1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 24 April 2013

Sabtu, 20 April 2013

LAGU OST KISAH CINTA SLOT LESTARY DI TV3/ VELVET-TANPA TERLUKA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..

KISAH CINTA SLOT LESTARY TV3

Lagu Tanpa Terluka nyanyian Velvet telah dipilih bagi drama baharu Kisah Cinta dalam slot lestary yang menggantikan drama Cinta Kaseh di TV3. Kepada peminat drama ini, jom layan lagu Velvet ini.

Velvet-Tanpa Terluka/Ost Kisah Cinta

KATA-KATA SEMANGAT DARIPADA PEMINAT VELVET

PUSAT PENAMAAN CALON PRU13 BAGI YANG INGIN BERTANDING DI NEGERI JOHOR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

Kepada anda yang ingin memberi sokongan kepada calon-calon wakil rakyat bagi PRU13 yang ingin bertanding di negeri Johor untuk melihat proses penamaan calon boleh hadir ketempat yang telah ditetapkan oleh SPR seperti berikut:


**Ingat patuhi arahan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR.Ocolali rek...

Jumaat, 19 April 2013

REFLEKSI: KEJADIAN MISTERI MENINGGALNYA SI PEMINUM ARAK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Kejadian misteri berlaku apabila meninggalnya seorang insan yang mempunyai tabiat suka minim arak atau dikenali sebagai kaki botol. Berdasarkan cerita yang telah dikongsikan oleh pendengar Misteri Jam 12 dimana beliau merupakan salah seorang yang menguruskan jenazah itu. Perkara misteri yang berlaku dan dihadapi pada saat menguruskan jenazah itu ialah:
  1. Orang itu meninggal tidak sempat untuk mengucapkan dua kalimah syahadah
  2. Selepas dibawa pulang kerumah, rumah itu telah berbau busuk dan pelik.
  3. Keadaan mayat itu tiba-tiba berbulu selepas sempurna dimandikan
  4. Selepas jenazah dimasukkan diliang lahad,tiba-tiba ulat keluar dengan banyak di wajahnya.
Ambillah pengajaran daripada kisah yang diceritakan oleh pendengar itu. Jauhilah minum arak,jiwa tenang dan hati selamat.



Khamis, 18 April 2013

MD NOR SUP GEARBOX TAMAN SRI BAHAGIA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Selepas pulang daripada menemankan sahabat EA di PTP, perut EA terasa lapar ditambah tekanan menunggu beliau yang berurusan mengambil masa yang agak lama. Akhirnya, kami telah memilih untuk pergi ke Kedai Sup Gearbox Md Nor di Taman Sri Bahagia, Johor sebagai destinasi untuk melepaskan rasa lapar.nyum..nyum...

Sahabat EA telah memilih sup gearbox untuk santapan petang ini.
Sup Gearbox yang dihidangkan sangat istimewa kerana rasa kuahnya yang cukup pekat dan
rempah sup yang digunakan memang sedap dihirup kuahnya. WoW.Ia terasa lagi sedap apabila anda menyedut
isi tulang gear box  itu.Anda juga boleh pilih untuk makan sup bersama sepinggan nasi..Harga semangkuk sup gearbox + sepinggan nasi putih hanya Rm 10.
EA pula telah memilih sup daging + mee hoon =mee sup daging..Erm...sedapnya. Tekstur rasa mee sup daging ini memang luar biasa kerana kuahnya dapat memukau selera EA. Bagi yang suka pedas seperti EA, anda boleh minta sambal kicap satu mangkuk kecik. 

Harga bagi semangkuk mee + sup daging ini ialah RM 7. Harganya sangat berpatutan dan  berbaloi-baloi dengan keenakan mee sup ini mempunyai daging yang banyak. Betul ker?? Kalau nak tau cubalah sendiri .
Bukan sahaja aneka sup yang dijual namun makanan ala-carte juga ada.
Walaupun kedai baharu dibuka tetapi pelanggan sudah penuh membajiri Md Nor Sup Gear Box. Jika anda teringin untuk makan sup,datanglah di sini. Rasakan keenakan kuah sup ini yang boleh memukau sehingga boleh datang kesini berkali-kali..



Rabu, 17 April 2013

MANUSIA BERKAWAN DENGAN BUAYA DI COSTA RICA/ CROCODILE MAN AT COSTA RICA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM




Manusia bersahabat dengan buaya.Dia belai buaya
umpama seekor haiwan peliharaan yang jinak. 
Nak tahu bagaimana??
 Jom layan video ini.


QUANDRO SOLUTION MENAWARKAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN MAJLIS

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELMAT MALAM

RABU TANPA BICARA-SILA HUBUNGI UNTUK MAKLUMAT
LANJUT


Selasa, 16 April 2013

FORTEEN-KITA/LAGU OST SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA! SLOT ZEHRA TV3

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG..


EA tidak mengikuti perkambangan drama ini tetapi rasa tertarik dengan lagu Ost nya yang dinyanyikan oleh FORTEEN-KITA selepas melihat iklannya di Buletin Pagi TV3. Berdasarkan maklumat yang EA cari di Google dan Youtube, lagu ini belum dikeluarkan secara penuh.Kepada peminat tegar drama ini atau Forteen mestilah sabar menunggu lagunya versi lengkap. Jom kita layan lagu Forteen-KITA sebagai preview Sebenarnya Saya Isteri Dia!

FORTEEN-KITA/
SEBENARNYA DIA ISTERI SAYA!

KENANGAN DI SMKDC(EPISOD CENDERAMATA)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

EA berterima kasih kepada SMKDC diatas cenderamata yang diberikan. Setiap yang bermula ada penguhujungnya. Jadi ia perkara biasa dalam kehidupan. Jom kita lihat cenderamata yang yang EA dapat...
Plaque penghargaan drpd SMKDC
Bekas alat tulis

Walaupun EA sudah tidak mengajar lagi disekolah SMKDC tetapi cenderamata yang diberkan boleh menjadi simbolik sebagai kenangan masih diingatan . Terima kasih daun keladi, Harapa dapat kita berjumpa lagi.


Isnin, 15 April 2013

KENANGAN GURU GANTI DI SMKDC ( EPISOD GELAGAT MURID-MURID)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI


Setiap sekolah mesti ada murid yang mempunyai pelbagai budaya dan gelagat tersendiri. Kekuatan yang mesti ada ialah kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal untuk mendidik mereka.Semua pekerjaan mesti ada cabaran dan tekanan.
Jom kita lihat gelagat murid-murid di SMKDC...
Perhimpunan harian  sebelum masuk ke kelas. 
Murid-murid sedang diajar bermain bola jaring
Pengawas melakukan spot check..Kalau ada I phone 5 rampas
dan bagi EA wakaka....
EA akan meghukum murid yang melakukan kesalahan
 disiplin sekolah dengan menjadi imam
untuk solat zohor atau asar.
Kelas peralihan A antara salah satu kelas yang EA ajar untuk matapelajaran
bahasa Melayu..Perbincangan sedang dijalankan. 
Tolong ambil perhatian..

Tugas terakhir EA ialah melengkapkan buku RPH  sebelum 
meninggalkan jejak di sekolah ini. Sebelum meninggalkan sekolah ini, ada cenderamata yang diberkan.Nak tahu apa?? klik disini



KAJIAN KES: THE SUPERSTITIOUS THINKING TO START A BUSINESSES OR MARKETING (FIKIRAN YANG MENGHALANG MEMULAKAN PERNIAGAAN ATAU PEMASARAN)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

EA telah mengikuti sepearuh hari program Dr. Azizan dalam Seminar Berani Berniaga 2013 di The Zon pada 14 April 2013. Berdasarkan Dr Azizan seseorang itu tidak akan berkecimpung didalam perniagaan jika ada pemikiran yang boleh melemahkan motiivasi diri. 
 Antara 5 pemikiran karut yang boleh melemahkan diri untuk memulakan perniagaan ialah:
  1. TIADA MODAL KEWANGAN
  2. BUKAN DARIPADA KETURUNAN PENIAGA ATAU USAHAWAN
  3. MEMANG DITAKDIRKAN MENJADI MISKIN/MAKAN GAJI
  4. TIADA SUBSIDI ATAU BANTUAN KERAJAAN
  5. EKONOMI DUNIA TIDAK STABIL


