1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 3 Disember 2013

NASI AYAM TEMPAYAN DI SEKOLAH HENRY GURNEY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI
Menu yang menjadi pilihan EA semasa berada di Melaka iaitu Nasi Ayam Tempayan.Nasi ayam ini sangat berbeza kerana ciri dan tekstur rasanya sudah diubah mengikut citarasa timur tengah dan barat. Ayam yang dibakar dalam tempayan menjadikan rasanya begitu sedap dan berbeza dengan yang lain..Selain itu, ia juga dihidangkan dengan mashpotato serta kuah sup yang pekat dan memukau.
Ayam dimasak didalam tempayan.
Sepinggan nasi ayam ini berharga RM6. Disamping itu, ada juga nasi daging kambing golek masak ladahitam yang ditawarkan berharga RM10. Kepada penggemar daging kambing jangan lupa untuk cuba kerana daging kambing yang dimasak tiada rasa hamis dan rasanya seperti lamb chop.
Seekor kambing yang dibakar dan dimasak lada hitam.
Lokasi gerai yang menjual nasi ayam tempayan ini berdekatan dengan Sekolah Henry Gurney, Melaka. 

**Jika ada yang ingin jemput EA datang ke restoran anda dengan potongan harga atau percuma.sila pm atau tinggalkan pesanan diULASAN...

Tiada ulasan: