1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 29 Januari 2016

REFLEKSI:" WANITA INGIN IKUT SUNNAH NABI"

Assalammualaikum dan Selamat Malam.
EA:Ustaz...Bagaimana perempuan nak ikut sunnah nabi sedangkan nabi itu seorang lelaki.

Ustaz: Bagus soalan tu, memang nabi itu lelaki tapi siapa kata perempuan tak boleh ikut sunnah?

Ustaz: Perempuan juga boleh ikut sunnah nabi. Contoh,berwuduk sebelum mandi junub,solat sunat,puasa sunat dan banyak lagi. Yang tak boleh cuma simpan janggut yer...

Sumber:UAI,Masjid BBU,JB

Rabu, 27 Januari 2016

KONGSI:PRODUK PEMUTIH MUKA YANG DIHARAMKAN

Assalammualaikum dan Selamat Malam.

Hati-hati dengan produk kosmetik pemutih muka. Pastikan produk yang anda pakai selamat digunakan. Jangan sampai nak cantik seperti Nealofa tetapi hasilnya seperti pecah kapal. 

Antara produk kecantikan yang diharamkan KKM:















Sabtu, 23 Januari 2016

MAKANSUTRA: MAKAN MALAM di RESTORAN PEKIN

 Assalammualaikum dan selamat malam.
Makan malam EA hari ini di Restoran Perkin Sutera Utama. Chinese food merupakan makanan utama di sini. Sebenarnya..Inilah kali pertama EA makan masakan china. 
EA sampai majlis sudah bermula dan tidak sempat untuk merasa appertizer. Tapi oklah dapat makan main course seperti sotong masak halia,udang steam halia,udang butter bijan,ayam panggang,nasi goreng dan longan sebagai pencuci mulut. Malu nak ambil gambar makanan sebab duduk semeja dengan bos. 
Restoran Perkin memmpunyai 6 dewan makan dan satu daripadanya khas untuk makanan halal. Jadi, janganlah rasa was-was untuk makan disini. Apa yang perlu anda lakukan hanya sediakan wang berkepuk..kah kah kah

Khamis, 21 Januari 2016

REFLEKSI :"SUAMI TIDAK BENARKAN ISTERI KELUAR RUMAH BELAJAR AGAMA"

Assalammualaikum dan Selamat Malam

EA : Apa hukumnya sekiranya si suami melarang isteri keluar belajar agama?

UAI: Hukumnya..suami tidak boleh menghalang isterinya keluar rumah dengan tujuan belajar agama. Tapi.. suami boleh halang sekiranya dia telah mengajarkan ilmu tersebut kepada isterinya.
UAI : Para suami harus pastikan isteri anda mendapatkan ilmu tauhid, fiqh dan syarak, serta akhlak...

sumber: Ustaz Azhar Idrus, Masjid BBU JB.

Rabu, 20 Januari 2016

KONGSI:SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PTD M41 JAN 2016

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Semalam EA telah mengambil peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dengan menjawab dua bahagian soalan iaitu pengetahuan am dan soalan kemahiran berfikir. Jadi EA ingin kongsikan soalan pengetahuan AM:

1) Objektif negara-negara OIC
2) Negara yang dipilih bagi kerusi tidak tetap di majlis PBB
3) Akta Komunikasi dan Multimedia.
4) Maksud NKRA
5) Konsep dan kepentingan strata.
6) DUN boleh dibenarkan menggubal apa?
7) Agensi kerajaan negeri yang dibenarkan memungut cukai?
8) Umur minimum bagi pembantu rumah asing.
9) Dasar perlindungan kanak-kanak.
10) Wifi,Lan dan Intranet.
11)Contoh Badan Berkanun Persekutuan.
12) Peranan Bank Negara Malaysia
13)Peranan Ekuinas
14) Pembubaran parlimen mestilah diisi kekosongan dalam tempoh berapa hari?
15) Konsep Hak Asasi dalam perlembagaan Malaysia.
16) Asas dalam pembentukan rukun negara.
17) Hak menjadi warganegara.
18) Golongan yang layak menerima bantuan daripada JKM.
19) Agensi yang mempunyai objektif untuk mendedahkan masyarakat dengan Teknologi maklumat dan komunikasi.
20)Contoh negara yang masih belum melaksanakan GST
21) Tahun Indonesia menjadi tuan rumah sukan ASEAN.
22) Senarai kerjasama negara ASEAN.

Hanya soalan2 di atas yang EA mampu ingat. Kalau dapat ke sesi temuduga itu sebagai bonus namun sebaliknya, EA anggap saje tiada rezeki. Mungkin ada rezeki lain yang menanti.

Ahad, 17 Januari 2016

SANTAI BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID BBU.

Assalammualaikum dan Selamat Malam.
Malam ini EA berpeluang mendengar kuliah secara santai bersama Ustaz Azhar Idrus yang dianjurkan di Masjid Bandar Baru Uda. Hampir 15000 orang yang hadir termasuk kerabat diraja Johor. 
Kuliah yang sangat sempoi dan santai. Banyak ilmu yang telah disampaikan dan paling penting samada dapat diamalkan atau tidak. Majlis ditutup dengan soalan : Mengapakah kita harus berusaha jika takdir kita sudah ditentukan dan dayuskah saya jika isteri lebih mementingkan kawan-kawannya berbanding saya?


Selasa, 12 Januari 2016

KONGSI: SERVIS MAJOR KELISA

Assalammualaikum dan Selamat Malam..
Kelisa EA yang telah dirawat di hospital sebulan yang lalu dan hari ini ia sudah kembali ditangan EA. Selepas melakukan servis major, prestasi kelisa EA memang berbeza dan ia seperti memandu kereta baharu. Buat masa ni, kereta hanya boleh dipandu selaju 100km/h kerana alat-alat enjin yang diganti memerlukan keserasian.

Jadi, proses seterusnya ialah menukar minyak hitam apabila sampai 1000km.

Sabtu, 2 Januari 2016

KONGSI: PERMULAAN 2016

Assalammualaikum dan Selamat pagi.
Selamat datang tahun 2016. EA mengharapkan tahun ini boleh mencapai impian untuk ke destinasi yang diidamkan dan sentiasa mengingati illahi..