1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 15 Jun 2013

RESTORAN NASI ULAM C.I.K.G.U

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

Kepada anda yang berkunjung ke Kota Bahru, jangan lupa singgah di Restoran Nasi Ulam Cikgu.Pelbagai ulam-ulaman dan hidangan disediakan secara buffer. Lokasinya juga sangat strategik di tengah pusat bandar KB.

Pelanggan mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih lauk-pauk di restoran ini. Kebanyakan pelanggan akan datang secara berkumpulan atau berkeluarga untuk menjamu selera di restoran ini..Mereka akan mengambil setiap lauk dalam pinggan yang berasingan.

Suasana menjamu selera di restoran ini sangat meriah bagaikan menjamu selera semasa waktu kenduri. Pelanggan yang datang sangat ramai pada setiap hari.Walaupun ambil berbagai-bagai lauk tetapi harga yang dikenakan sangat murah. Untuk 4 orang makan dengan lauk yang banyak dan pelbagai, EA hanya perlu bayar RM20.50.Murahkan...Sangat super duper JIMAT!!! tak percaya?? datang dan cubalah sendiri...

Tiada ulasan: