1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 10 Oktober 2013

MAKAN MALAM DI STEAMBOAT LAGI BEST

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Makan malam kali ini EA telah pergi ke Restoran Lagi Best terletak di Taman Gaya dimana menjual makanan steamboat dan bbq. 
Pelbagai aneka bebola, makanan laut, daging, ayam dan juga desserts. Anda boleh memilih makanan sebanyak yang anda suka. Sekiranya makanan yang anda ambil tidak habis, cas akan dikenakan berdasarkan 100gm/RM5.90.(x sure @igt2 lupa)
Cara masaknya seperti kedai steamboat yang lain.(Kena sabarlah menunggu yer)  Bagi EA sup tomyamnya memang spesial jika dimasukkan dengan bebola. Rasanya memang enak. Lebih enam jenis sos yang disediakan seperti bbq, blackpaper,kuah sate dan lain-lain. Pada hari yang EA makan, sos bbq dan blackpaper rasanya sedikit masin. Itu yang tidak bestnya. 

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu satu kepala RM21. Sebelum balik jangan lupa pekena ais krim jagung untuk menyejukkan badan.hehehehe..

**Jika ada yang ingin jemput EA datang ke restoran anda dengan potongan harga atau percuma.sila pm atau tinggalkan pesanan diULASAN...

Tiada ulasan: