1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 28 Mei 2014

BERSUKAN DI DAIMAN BOWL JB

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Semalam EA telah lepak di Daiman Bowl Johor Jaya. Bermain bowling juga merupakan kaedah yang EA gunakan untuk keluarkan peluh dan membakar sedikit lemak dalam badan.Persekitaran tempat bowling yang selesa meningkatkan semangat untuk bersukan. Jom lepak lihat coretan EA di sana..
Orang masih ramai walaupun jam sudah pukul 11 malam.

Lemparan daripada EA. Strike!!!!!

EA sedang mendahului yang lain...Yes!!!

EA cuma main dua games dan itupun rasa macam dah jam... Pusingan pertama EA menang dan kedua ke laut sbb hilang fokus untuk bermain.kah kah kah...

Selasa, 27 Mei 2014

ISU: CADBURY BAKAL DISAMAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Isu Cadbury memang hangat diperkatakan kerana mempunyai tanda halal yang sah daripada JAKIM namun 2 produk diatas mempunyai kandungan DNA  VAVY.

Bagi EA, ini memang CELAKA.....Tidak disangka keenakan dinyonyot sebenarnya dicampur dengan VAVY. Walaubagaimanapun,ia tetap menjadi pengajaran dan harus  berhati-hati untuk membeli makanan selepas ini.. Azam tak nak tengok sentuh atau makan lagi coklat yang mempunyai logo Cadbury. Cukuplah EA termakan VAVY walaupun bukan keadaan darurat. 

Wajarkah jika EA atau anda cuba menyaman Pihak Cadbury diatas penipuan dan salahguna tanda halal yang dilakukan??.Selain itu, JAKIM dan Kerajaan Malaysia harus dipersalahkan disebabkan cuai dalam memastikan produk itu 100% halal.

Jumaat, 23 Mei 2014

REFLEKSI: TAHLIL ARWAH ITU "BID'AH"

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
EA : Ustaz..terdapat segelintir masyarakat berpendapat dimana tahlil tidak memberi manfaat kepada si mati dan ia merupakan amalan bid 'ah...Apa pendapat ustaz?

Ustaz : Biasanya jika ada orang yang meninggal masyarakat kita akan membuat tahlil pada malam-malam tertentu seperti malam apa EA?

EA: Malam pertama,ketiga,ketujuh,40 hari, 100 hari dan setahun sekali....

Ustaz : Tiada satu nas pun yang menyebut tahlil boleh dilakukan pada malam-malam tersebut. Jadi mengapa kita harus lakukan pada malam-malam itu sahaja. Sebenarnya malam-malam lain pun boleh

Ustaz : Ya.. memang benar tahlil itu bid'ah sebab nabi tak pernah buat tetapi  bid'ah itu terbahagi kepada 2 iaitu hasanah(baik) dan saiyiah(keji@buruk). Terdapat ulamak berpendapat tahlil boleh dilakukan kerana dalam tahlil kita akan berwirit, berzikir dan ditambah dengan bacaan alquran. Adakah itu tidak baik?

EA:mmmm...amalan yang baik ustaz..

Ustaz : Orang hidup masih lagi boleh menambahkan kebaikan kepada si mati dengan bertahlil walaupun ia bidah. Namun samada tahlil itu diterima oleh allah, sampai ke tidak kepada si mati itu bukan hak kita. Silapnya apabila kita menetapkan malam-malam tertentu seperti pertama,kedua,ketiga dan sebagainya untuk membuat tahlil.

Ustaz :Persoalan kedua untuk siapa kita nak hadiahkan tahlil tersebut?Jika kita hadiahkan tahlil kepada orang baik itu tiada masalah sebab ia boleh menambahkan ganjaran kepada si mati tetapi sekiranya kita buat tahlil kepada orang yang jahil dan tak nak ikut perintah allah. Agak-agak boleh ke pahala sampai kepada simati. Sedangkan semasa hidup,si mati sendiri tak mahukan pahala... Bagi Ustaz,Waallahhualam....

sumber : Datuk Abu Hassan Din, Amalan Si Mati BHG 1: Tanyalah Ustaz  TV9( 22/05/2014)

Selasa, 20 Mei 2014

DEKORASI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru,  SMKTDii telah mendekorasi dengan menambahkan gambar, banting-banting program sekolah, kolaj dan juga kata2 hikmah daripada tenaga pengajar.


GIMIK PEMBUKAAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 DI SMKTDii

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Hari ini telah berlangsungnya sambutan Hari Guru 2014 di setiap sekolah Johor. Ia juga tidak ketinggalan dengan SMKTDii yang meraikan guru-guru dengan gilang-gemilang. Gimik pembukaan yang bertemakan raja sehari telah dipilih untuk menjadikan penyeri bagi acara tersebut. Antara detik ceria yang sempat EA simpan sebelum acara bermula..
Sarapan dulu bohhh....
Mendengar taklimat untuk berjalan di permaidani merah 
Sempat lagi mereka bergamba sebelum pergi ke dataran
Guru-guru menyaksikan persembahan pelajar.
Pelajar membuat persembahan pencak silat
Tarian Naga
Selepas tamat tarian naga, kompang dipalu dan guru pergi ke pentas
dengan melalui karpet merah sambil diambil gambar oleh jurukamera sekolah..


