1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 28 Disember 2013

SANTAI DI KOTA SINGAPURA:KEDAI SPARE PART AH BOY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
Pada 25 Disember 2013, EA telah lepak buat pertama kalinya di Kota Singapura walaupun tinggal di Johor Bahru. EA telah masuk kesana bersama seorang rakan dan abang EA. Kami kesana menaiki kereta dan rakan EA yang memandu serta membawa kami sepanjang lepak disana. Lokasi pertama selepas melepasi CIQ, kami telah pergi ke Kedai Ah Boy alat ganti motorsikal.
Kedai alat ganti Ah Boy ini terletak dijalan Kelantan dan sangat popular samada di Singapura atau Johor Bahru. Selepas survey barang disana, kami terlihat bazat karat yang terletak tidak jauh daripada kedai ini.
Sebelum itu, pastikan anda parkir kereta di tempat yang betul. Jika tidak.. biasalah surat cinta akan dikeluarkan. Kami beruntung kerana parkir percuma dikawasan perumahan dan tiada bayaran dikenakan pada hari cuti umum.
Cuaca disini tidak begitu baik dan hujan turun renyai-renyai. Jadi kami hanya dapat melawat 3 hingga 4 kedai sahaja sebab ramai peniaga yang mula berkemas.
Sebelum lepak ke tempat lain, EA lepak sebentar untuk pokona ais krim potong. Harga ais krim ini hanya $1. 
Teringat zaman kanak-kanak dimana selalu makan ais krim ini. 
Terdapat pelbagai perisa dan anda boleh pilih aiskrim  biskut atau roti . EA pilih ais krim roti durian dan rasanya urrmmm
memang terasa isi durian.
Jemput makan..

**Teruskan bersama EA untuk mengetahui lokasi yang akan EA lepak santai.

Tiada ulasan: