1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 29 Ogos 2012

KAWASAN ADUN TALAM DIBUNUH OLEH MONA FANDY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


Siapa yang tidak kenal dengan kes Mona Fandy yang menggegarkan SEMELAYA akan kes pembunuhan ADUN TALAM yang dibunuh secara tragis dan setajam SILETTTTT.....Adun Talam yang ingin mendapatkan khidmat perubatan traditional  untuk menjadi MB Pahang akhirnya mati dikerat 18 oleh MONA FANDY, AFFENDI DAN JUREMI di Kampung Peruas.. Ada yang berpendapat kes ini merupakan kes pembunuhan paling kejam no 1 di Malaysia. EA bukan nak membongkar semula kes ini tetapi ingin berkongsi lokasi kejadian pembunuhan yang terkini.. Ketua  dan warga kampung ada menceritakan kisah Mona Fandy dan menunjukkan lokasi kejadian pembunuhan semasa EA menyertai PROGRAM SUMMER SCHOOL 2012.

Lokasi SEMASA Adun Talam dibunuh secara sadis oleh Mona Fandy di Kampung Peruas.

Mayat telah ditanam selepas jasadnya dikerat 18 disebuah stor.

Lokasi TERKINI(2012) Adun Talam dibunuh secara sadis oleh Mona Fandy di Kampung Peruas.

Kawasan pembunuhan ini kini telah dipenuhi semak samun dan tapak rumah Monafendi juga telah dirobohkan..Ok..siapa yang berani pergilah pacak rumah kat situ....HEHEHEHE..

Berdasarkan temuramah yang dijalankan oleh EA bersama ketua dan orang kampung semasa pergi ke Kampung Peraus ini mendapati tiada kejadian misteri yang berlaku selepas kejadian pembunuhan ini berlaku atau selepas ketiga-tiga mati ditali gantung.. Sekiranya anda terdengar cerita-cerita angker atau misteri daripada orang luar itu bermakna semuanya ialah propa.(TIPU).


Oklah...Taknak cerita banyak-banyak sebab tak baik membuka aib orang yang sudah tiada.Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa dan pembunuh ini semoga Allah meredhai dan mengampunkan dosa-dosa mereka..ALFATIHAH...

sumber gambar lama:KES- MONA FANDY//TV3..

5 ulasan:

misspurple berkata...

ee..seramnye tgk gambar mona fendy tu...

fadh leyanie berkata...

berpuaka lokasi tu..

emmeraz berkata...

mISSPURPLE>> EA PUN SERAM TGK WAJAH DIA..Seperti ada sesuatu yang memerhatikan..
fadh>> tak pasti samada berpuaka atau tidak... kalau nak kepastian cuba rasakan sendiri betapa dikawasan itu....

Zierwa Zainal berkata...

kish tragis kan.. dsyat betul mona fendy ni.. huhu

emmeraz berkata...

yup..kerana duit manusia boleh hilang pedoman...