1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 16 September 2018

KONGSI: SEBELUM DAN SELEPAS TINTED AXIA

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

EA kongsikan 4 gambar sebelum dan selepas tinted kereta Axia.
Sebelum




Selepas




Agak berpuas hati kerana memandu pada waktu matahari terik tak seperti berada dalam aquarium lagi.

Warna: black silver
Uv: 50%
Gelap: 80%
Harga : RM240 percuma 8cm tinted depan.
Lokasi kedai: berhampiran Kip Mart Kota Tinggi sebelah Old Town Coffee.

Sabtu, 15 September 2018

KONGSI: PAPAN SPEAKER/SPEAKER BOARD AXIA

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Selepas Axia E ni dipasang papan speaker barulah orang luar tak boleh teropong barang yang ada dalam ruangan bagasi/ bonet.

Harga speaker board ini hanya RM 135 termasuk postage..Berbaloi kan. Kalau korang nak, call atau whatsapp no ni 0127156632 sendiri..Settle.

MAKANSUTRA:MI ROJAK WARUNG HIJAU

Assalammualaikum dan Selamat Hari Malaysia
Sebelum mendaki ke Bukit Payung, EA berserapan di Warung Hijau, Parit Sulong. Kedai mi memang menjadi pilihan keluarga apabila pulang ke kampung.
Tukar menu pula, selalu EA makan mi goreng tapi kali ni EA nak makan mi rojak..mmm...enak.

SANTAI:MENDAKI BUKIT PAYUNG

Assalammualaikum dan Selamat Hari Malaysia.
Misi menawan Bukit Payung, Parit Sulong telah berjaya  EA daki pada hari ini.



Alhamdulillah, pendakian EA dipermudah walaupun tahap kesihatan EA tidak begitu baik dan badan masih lagi lemah. 

Walaubagaimanapun, misi kali ini EA anggap tidak berjaya kerana 
1. Tidak berjaya mendaki 4 bukit yang berdekatan dengan bukit payung. Bukan tiada tenaga tetapi lokasi parkir kereta jauh dengan kaki bukit penamat.
2.Sampai ke puncak tetapi tidak dapat bergambar. Orang ramai sangat.
3. Air terjun yang tular tidak berjaya EA temui.
EA akan datang sekali lagi dengan misi yang sama mendaki 5 bukit dan mencari air terjun sebelum meneruskan pendakian ke tempat lain.