KENANGAN GURU GANTI DI SMK DESA CEMERLANG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Selepas meninggalkan kerjaya sebagai data entry clerk dan kemudian EA  ditawarkan untuk menjadi guru ganti  di SMK Desa Cemerlang. Perkhidmatan ini berdasarkan kontrak yang ditetapkan oleh PPDPG iaitu bermula 04 Februari Hingga 14 April 2013.Justeru itu, tugas menjadi guru di sekolah menengah lebih mencabar daripada sekolah rendah kerana lebih banyak perwatakan dan gelagat murid-murid. Walaubagaimanapun biarkan ia berlalu dan jom kita lihat kawasan di SMKDC yang memberi kenagan kepada EA.
Ulangkaji Bahasa Melayu pada hari pertama di bilik guru
Taman Perpaduan malar hijau

Landskap taman yang dibina dapat memberikan mood keceriaan

Carilah BBM disini untuk menjadikan pelajaran lebih menarik
Padang Sekolah tempat murid-murid merehatkan minda
 dan menghilangkan tekanan belajar dengan bersukan

Itulah pentas rasmi SMKDC

Dataran Cemerlang tempat untuk membuat perhimpunan rasmi

Ini sahaja gambar yang EA sempat tangkap sebelum meninggalkan jejak di SMKDC.



Rabu, 10 April 2013

AKASIA SEDETIK CINTA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MENONTON..


SEDETIK CINTA EPISOD 1


SEDETIK CINTA EPISOD 2


SEDETIK CINTA EPISOD 3


SEDETIK CINTA EPISOD 4

 
SEDETIK CINTA EPISOD 5


SEDETIK CINTA EPISOD 6


SEDETIK CINTA EPISOD 7


SEDETIK CINTA EPISOD 8



SEDETIK CINTA EPISOD 9


SEDETIK CINTA EPISOD 10


SEDETIK CINTA EPISOD 11


SEDETIK CINTA EPISOD 12


SEDETIK CINTA EPISOD 13


SEDETIK CINTA EPISOD 14


SEDETIK CINTA EPISOD 15


SEDETIK CINTA EPISOD 16


SEDETIK CINTA EPISOD 17


SEDETIK CINTA EPISOD 18


SEDETIK CINTA EPISOD 19

 
SEDETIK CINTA EPISOD 20



SEDETIK CINTA EPISOD 21

 
SEDETIK CINTA EPISOD 22



SEDETIK CINTA EPISOD 23

SEDETIK CINTA EPISOD AKHIR a.k.a 24

**ENTRY INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

TONTON SEDETIK CINTA SLOT AKASIA SECARA ONLINE/STREAMING EPISOD 1 HINGGA AKHIR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Secara jujurnya EA kadang-kadang tertinggal untuk mengikuti slot akasia Sedetik Cinta ini kerana tayangannya diwaktu magrib. Jadi EA lebih suka menonton secara online untuk mengikuti episod yang tertinggal.Jom layan Sedetik Cinta ini bersama EA..


**ENTRY INI AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA



FENOMENA PARODY LAGU SAYANG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..

Lagu Sayang nyanyian Shae artis daripada Indonesia telah mendapat tempat di hati pendengar Malaysia dan Singapura. Namun lagu ini kurang mendapat publisiti dan tidak popular di negara beliau sendiri. Ada juga segelintir pendengar yang berpendapat lagu ini sebiji dengan lagu I Do-Colby Collait.. Walaubagaimanapun, lagu ini telah menjadi fenomena di negara kita apabila di parodykan oleh Johan dalam ABPBH 2012 dan artis youtube-Bobo  untuk menghiburkan kita semua..

JOHAN-SHAE-BOBO
Jom lepak dan dengar lagu sayang nyanyian diantara mereka siapa paling lawak dan menghiburkan.

SYAE-SAYANG

BOBO-SAYANG

Parody Bobo telah dikritik hebat di laman sosial dan namun ada yang suka dengan gaya bobo yang mencuit hati penonton.Setakat ini jer viewer yang menonton aksi Bobo sudah mencecah lebih 700000 orang.
JOHAN-SAYANG

Lagu ini sekali lagi di parodykan oleh Johan dengan meniru gaya Bobo di Youtube. Semestinya ia menjadi lebih lawak dan pastinya lagu ini akan diingati oleh semua orang...


MOTORSIKAL USOP WILL CHA JUAL ROTI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI...


RABU TANPA BICARA

Isnin, 8 April 2013

MEE BANDUNG MUAR KAMPUNG MELAYU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Selepas EA pulang dari berkunjung ke Home Fair Persada,Johor Bahru singgah sebentar di Kampung Melayu untuk mencari kedai makan. Kedai makanan yang EA pilih ialah Kedai Mee Bandung Muar untuk mengisi perut yang kosong..
Baharu buka kedai pukul 6pm dah ramai pelanggan datang.
Mee Bandung Muar yang cukup enak..
 Jom kena Mee Bandung Muar yang cukup enak ini dan kuahnya sangat pekat campuran udang kering yang sangat terasa. Harga yang ditawarkan juga mampu milik dan mengikut jenis Mee Bandung. Ada mee bandung muar biasa,spesial dan seafood tetapi EA hanya pilih mee bandung biasa dengan harga RM5 sahaja..zlurrppppp...enaknya..EA juga telah menambahkan sedikit lada jeruk untuk menaikkan rasa pedas,masam dan manis
Teh O Ais Limau yang rare
Air yang dipersembahkan kepada pengguna juga sangat unik dan nampak menarik kerana cawan dan gelasnya dihidangkan dengan pelbagai bentuk. Selain itu, minuman jus disini juga menggunakan buah yang segar tanpa ada bahan campuran.Air yang EA minum ialah teh o ais limau untuk menghilangkan dahaga dikala waktu senja...Harga segelas teh O ais limau ini hanya RM 2.
Sekiranya anda ingin mencuba Mee Bandung Muar hanya datang ke Kampung Melayu, Johor Bahru tanpa perlu ke Muar.Rasa mee ini sama dengan mee bandung yang dijual didaerah Muar..Jadi apa tunggu lagi jom lepak makan di Kedai Mee Bandung Muar Kampung Melayu dan berhampiran dengan Esso. Ingat kedai ini ditutup pada hari Isnin...

** Kepada yang ingin menjemput EA untuk mencuba makanan dikedai,restoren atau warung, sila pm. Dengan segera EA datang dan tolong promosikan.

XPERIMENT-WHITE LIGHT TEETH (SEBELUM)

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI


WHITENING LIGHT TEETH..
Selepas membaca banyak entry tentang cara memutihkan gigi di blog dan rakan-rakan FB, EA seperti tertarik dan terpukau untuk mencuba kuasa magik Whitening Light dimana mampu mememutihkan gigi dalam masa 5 hari.
POSTO-POSTO.. PEMUTIH GIGI SAMPAI...
EA telah membeli whitening ini secara online dengan harga RM35. Setakat ini EA survey hanya budak ini sahaja yang jual dengan harga yang murah. Kita pengguna mestilah nak cari barang yang murah tetapi kualiti tinggi.wakakka
GIGI EA SEBELUM MENGGUNAKAN WHITE LIGHT
Ini ialah gigi EA sebelum menggunakan whitening light. EA cuba membuktikan kesan pemutih gigi dengan membuat xperiment di gigi sendiri.. Nak lihat berjaya ke tidak?? Terus lepak disini kerana EA akan update hasilnya dari hari pertama hingga kelima..

Khamis, 4 April 2013

SPEKULASI 2: TARIKH PILIHANRAYA 13

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Selepas Dato Seri Najib Tun Razak  mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia ke 12 pada 03/04/2013 jam 11.35pagi dan semestinya timbul persoalan bagi masyarakat Malaysia bila pula tarikh PRU13 akan diumumkan oleh SPR.. Berdasarkan teka-teki ini EA berpendapat PRU 13 akan diadakan pada:

TARIKH PRU13
27 APRIL 2013
TARIKH PENAMAAN CALON
13 APRIL 2013

JAWAPANNYA AKAN TERJAWAB SETELAH PENGERUSI SPR MENGUMUMKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA.


LAGU OST AKASIA SEDETIK CINTA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI


Lagu Bukan Dia Tapi Aku dendangan Judika telah dipilih sebagai lagu pembukaan bagi Slot Akasia  Sedetik Cinta yang baharu ditayangkan di TV3 selepas menggantikan Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.. Jom layan jiwang dengan lagu dimainkan dalam drama ini...
JUDIKA-BUKAN DIA TAPI AKU

AGNES MONICA-RINDU

**Anda juga boleh tonton Sedetik Cinta ini secara online/streaming(klik disini)