1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 21 Disember 2015

"DITIPU BELI IPHONE 5S"

Assalammualaikum dan Selamat pagi.
Rentetan daripada isu penjualan telefon pintar di Plaza Low Yat dan Berjaya. EA juga hampir tertipu semasa bertanya model IP5s di kedai yang terletak dalam pasar terkenal,Jalan Tebrau.

Buat masa ini EA sangat berminat dengan IP5s walaupun sudah tiada lagi dikeluarkan dipasaran.Semasa EA jalan2 di pasar itu, EA ada terlihat satu kedai yang menjual IP5s yang kelihatan baharu.

EA: Ini IP5s baru ker?
Promoter: Ini baru tapi recond set baru punya.Ada warranty satu tahun.
EA: Owh..Harga dia macam baru keluar pasaran kan... mmmm.habis kalau rosak hantar mana? Kalau set recond, apple tak terima untuk baiki kan?

Promoter itu terdiam dan tidak tahu nak cakap apa. Akhirnya, bos kedai ini telah bercakap bahasa Arab kepada promoter tadi. "Kenapa cakap IP5s ini recond?" Selepas itu, EA terus bertanya lagi "di mana mahu hantar jika rosak? " kepada promoter itu untuk mendapat kepastian.

Promoter: Membisu
Boss: Hantar ke Singapura. (Nada cepat).

Boss dia tu cuba untuk menipu EA, dia ingat set recond apple singapura nak baiki..ala lah..Kemudian EA terus meninggalkan kedai itu. Pastikan anda mempunyai sedikit pengetahuan atau membawa orang  yang tahu tentang gadjet bagi mengelakkan ditipu.

Tiada ulasan: