1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Jumaat, 23 Mei 2014

REFLEKSI: TAHLIL ARWAH ITU "BID'AH"

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
EA : Ustaz..terdapat segelintir masyarakat berpendapat dimana tahlil tidak memberi manfaat kepada si mati dan ia merupakan amalan bid 'ah...Apa pendapat ustaz?

Ustaz : Biasanya jika ada orang yang meninggal masyarakat kita akan membuat tahlil pada malam-malam tertentu seperti malam apa EA?

EA: Malam pertama,ketiga,ketujuh,40 hari, 100 hari dan setahun sekali....

Ustaz : Tiada satu nas pun yang menyebut tahlil boleh dilakukan pada malam-malam tersebut. Jadi mengapa kita harus lakukan pada malam-malam itu sahaja. Sebenarnya malam-malam lain pun boleh

Ustaz : Ya.. memang benar tahlil itu bid'ah sebab nabi tak pernah buat tetapi  bid'ah itu terbahagi kepada 2 iaitu hasanah(baik) dan saiyiah(keji@buruk). Terdapat ulamak berpendapat tahlil boleh dilakukan kerana dalam tahlil kita akan berwirit, berzikir dan ditambah dengan bacaan alquran. Adakah itu tidak baik?

EA:mmmm...amalan yang baik ustaz..

Ustaz : Orang hidup masih lagi boleh menambahkan kebaikan kepada si mati dengan bertahlil walaupun ia bidah. Namun samada tahlil itu diterima oleh allah, sampai ke tidak kepada si mati itu bukan hak kita. Silapnya apabila kita menetapkan malam-malam tertentu seperti pertama,kedua,ketiga dan sebagainya untuk membuat tahlil.

Ustaz :Persoalan kedua untuk siapa kita nak hadiahkan tahlil tersebut?Jika kita hadiahkan tahlil kepada orang baik itu tiada masalah sebab ia boleh menambahkan ganjaran kepada si mati tetapi sekiranya kita buat tahlil kepada orang yang jahil dan tak nak ikut perintah allah. Agak-agak boleh ke pahala sampai kepada simati. Sedangkan semasa hidup,si mati sendiri tak mahukan pahala... Bagi Ustaz,Waallahhualam....

sumber : Datuk Abu Hassan Din, Amalan Si Mati BHG 1: Tanyalah Ustaz  TV9( 22/05/2014)

1 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

Tq for sharing this..
Sungguh bermanfaat