1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 11 Oktober 2013

KERANA TERTUKAR TIKET JPO

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.
Hari semalam memberikan EA sejarah baharu di JPO disebabkan ingin pulang dengan tergesa-gesa dan akhirnya tertukar tiket parkir kereta.. Semasa EA ingin memasukkan tiket di dalam mesin. Tiba-tiba, tiket itu tidak boleh masuk kedalam mesin tersebut.EA sangat hairan...

Kereta di belakang sudah beratur panjang. EA mula memjadi tidak tenang dan kusut.... Kemudian, Bro Guard keluar daripada pondok dan meluru ke tempat EA untuk bertanya.

Bro Guard: Encik ada masalah apa?
EA : Kenapa saya punya tiket parkir tidak boleh masuk kedalam mesin ini?
Bro Guard itu rasa hairan...
Bro Guard : Boleh saya mintak tiket En.
EA : Boleh..
Bro Guard : En. Ini bukan tiket parkir.. Tiket parkir lain dan saiznya kecil sedikit dan bukan seperti biznes kad..

EA : HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.......!!!!!
EA: Jadi,Macam mana nie En?
Bro Guard: Awak undo dan pergi cari dekat atas mesin pembayaran. Jika tidak ada pergi kaunter pertanyaan bayar dekat sana denda RM50 kerana tiket hilang....

EA undo kereta untuk parking dan terus lari ke mesin pembayaran. Rasa takut dan cuak pun ada bila sampai  dimesin sebab tiada tiket yang terjatuh atau terjuntai...Aduhhh...nak buat macam mana ni. EA cuba meraba-meraba diatas mesin tersebut.Alhamdulillah dan akhirnya EA jumpa tiket yang sebenarnya. Syukur masih ada lagi insan yang bertanggungjawab dan jujur. Akhirnya, dapat juga EA keluar daripada JPO tanpa didenda sebanyak RM50. Terima kasih kepada insan yang meletakkan tiket diatas mesin itu dan Bro guard yang memang mesra pelanggan.

 ** Bila teringat semula rasa macam nak ketawa sampai perut....hehehe

Tiada ulasan: