ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Bertambah sedikit motivasi diri hari ini apabila membaca buku AKU CINTA MASALAH yang ditulis Mohd Daniel Lim bin Abdullah. Buku ini mendedahkan tindakan yang perlu dilakukan semasa menghadapi masalah samada untuk melawan atau terus merungut.
Buku ini juga sangat menarik kerana setiap isikandungannya berwarna, mempunyai gambar dan diselitkan dengan ayat alquran serta hadis. Selain itu, setiap situasi yang diberikan akan disertakan dengan gambar komek.Ini membuatkan semua peringkat umur sesuai untuk membaca disamping bahasanya yang mudah difahami.
Sekiranya kita berbicara dengan masalah, apakah persepsi kita terhadap masalah tersebut? Semestinya kita akan cuba lari tetapi yang sebenarnya kita harusnya berfikiran rasional dan proaktif untuk menyelesaikannya. Nak lagi informasi? Dapatkan buku ini dipasaran untuk tingkat semangat motivasi anda.Jangan terperanjat.....Best Seller tau...buku ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan