Semalam, EA telah menghantar adik ke Kem Warisan PLKN, Masjid Tanah, Melaka. Lokasinya di tengah estet kelapa sawit menjadikan satu halangan untuk sampai kem tersebut. Tambahan jalan perhubungan untuk masuk ke kem masih bertanah merah.
Selamat datang...Inilah jalan masuk untuk kem tersebut..
Huhuhu...dah sampai ker?? Selepas 5 minit perjalanan daripada pintu
masuk, anda akan berjumpa post pengawal polis.. Selepas ini, anda harus
menempuhi 1.5km untuk sampai ke destinasi.
Inilah Kem Warisan PLKN, Masjid Tanah. Bila anda sampai ke sini jangan terkejut lihat kenderaan penuh dengan habuk tanah merah. Sebelum pergi pastikan angin tayar kenderaan mencukupi supaya
tayar tidak bocor melalui jalan yang penuh batu krikil. Jika mahu cepat sampai gunakan 4x4 atau SUB
barulah boleh redah tanah merah serta bukit dengan slamba..hehehee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan