1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 28 Oktober 2013

REFLEKSI: AZAB TUKAR AGAMA ISLAM KE KRISTIAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Cerita yang ingin EA kongsikan semoga menjadi pengajaran kepada kita. Selepas kematian suaminya, seorang janda tinggal di Johor berkawan rapat dengan seorang lelaki yang beragama kristian dan mempunyai anak 1. Teman lelaki itu menjadi tempat untuk si janda berkongsi suka dan duka kerana tiada tempat lain untuk dia menagih kasih. Beliau juga tidak dikurniakan cahaya mata. Justeru itu, si janda menjadikan anak teman lelakinya sebagai anak angkat untuk mengubat kesunyiannya. 

Apabila ajal memanggil si janda  ke rahmatulallah, kejadian aneh berlaku semasa orang kampung ingin mengebumikan jenazah si janda. Keranda yang diusung dalam perjalanan  ketanah perkuburan tiba-tiba menjadi berat. Kejadian misteri juga berlaku semasa ditanah perkuburan seakan tanah tidak mahu menerima jasad si janda. 

Penduduk kampung telah dihantui dengan kejadian misteri di malam hari sejak jenazah dikebumikan di kampung tersebut. Ganguan sering berlaku di waktu maghrib seperti roh jenazah berterbangan di atas rumah. Roh jenazah juga akan menjelma dan menghendap di tingkap ahli keluarga terdekat. Terdapat bunyi suara ayam yang riuh-rendah seperti ada yang mengacau atau menangkap.

Waris atau keluarganya telah diberitahu dimana janda itu telah menukar agama Islam ke Kristian sejak berkawan dengan teman lelakinya. Teman lelakinya telah membawa si janda itu ke gereja dan memberi sejenis air. Air itu boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan terpengaruh untuk masuk ke agama kristian.

Waris dan ahli keluarga si janda telah membuat keputusan sebulat suara untuk memindahkan jenazah daripada tanah perkuburan kampung itu ke tanah perkuburan daerah lain. Keadaan kampung menjadi aman selepas jenazah di pindahkan. Semoga arwahyarham tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman dengan alfatihah yang kita sedekahkan. Alfatihah.

Tiada ulasan: