1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 23 Ogos 2012

KAJIAN KES:PENGURUS PASARAYA BAHARU

Assalammualaikum & Selamat Malam...


Apa yang anda rasakan apabila pengurus baharu datang mengambilalih pengurusan dan operasi sesebuah organisasi atau syarikat?? Adakah cara kepimpinan yang diamalkan mereka dapat memberikan keseronokan dalam bekerja atau sebaliknya...Selalunya pengurus baharu akan mewujudkan suatu perubahan daripada aspek budaya kerja baharu  dan gaya kepimpinan yang berbeza berbanding sebelum ini.Biasalah kita kan manusia jadi cara kita selalunya berbeza..Tetapi kalau perubahan yang ingin dilaksanakan bersesuaian atau lebih efektif itu, baguslah  dan jika sebaliknya menjadi hambar...HAAA..SIAPA YANG NAK MENJAWAB....

Cara-cara yang mesti anda tahu untuk menjadi pengurus pasaraya yang dihormati dan disukai oleh semua pekerja...

1. BE PROFESSIONAL & AVOID EMOTIONAL
Laksanakan kerja anda dengan profesional walaupun mempunyai beribu tekanan yang diterima daripada pengurusan atasan. Anggaplah tekanan itu sebagai motivasi untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih efektif. Kalau buat dengan emotional susahlah jadinya AAPTB(apa2 pun tak boleh)..


2. TUNJUKKAN CONTOH YANG TERBAIK
Sebagai pengurus tingkah laku anda akan diperhatikan oleh semua orang..Jadi kalau polisi syarikat tidak membenarkan menggunakan handphone dipremis jualan maka patuhilah polisi tersebut.Jangan ingat anda pengurus ada keistimewaan boleh berkepit sepanjang dengan handphone..Kalau dah berkepit dgn bermain msg nanti bila pekerja lain dapat WARNING LETTER pulak...

3.KAWAL RASA STRESS
 Kalau anda dalam tertekan cubalah kawal dan jangan pula melepaskan kepada orang lain...Kalau xda hangin xda ribut bukan ker itu giler namanya nak marah orang lain..hehehe....Erm..kalau pengurusan dalam tugas yang dipertanggungjawabkan boleh takkan pengurusan stress dalam diri sendiri tak boleh....


4.BUANG RASA EGO
Janganlah Ego sangat jika pekerja bawahan memberi pendapat. Cubalah dengar dan pertimbangkan dahulu sebelum membuat keputusan..Mungkin cadangan yang diberikan itu dapat membantu meningkatkan prestasi dan mencapai sasaran syarikat yang diinginkan. Ingat mereka itu PEKERJA OTAI (pengalaman banyak) dan ada yang terpelajar. Janganlah nak AUTOKRATIK sangat..Bila dah kena tegur dgn pengurusan atasan baharu nak huru-hara dan masa itu sikap ego anda akan ditertawakan oleh pekerja bawahan tersebut.

5. HORMAT MENGHORMATI
Wujudkan budaya saling hormat menghormati diantara pekerja bawahan,anda dan pengurusan atasan. Ini baru boleh mewujudkan suasa  harmoni ditempat kerja...

6.PASTIKAN ARAHAN YANG DIBERI JELAS
Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua pekerja.Semua pekerja tahap pendidikannya berbeza.

Kadang-kadang perubahan baharu yang dilaksanakan dibahagian tersebut itu tidak efektif dan sukar diterima oleh semua pekerja.Sebagai pengurus anda harus memainkan peranan dan bijak mengatrur strategi.Oleh itu,jadilah pengurus yang berktrampilan dan membawa transformasi yang boleh membawa kejayaan kepada semua pihak...

3 ulasan:

logorithm berkata...

Assignment ker nih?

emmeraz berkata...

X lar.kes sebenar tp boleh dijadikan rujukan.

emmeraz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.