1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 27 September 2012

GAJI PEMINTA SEDEKAH RM12 000 SEBULAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI....


Terkejut bila membaca dan mendengar  Peminta Sedekah Bergaji RM12 00 sebulan!!! Inilah realitinya apabila didedahkan oleh Majalah 3 dalam segmen DISEBALIK TANGAN YANG MENADAH dimana peminta sedekah boleh menjana pendapatan sehingga RM 12 000 sebulan hasil kemulian hati dan sikap pemurah rakyat Malaysia. Kalau anda semua terkejut EA lagi terkejut...


Mereka juga tidak perlu kerja berpenat lelah dan hanya menadah tangan untuk mendapatkan duit.Pendapatan yang boleh dijana sehari diantara RM 300 hingga RM 500 dengan hanya beberapa jam sahaja.. EA yang kerja 8 jam nie pun tak dapat gaji sebanyak itu... Yang sedihnya ada juga orang bukan islam mengambil kesempatan dan menyamar dengan pakaian seperti orang islam untuk meraih simpati...Watak-watak yang selalu dilakonkan oleh peminta sedekah ini seperti membawa kanak-kanak, orang kurang upaya dan wakil daripada pembinaan madrasah.Selepas ini, adakah anda akan mudah untuk menghulurkan sedekah kepada pengemis-pengemis jalanan??? Semuanya terserah kepada anda...PASTIKAN anda tidak tertipu dengan lakonan si pengemis. Salurkan sumbangan anda kepada orang yang betul-betul memerlukannya.. JANGAN JADI TIPAH..



sumber:youtube//tipah-tipah tertipu bang.

5 ulasan:

Unknown berkata...

ermmm... buat MLM pon tak dapat banyak ni... kena tipu lagi...ahakz...

emmeraz berkata...

Wah..kecian.mungkin sedut boleh cuba biznes yg lain

Unknown berkata...

terkejut~~

Wilma berkata...

Saya pernah ditegur oleh seorang Pak Cik masa nak bagi duit kat peminta sedekah nie...
Katanya tak payah bagi...
Dorang ada tangan dan kaki...
Biar dorang kerja bukan harap duit orang jak...
Dari sana, saya tak pernah bagi duit kat peminta sedekah...
Hanya berdoa dalam hati semoga nasib mereka berubah...

emmeraz berkata...

wilma>> bantulah hanya kepada orang2 yang memerlukan sahaja...Ni kalau sihat tubuh badan pun nak minta sedekah lemak la jadinya....