Selepas menghantar adik EA ke KEM WARISAN,MASJID TANAH secara bersahaja kami telah pergi ke Telok Kemang, Port Dickson. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari Masjid Tanah ke Port Dickson. Sebenarnya perjalanan kami ke sana tidak dirancang dan tertarik apabila banyak papan tanda penunjuk arah ke Port Dickson semasa melalui jalan-jalan di Masjid Tanah. Dah alang-alang berjalan, bia berjalan sampai penat..hehehehe..
Walaupun EA sampai pukul 6.40ptg namun masih ramai pengunjung yang sedang
melakukan aktiviti seperti bermandi manda,bermain banana boat, membina istana pasir
dan lain-lain
Seekor belangkas yang terdampar di persisir pantai.
Sempat lagi selfie dikala matahari mula terbenam.
Tanda kenangan EA sampai disana.
Aktiviti riadah yang menyeronokkan di Telok Kemang Port Dickson. Tambahan pula waktu EA pergi masih lagi mood tahun baharu cina. Jadi ramailah pengunjung disana. Selamat bersantai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan