teki tarikh pilihanraya yang ke 13 ini. Cakap banyak pun tak guna dan semoga salah satu dari tarikh tersebut memecahkan rahsia pilihanraya ke 13..

"WAJAH JAY ISWAZIR DALAM KARLOS SEIRAS CHUCKY"

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


RABU TANPA BICARA


Selasa, 19 Mac 2013

OST KARLOS DRAMA AKSI TV3

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


EA rasa terhibur menyaksikan drama KARLOS di TV3 ini  walaupun EA hanya mula menonton pada episod 3. Drama Karlos ini menarik bagi EA kerana ia mendedahkan kehidupan remaja yang hidup dalam keadaan susah dan ditempatkan di sekolah jahat..Selain itu, terdapat impak pengajaran yang didedahkan kepada masyarakat dimana boleh dijadikan iktibar, Jadi, jom layan lagu-lagu yang dimainkan dalam AKSI KARLOS ini.....


FAIZAL TAHIR-LAGU KARMA
PETERPAN-TIADA YANG ABADI

PETERPAN-SAHABAT
OPICK-ASTAGFIRULLAH

Sabtu, 16 Mac 2013

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2013 DI SMKDC

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cemerlang pada 16/03/2013 dan telah disambut secara wasatiah sempena Tema Kebangsaan Maulidur Rasul iaitu Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah. Jom kita saksikan coretan gambar semasa berlangsungnya majlis ini..
































Bersemangat guru-guru ini berselawat

Laluan Perarakan 

Penceramah berkongsi tips-tips untuk membentuk akhlak seperti rasullah
Sangat tekun murid-murid ini memberikan tumpuan
Waktu yang paling ditunggu-tunggu,makan sedulang nasi beriyani..urmm..enak!!!


Isnin, 11 Mac 2013

LAGU REFORMASI YANG DINYANYIKAN OLEH YASSIN SAMA DENGAN CARA PERJUANGAN ARTIS ARAB

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Apakah Persamaan diantara Yassin dan Cairokee feat Aida el Ayoubi penyanyi arab ni?

Persamaan diantara mereka dalam menegakkan keadilan sosial menggunakan landasan sebagai artis untuk menyebarkan mesej  melalui ciptaan lagunya sendiri. Yassin kini sudah giat aktif dalam bidang politik dan beliau juga terpilih untuk menjadi duta parti politik. Beliau cuba menyeru masyarakat kita supaya membuat perubahan politik di negara kita dengan menghasilkan lagunya yang bertajuk                    
                                   R E F O R M A S I.

sumber youtube:Yassin Sulaiman-REFORMASI

Manakala kumpulan Cairokee feat Aida telah menggunakan cara yang sama terlebih dahulu semasa pergolakan yang berlaku di Mesir. Mereka telah mencipta lagu Ya Elmedan bagi memberi sokongan kepada rakyat untuk menjatuhkan rejim Hosni Mubarak yang zalim. Untuk mengenali Cairokee dan Aida klik disini.
sumber youtube: Cairokee feat Aida- El Medan

Bagi EA mereka juga artis yang merupakan manusia biasa dimana ada perasaan dan pendapat untuk diexpressikan kepada umum.Oleh itu, cara mudah untuk ditunjukkan melalui penghasilan lagu dengan memersembahkan kepada peminat sambil membuat promosi sekali..wakaka.. 

- P.E.A.C.E YO -








Ahad, 10 Mac 2013

SELAMAT PENGANTIN BAHARU: NORLIN MD DASEH & AQASHA ABDULLAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG...








SEORANG LAGI SAHABAT EA TELAH DIIJABKABULKAN  MENJADI SEBAGAI
SUAMI DAN ISTERI
EA UCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BAHARU KEPADA
 NORLIN MD DASEH DAN AQASHA ABDULLAH.
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA 
KE JANNAH...
-AMIN-


Jumaat, 1 Mac 2013