1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 13 Februari 2014

REFLEKSI :MAT REMPIT 16 TAHUN MATI DIAZAB

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Kisah Mat Rempit yang meninggal dunia dengan keadaan yang begitu diazab dan harus dijadikan pedoman dalam hidup ini. EA bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi ini sebagai pengajaran. Matinya seorang Mat Rempit ini sangat menakutkan kerana wajah dan tubuh badanya yang berkulit putih tiba-tiba menjadi hitam seluruh tubuh.Malangnya setelah siap dikafankan jenazahnya  hanya 3 orang yang solatkan si mati. Kebanyakan orang kampung yang melawat tidak sanggup menahan bau busuk yang datangnya daripada si mati. Doa si ibu tidak dikabulkan walaupun telah memaafkan dosa anaknya.

Semasa hidup remaja ini, si mati seorang anak yang derhaka dan tidak menghormati ibunya. Walaupun si mati sedar ibunya  susah tetapi beliau tetap mendesak supaya dibelikan motorsikal. Si mati berjanji untuk mencari kerja sekiranya ibunya membelikan motorsikal. Si ibu akur dengan permintaan anaknya. Kelakuan si mati semakin biadap dan kurang ajar setelah motorsikalkan yang diinginkan telah diperolehi.  Janji yang diunkapkan si mati hanya janji manis yang tidak ditepati. Malahan Si mati pula  mula melibatkan diri dalam gejala rempit sehinggakan ibunya minta dihantarkan ke  mana -mana termasuk masjid untuk solat berjemaah pun tidak dilayan. Pada suatu hari, si mati telah menghantar ibunya ke masjid. Sampai di pintu hadapan masjid,terus ditolak ibunya umpama bintang. Ibunya  sedar kelakuan si mati itu dan selalu mendoakan si mati untuk kembali ke  pangkal jalan. Namun sewaktu ajal menjemput , si mati tidak sempat untuk bertaubat dan memohon ampun kepada ibunya...........

Sumber :TANYALAH  USTAZ TV9 : SELIMUT PUTIH

Tiada ulasan: