1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 24 Disember 2015

MAKANSUTRA : MAKAN MALAM DI WAK RADOL TAMAN KEMPAS

Assalammualaikum dan Selamat malam.
Kali ini EA singgah makan malam di Restoran Warisan Wak Radol yang terletak di Taman Kempas,JB. Selalunya EA cuma tapau sate untuk dibawa pulang ke rumah.
Menu yang EA order sate,mi bandung dan mi rebus. Tak lengkap kalau pergi ke sini tanpa membeli sate. Perbezaan yang EA rasa bila tapau dan makan di sini ialah kuahnya.Kuah sate bila makan di kedai,mmmmm memang lebih urmm.
Mi rebus dan mi bandung memang sangat kental rasanya. Hirisan daging dan kuahnya yang pekat menjadikan tekstur rasanya menjadi. Sebelum ini,EA suka makan di Warung Wak Radol di sebelah highway Kempas namun warungnya telah dirobohkan MBJB. 

Harganya juga berpatutan sepinggan mi RM5 dan sebatang sate RM0.70. Pastikan anda datang pasa masa yang sesuai bagi mengelakkan menunggu meja kosong. Tutup pukul 12am dan dibuka pada waktu petang.

Tiada ulasan: