1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 26 Disember 2015

KONSERT WINGS 30 TAHUN DI PLAZA ANGSANA

Assalammualaikum dan Selamat petang.
Kumpulan Wings telah mengadakan konsert di Johor Bahru selepas berjaya menghimpunkan seramai 25000 orang di Stadium Merdeka bagi meraikan peminat sempena ulangtahun yang ke 30 dengan tema "Back to 80's". Tiket yang dijual di Angsana lebih murah berbanding di KL. Jadi, EA telah beli tiket RM100 bagi mendapatkan tempat rockzone di hadpaan pentas. Memang jelas dapat tengok kumpulan Wings.
Bagi EA memang berbaloi datang ke konsert ini kerana persembahan Wings memang bertenaga dan cukup mantap dari pukul 9 malam hingga 12.30pagi. Selain itu, konsert malam ini penuh dengan gimik dan membuat penonton tertunggu dengan persembahan Wings seterusnya. Awie talah menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama sebagai lagu pembukaan.
Joe selaku pemain guitar juga menunjukkan skill bermain gitar secara solo...EA memang respect dengan skill Joe menggentel..sangat hebat beb..
Sempena ulang tahun yang ke 30, Wings telah menampilkan semua artis yang pernah menyertai Wings seperti Ustaz Mel(x-vokalis),Sham(x-guitarist),Jojet(x-drummer) dan Mus May.Mus tidak dapat hadir dan digantikan dengan Azlan n The Type Writer.. Gandingan suara Awie,Azlan dan Ustaz Mel menjadikan suasana konsert lebih padu dan dapat mengimbau sejarah Wings.

Sejati- Wings


Tiada ulasan: