ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Air Milo Tabur Giant (gelas besar) ini menjadi pilihan untuk EA lepak mengeteh apabila tekak terlalu dahaga. Saiznya yang besar membuatkan EA rasa puas dan boleh melepaskan rasa dahaga dengan cepat.. Selain itu, taburan Milo diatasnya sangat banyak.Puas hatilah.. Boleh duduk relaxs2 sambil makan Milo..
|
Besar gelas yang dihidangkan. Namun jangan terkejut dengan harga yang dikenakan..Hargan segelas Milo Tabur Giant ini ialah RM3.50 sangat murah dan berpatutan dengan saiz gelas. Jika anda takut tidak habis rasanya boleh berkongsi 2 - 3 orang..kikiki |
|
Lokasi kedai ini terletak di Hutan Bandar Bistro berserbelahan dengan bangunan TNB Jalan Ayer Molek atau andajuga boleh pergi ke Hutan Bandar Larkin. Pelanggan yang datang sentiasa ramai kerana tarikan daripada hidangan chicken chop. Jadi kuatkan urat kaki untuk berdiri menunggu giliran..Selamat mencuba. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan