1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 6 September 2012

TABOO:PENGEBUMIAN ORANG ASLI SUKU KAUM BATIQ

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM..

Cara pengebumian mayat bagi orang asli suku kaum batiq di Pahang sangat mudah dan berbeza dengan agama atau keprcayaan  lain. EA dan rakan-rakan telah menemubual salah seorang daripada penduduk orang asli suku kaum Batiq semasa menyertai Program Summer Camp 2012. Beliau telah memberikan kerjasama dan melayan EA dengan baik semasa sesi temubual.. 

Apa yang dikatakan taboo dengan cara pemakaman si mati bagi orang asli suku kaum Batiq ini??? Selepas salah seorang daripada masyarakat tersebut menghembuskan nafas terakhir atau meninggal maka semua penduduk kampung itu akan melawat si mati. Kemudian si mati akan dikafankan dengan menggunakan tikar mengkuang dan diikat dengan menggunakan tali yang diperbuat daripada kulit cengal...

Mayat yang telah dikafankan akan dibawa ketempat pemakaman. Tempat pemakaman bukannya ditanah kuburan tetapi mayat akan dibawa kedalam hutan dan disimpan dalam sebuah pondok diatas pokok. Memang lain daripada yang lain. Pondok tersebut akan dibina menggunakan papan dan setiap dinding papan itu akan mempunyai jarak...

Mayat yang disimpan didalam pondok ini akan dibiarkan dan mereput selepas tempoh 14 hari.Mereka percaya dimana si mati disimpan diatas pokok kerana untuk mengelakkan daripada dimakan binatang buas.Jadi..sebab itu lah mereka letak ditempat tinggi.. Erm..macam mana erk kalau ada pengembara yang lalu dikawasan pondok tersebut dan tiba-tiba tulang-tulang itu jatuh ke bawah???...Tak dapat EA nk bayangkan betapa seramnya masa itu.Wakaka....

10 ulasan:

dedetea66 berkata...

iihh seram sekali yah,bagaimana jika mayatnya tidak suka tinggal di atas poko kemudian pulang balik ke rumah,ihh,,,,

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
emmeraz berkata...

dede>>mungkin mayat itu akn pulang dantinggal bersama kamu...wakaka

MiSS Fyda berkata...

seram... tapi pondok nampak kiut je

emmeraz berkata...

Pondok 2 hanya nk tunjukkan similar dgn pondok sebenar

Suburbanzero berkata...

wooaaahhh.. part tulang2 jatuh tu...seram tuu.

haz berkata...

kalau tulang yang jatuh tu ok la. cane kalau tiba2 mayat tu plak yg jatuh.. waaa >.<

Unknown berkata...

tumpang tanya, yang baju belang tue pon org asli gak ker?? sweet... kem salam kat die ek??

Unknown berkata...

wahh seramnye! mst tmpt tu berbau busuk sgt kan, huhu

Unknown berkata...

wahh..info baru ni..bagus kongsi benda camni,,boleh jugak orang lain tahu./...seram jugak bunyi nye.huhu