1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 27 Mac 2014

AWANG YONG TAUFOO,KAMPUNG MELAYU,JOHOR.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Sekian lama tidak menghirup dan merasakan keenakan Yong Tau Foo, kali ini EA telah singgah ke Awang You Tau Foo yang terletak di Kampung Melayu,Johor Bahru berhadapan dengan pejabat pos untuk tapau di bawa pulang ke rumah.
Layanan yang diberikan memang terbaik walaupun pekerja ini sibuk mencelur 
kangkung.

Walaupun hari biasa tetapi ramai pengunjung yang sedang menikmati makanan di gerai Awang. 
Harga Yong Tau Foo berdasarkan berapa banyak dan jenis yang kita pilih..Bagi EA rasa kuah yong tau foo ini memang terasa keenakannya dan ditambah pula dengan sambalnya yang tidak terlalu pedas menjadikan yong tau foo ini betul-betul memukau..Betul ker?? Ya.. sememangnya ia sangat sedap.
Sekiranya anda ke Kampung Melayu tiada gerai yang bernama Awang maknanya ia sudah bertukar tempat di belakang Giant Xtra, Majidee..

Jumaat, 21 Mac 2014

REFLEKSI : HUKUM ORANG ISLAM MEMELIHARA ANJING

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

EA : Ustaz.. jiran EA ada pelihara anjing dekat depan rumah dia. Masalahnya jiran EA tu Muslim. Boleh ker pelihara anjing ustaz bagi orang muslim..

Ustaz : Sebenarnya hukumnya harus jika ia bertujuan untuk bekerja, menjaga rumah, berburu atau  golongan kurang upaya cacat penglihatan memerlukan bantuan anjing yang telah dididik untuk bergerak ke sana sini. 

Ustaz : Walaupun hukumnya harus tetapi jiran EA tidak bolehlah memegang, mencium atau membelai anjing itu depan orang ramai sebab maklumlah orang Malaysia ni sensitif bila muslim pegang anjing daripada pasangan bukan muhrim memegang tangan. Ia sebagai langkah untuk mengelakkan fitnah.

EA : Ustaz..macam lawak jer anjing boleh bekerja?

Ustaz : Adess.. anjing tu bekerja untuk manusia seperti anjing polis, anjing menjaga biri-biri , anjing yang menjaga rumah pun dikira sebagai bekerja. Jangan menganjing sudah lahh...

Sumber : Ustaz Muhammad Abdullah, Nafkah Haiwan, Tanyalah Ustaz TV9.

Rabu, 19 Mac 2014

PROJEK SENI PBS TINGKATAN 1:JALINAN TAMPAK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Antara lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik jalinan tampak berdasarkan permukaan objek di kawasan tapak perhimpunan seperti berikut:
PERMUKAAN SIMEN

PERMUKAAN BATU DI TAPAK PERHIMPUNAN

PERMUKAAN JUBEN

PERMUKAAN TIANG KASAR

Selasa, 18 Mac 2014

REFLEKSI : HUKUM MEMANDULKAN & MEMBUANG KUCING

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
EA : Ustaz rumah EA banyak kucing...mmmm boleh ke kalau EA hantar ke klinik untuk mandulkan ibu kucing tu..

Ustaz : Berapa banyak kucing peliharaan EA?

EA: Dalam 5 ekor. Namanya shaha sanda, eputt, anjang badar, cacak duncal duncal, ramlee,ahha. Tapi ahha nak beranak lagi...

Ustaz : Ohh.. subhanallah.. sedapnya nama kucing EA..Hukum memandulkan kucing ialah harus jika ia boleh mengelakkan daripada kemudaratan. Contohnya jika kucing banyak dan boleh menyukarkan EA menyelia, menjaga atau memberi makan kucing itu maka hukumnya harus untuk EA memandulkan ibu kucing itu. 

EA : Habis...boleh tak kalau kucing-kucing ni EA buang jika dah terlampau banyak?

Ustaz : EA boleh buang jika berlakunya kesusahan untuk EA menjaga atau mempeliharanya. Hukumnya harus tetapi mesti buang ditempat yang mudah untuk haiwan itu mencari makan seperti di restoran,kedai makan,pasar borong. Jangan buang dekat rumah ustaz atau jiran-jiran lain sudahlah...

Sumber : Ustaz Muhammad Abdullah, Nafkah Haiwan, Tanyalah Ustaz TV9.

Isnin, 17 Mac 2014

SOKONGAN MORAL DARIPADA MURID SMKTD2 UNTUK #MH370

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Daripada aplikasi jalinan tampak, pelajar-pelajar ini telah menghasilkan lukisan abjad dan menyusun abjad tersebut menjadi sokongan moral untuk MH370. Dengan doa daripada kelas 1A1 dan 1A9 memohon supaya pesawat ini selamat.





Rabu, 5 Mac 2014

PROJEK SENI PBS TINGKATAN 1 : BENTUK KONKRIT 3D

ASSALAMMUALAIKUM  DAN SELAMAT MALAM

EA akan kongsikan hasil daripada aktiviti melukis bentuk konkrit atau 3D. Setiap pelajar harus melukiskan kerusi, meja dan papan hitam seperti objek yang EA pamerkan dihadapan kelas. Jadi semua pelajar harus melukis sama seperti yang dipamerkan. Antara hasil yang EA beri terbaik dan cemerlang ialah:







Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pelajar yang sukar untuk menghasilkan lukisan apabila diberi gambaran yang sebenar. Itu tidak menjadi masalah dan apa yang penting anda berani mencuba dan telah berusaha..

Selasa, 4 Mac 2014

MyKAD BOLEH MENJADI LESEN MEMANDU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
MyKad yang dikeluarkan sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi. Selain menjadi identiti diri malahan ia juga mengandungi lesen memandu dalam MyKad tersebut. Tapi persoalannya ramai  ke yang sedar tentang hal ini? Jika betul kenapa kerajaan perbaharui kad lesen memandu lagi?

Ya, walaupun perubahan demi perubahan akan lesen tetapi Mykad masih lagi boleh berfungsi sebagai lesen memandu. Jadi jika anda tidak membawa lesen memandu , jangan gelabah atau huru-hara semasa memandu. Tarik nafas.... Keluarkan MyKad dan bagi kepada pihak berkuasa sekiranya ada sekatan jalan raya.

Tak kena saman ker?? Tidak kerana pihak berkuasa telah disediakan dengan peralatan canggih untuk mengenalpasti lesen yang sah . Oleh itu, amek tahu pasal hak  anda supaya tidak tertipu dan jangan jadi mangsa saman jalan raya...hehehe

Isnin, 3 Mac 2014

NAJIMAH : GUNA MyKAD SEBAGAI KAD TOUCH N GO

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Sedarkah kita sebenarnya MyKad juga boleh menjadi kad Tounh n Go. Cuba anda lihat belakang MyKad anda terpampang Touch n Go. Itu bukan sekadar hiasan tetapi ada fungsinya..

Kepada anda yang tiada kad touch n go masih boleh lagi melalui lorong itu.. Apa yang anda perlu lakukan? Bawa MyKad untuk topup jumlah yang diingini. Jadi, anda boleh berjimat RM10 tanpa perlu beli kad..


-NAK JIMAT MEMANG BOLEH-

Ahad, 2 Mac 2014

REFLEKSI: CE TEKA SIAPA ORANG YANG PALING CERDIK/PANDAI??

ASSALAMMUALAIKUM  DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
Ustaz : Cuba EA teka siapa orang yang paling pandai,cerdik, smart dalam dunia ini.

EA : Ermm.EA tak suka lah ustaz main teka-teki nie. EA rasa orang yang selalau dapat keputusan peksa baik,10A,4.0 dan orang yang boleh mencipta produk dengan menjadi kaya raya kot...

Ustaz : Kot tu macam tak yakin jer....

EA : Ya, EA yakin dengan jawapan EA..

Ustaz : Sebenarnya orang yang cerdik ialah orang yang selalu ingat mati. Ini Nabi s.a.w yang cakap dan ustaz hanya menjadi penyampai...

EA : Oooooo.....