Sabtu, 17 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

EA nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik, sahabat dan juga pengalaman. 
-Ilmu pelita hidup-

CEK DARIPADA NUFNANG 2.0 SUDAH SAMPAI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Setelah menunggu hampir 3 bulan akhirnya sampai juga cek daripada #Nuffnang yang EA telah cash out di awal bulan Februari 2014.  Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa memberi sokongan dan melawati laman EA. Teruskan membantu EA klik semua iklan yang terlekat di dinding blog ini.

JUALAN GUDANG AIR TIN YEOS JB (BHG 2)

Assalammualaikum dan Selamat Pagi
Antara  isu yang kurang menarik EA rasakan semasa jualan gudang tersebut ialah:

1) Customer Services kurang memuaskan.
Seorang warga kerja kilang memberi penerangan tentang tarikh luput dan memberi jaminan air yang dijual  itu selamat diminum .  Pekerja tersebut terus sentap bila EA tanya  sekiranya air yang sudah tamat tempoh itu boleh membawa kesan kepada kesihatan 
Pekerja: Air yang  dijual hampir sampai tarikh luput dalam 2 hingga 4 bulan tetapi masih selamat diminum.
EA: Jadi, macam mana jika air ini boleh memberi kesan kepada kesihatan..
Pekerja: x lah... I jamin..
EA: Ohhh... Jadi kalau sakit yeos bertanggungjawab lah.?
Pekerja: Tidak!! Sama juga macam u pergi jualan gudang kasut..kalau kasut tu u beli pecah walaupun x sampai 1 bulan  u pakai mana boleh pulang..
Pekerja: Kalau x yakin x payah beli!!!
EA (dalam hati) : Jawapan yang diberikan mmg tidak profesional.  Kasut kalau pecah x da kesan pun tapi kalau air boleh memberi kesan kepada penyakit..  Berilah keyakinan kepada pengguna. dengan betanggungjawab ..Sekiranya ada yang sakit akibat minum air itu... Imej kilang juga yang buruk..

2) Terpaksa tunggu lama untuk mengambil barang.
Ada segelintir customer yang merungut kerana lorong yang disediakan untuk memunggah air itu terlalu sikit dan menjadikan kenderaan yang ingin masuk ke dalam kilang beratur panjang.

3) Nak jimat kena bayar saman parking..
Ada juga kereta yang disaman polis kerana meletakkan kereta di bahu jalan.. Aduhhh bagi EA memang tidak menguntungkan.. 


Jumaat, 16 Mei 2014

JUALAN GUDANG AIR YEOS HAP SENG JB

Assalammualaik dan Selamat Pagi...
Yeos telah mengadakan jualan gudang selama 2 hari iaitu pada  10 dan 11 MEI 2014.  EA pergi pada hari Ahad.. Rasa terkejut bila sampai orang sudah ramai menunggu walaupun pintu pagar dibuka pulul 9 pagi..


Air yang ditawarkan  sangat murah dimana air tin dijual dengan harga RM 8,manakala air botol rm6.. Walaupun harganya murah tetapi  air yang dijual itu hampir tamat tarikh luput...Jadi  janganlah tamak..
Disebalik kemeriahan jualan tersebut namun bagi EA tetap  ada isu yang harus dibangkitkan(nak tahu..klik disini)...Sempat juga EA beli 8 bundle..

TOKOH - TOKOH GERAKAN BESAR GERAKAN ISLAM DALAM SEJARAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Buku yang ditulis oleh Saari Sungib ini telah memberikan info yang berguna dalam mengingati para pejuang - pejuang Islam yang ingin menjadikan bumi ini ditadbir berdasarkan Al-quran dan Al-sunnah. Antara topik yang diceritakan dalam buku ini ialah Ikhwan Muslimin, Pencerobohan di Palestin dan pejuang Islam di Nusantara dan Afrika.

Persoalan yang bermain di benak fikiran EA tentang kenapa IKHWAN MUSLIMIN tidak menyerang atau mengangkat senjata apabila kerajaan membantai dan menzalimi mereka sejak dari dahalu lagi sudah terjawab di dalam buku ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada tangan yang membuat percaturan untuk menghapuskan Ihwan Muslimin di bumi mesir walaupun IM menang dalam pilihan raya. Bagi EA, sebagai muslim kita harus menunjukkan soladiriti kepada IM kerana sanggup berkorban harta dan nyawa demi menegak syiar Islam.

R4BIA : IA TELAH MENJADI SYI'AR [ كانت إشارة ]

Khamis, 15 Mei 2014

MENGUKUR TAHAP KECUKUPAN AIR DALAM BADAN KITA

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Tips mudah bagi mengukur air dalam badan kita..  Caranya dengan melihat air  kencing anda sendirii.. 
Air kencing yang berwarna coklat dan pekat menunjukkan badan anda masih lagi kekurangan air manakala  warna jernih  menunjukkan badan anda telah mendapat air yang secukupnya... Jadi bagaimana dengan air dalam badan anda? Cukup ke x? Jika tidak minumlah air dengan banyak  untuk kekal aktif dan ceria.....

Sumber: Dr Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden

KENANGAN MEREKA DI SMKTDii

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

RABU TANPA BICARA