Pada 22 November 2013 yang lalu, EA dan kawan-kawan telah pergi ke negeri Melaka. Kami ke sana kerana kawan EA ada urusan untuk diselesaikannya. Nak pulang kerumah pun awal lagi. Akhirnya kami telah membuat keputusan untuk bersiar-siar di bandaraya Melaka pada hari tersebut..hehehehe.
Berehat dan solat jumaat |
Perjalanan bermula dengan singgah sebentar di Mahkota Parade untuk berjumpa sahabat. Selepas penat window shopping di MP kami teruskan perjalanan menjelajah negeri Melaka dengan menaiki kereta...Lihat pemandangan daripada kereta sangat terbaik kerana tidak penat dan santai.
Bazaar Telok Mas, Melaka |
Daripada Melaka ke Muar kami singgah sebentar di Bazaar Telok Mas.Jika sudah sampai Melaka tidak beli belacan macam tak lengkap. Jadi kami cari belacan disini untuk dibawa pulang kerumah. Kraftangan pun ada jual.
Pilih-pilih belacan..ada belacan bakar,biasa,tebal dan nipis |
EA nasihatkan sebelum beli lebih baik tanya daripada satu kedai ke kedai lain. Jangan terus beli sebab kalau pandai cari boleh dapat harga yang lebih murah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan