Malam nie EA nak berkongsi sedikit pasal automobil..Bukan pasal spare part atau nak jual kereta tapi cerita ttg orang yang nak keretanya disambung bayar atau lebih dikenali sebagai orang patah kandar.... Sebelum membeli kereta mestilah anda semua mempunyai impian untuk membeli kereta yang dapat memenuhi kehendak atau keperluan masing-masing..Maklumlah dipasaran sekarang pelbagai jenis kereta yang ada dijual dan yang membataskan kita cuma daripada segi kewangan sahaja..Kalau kita ada duit lebih bolehlah kita beli kereta yang mahal2 cikit kalau x yang biasa jer pun boleh,,,yang penting boleh bawa anda ke tempat destinasi yang ingin dituju,,,,wakaka
Baru-baru amek keta sedaplah sbb nak bayar duit bulanan pun kocek masih lagi tebal dan tiba-tiba setaun dua tahun kemudian anda mempunyai masalah kewangan...ulangtahun kereta nak bayar, anak sakit , anak sekolah dan macam lagi...rasanya kereta yang anda beli tu macam dah x larat nak bayar..kepala dah buntu sbb banyak sangat masalah dan bill yang perlu di bayar.. Kalau lambat-lambat nak bayar nanti kena tarik pulakk...Habislah nama blacklist....Apa yang harus dibuat nie??? rasanya kalo tukar kereta yang lebih murah bayaran atau suwo orang lain sambung merupakan satu idea yang terbaik
Tapi anda kena berhati-hati untuk suruh orang lain sambung bayar.. Selalunya, orang ini akan mencari penyambung dalam kalangan saudara mara terdekat atau sahabat handai...Kalau adik beradik rasa ok kot sbb ape2 terjadi senang nak bincang..tapi kalau kawan-kawan...EA agak kurang percaya ckit....
Mesti anda akan kata:
" apa yang nak dirisaukan...pergi jer suruhanjaya sumpah dan buat perjanjian.habis cerita. kalau dia x bayar itu bukan masalah kita lagi...."
Sebenarnya, cara yang anda cadangkan itu salah.. Sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap kereta tersebut. Contohnya, penyambung tidak membayar bulanan atau kena saman maka anda harus bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Walaupun anda sudah membuat perjanjian secara bertulis tetapi anda kena bertanggungjawab disebabkan persetujuan semasa jual beli kereta tersebut.Oleh itu, undang-undang akan melihat perjanjian daripada urusan jual beli tu bukan perjanjian dengan rakan anda..aduhh..aduhh...bala..bala.bala...
Justeru itu, apabila anda menghadapi masalah untuk membayar bulanan kereta maka pergilah berjumpa dengan pihak bank untuk membuat perbincangan...Orang kata:" kalau malu bertanya sesat jalan"..itu Orang yang cakap bukan EA erk...Fikir-fikirkan risiko untuk memberi pihak ketiga untuk menyambung kereta anda.....EA hanya berkongsi jer....
sumber:youtube//salleh-ada tak ada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan