Antara isu yang kurang menarik EA rasakan semasa jualan gudang tersebut ialah:
1) Customer Services kurang memuaskan.
Seorang warga kerja kilang memberi penerangan tentang tarikh luput dan memberi jaminan air yang dijual itu selamat diminum . Pekerja tersebut terus sentap bila EA tanya sekiranya air yang sudah tamat tempoh itu boleh membawa kesan kepada kesihatan
Pekerja: Air yang dijual hampir sampai tarikh luput dalam 2 hingga 4 bulan tetapi masih selamat diminum.
EA: Jadi, macam mana jika air ini boleh memberi kesan kepada kesihatan..
Pekerja: x lah... I jamin..
EA: Ohhh... Jadi kalau sakit yeos bertanggungjawab lah.?
Pekerja: Tidak!! Sama juga macam u pergi jualan gudang kasut..kalau kasut tu u beli pecah walaupun x sampai 1 bulan u pakai mana boleh pulang..
Pekerja: Kalau x yakin x payah beli!!!
EA (dalam hati) : Jawapan yang diberikan mmg tidak profesional. Kasut kalau pecah x da kesan pun tapi kalau air boleh memberi kesan kepada penyakit.. Berilah keyakinan kepada pengguna. dengan betanggungjawab ..Sekiranya ada yang sakit akibat minum air itu... Imej kilang juga yang buruk..
2) Terpaksa tunggu lama untuk mengambil barang.
Ada segelintir customer yang merungut kerana lorong yang disediakan untuk memunggah air itu terlalu sikit dan menjadikan kenderaan yang ingin masuk ke dalam kilang beratur panjang.
3) Nak jimat kena bayar saman parking..
Ada juga kereta yang disaman polis kerana meletakkan kereta di bahu jalan.. Aduhhh bagi EA memang tidak menguntungkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan