1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 2 Ogos 2012

AMALAN TERBALIK DI MALAYSIA

Assalammualaikum



Berfikir sejenak dan muhasabah diri....Itulah yang EA rasakan apabila membaca risalah yang dikeluarkan Surau Nur Islam tentang amalan terbalik di Malaysia. Tanpa kita sedari sebenarnya amalan kita telah diresapi dengan budaya luar sehingga bertentangan dengan amalan yang sepatutnya.

ANTARA AMALAN TERBALIK DI MALAYSIA:



1. Ketika menghadiri majlis bersama pemimpin.

Kita akan memastikan pakaian yang dipakai kemas,cantik dan da boom. Sebaliknya, jika menghadap tuhan kita akan berpakaian biasa sahaja samada dirumah atau dimasjid. Ada juga yang tidak pakai baju..Wakaka..tidakkah rasanya lucu....?



2.Bulan puasa bulan mengawal nafsu makan.


Semua orang akan mengaku dimana perbelanjaan untuk membeli makanan pada bulan puasa akan meningkat dan seharusnya perbelanjaan kita berkurang disebabkan faktor puasa disiang hari.



3.Mengerjakan haji


Kebiasaannya kita akan membuat kenduri doa selamat sebelum berangkat ke Mekkah untuk menunaikan haji dan umrah. Sebenarnya, amalan kenduri doa selamat yang diajarkan dalam islam apabila selamat daripada bermusafir.Tak ke terbalik nie???? 



4. Bimbang anak gagal dalam peperiksaan

Semua ibu bapa akan risau jika anak mereka gagal dalam peperiksaan dan menghantar ke pusat tuisen walaupun perbelanjaannya besar. Sebaliknya ibu bapa tidak risau jika anak mereka tidak boleh membaca alquran dan solat malahan tidak pula menghantar mereka untuk ke pusat mengaji atau tok guru..




5.Hadir ke kenduri perkahwinan atau walimatulurus

Setiap majlis perkahwinan yang dihadiri,kita akan memberi hadiah atau wang sebagai salam keruk. Kita akan rasa segan akan malu jika tidak memberi salam keruk. Paling kurang  RM2 atau RM 3 yang diisi dalam sampul hari raya. Sebaliknya kita tidak pula rasa segan apabila menziarahi orang mati dengan tangan kosong. Sepatutnya, kita haruslah memberi sedekah kepada keluarga si mati manakala untuk kenduri perkahwinan tak bagi hadiah atau wang pun tak apa. Mereka jemput untuk suruh makan dan bukanya untuk menjana pendapatan...

sumber:
Risalah Surau Nur Islam 16 Disember 2011/ 20 Muhharam 1433H

3 ulasan:

fadh leyanie berkata...

manusia sejagat makin tersasar..

Athirah berkata...

byk benda yg terbalik kita selalu buat kan, perlu muhasabah dan pikir sblm buat..

emmeraz berkata...

jadi sama-samalah kita mencari kebenaran