Kali ini EA telah lepak di tempat letak kereta Perhentian Bas Bandar Muar Bandar Diraja untuk menikmati sepinggan mee bandung. Simbolik Muar mesti terkenal dengan Mee Bandungnya. Bukan itu sahaja, ramai rakan EA cadangkan untuk makan disini...Ermm.agak-agak apa rasanya?
Rasa kuahnya memang secukup rasa tidak terlalu manis dan tidak terlalu kuat rasa udang kering.Bagi EA kuah mee bandung ini harus dipekatkan lagi kerana ia terlalu cair. Tekstur rasa mee bandung ini kurang kerana tiada hirisan sotong rendam. Harganya tetap berpatutan iaitu RM4 sepinggan.
Perubahan bandar Muar menjadikan bandar tumpuan masyarakat setempat. Kesesakan lalu lintas dan hiasan lampu menjadikan ia lebih meriah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan